#1

5.3K 128 14
                                    


Buku rujukannya ditutup dan seraya itu dia menguap untuk kali yang ke 13. Matanya dialihkan pada jam yang molek terletak di hujung meja study-nya. Dah pukul 1.37 pagi, getusnya. Sekali lagi dia mengalihkan pandangan ke arah 3 buah katil yang kosong tidak berpenghuni. Rakan-rakan sebiliknya semua sudah pulang ke rumah masing-masing. Namun dia masih lagi di situ, sendirian.

Tak apa lah, ini bukan kali pertama aku stay sorang dekat bilik ni, dia menyedapkan hati.

Perlahan-lahan dia bangun dan meninggalkan meja study dan juga kerja-kerja yang terbengkalai. Lampu di meja study dibiarkan terpasang. Tuala yang tersidai di kepala katil diambilnya. Seperti biasa, setelah penat study dia akan mandi terlebih dahulu sebelum tidur. Itu adalah rutin hariannya walaupun dia tahu mandi pada waktu malam tidak berapa bagus untuk kesihatan tapi dia tak peduli semua itu. Baginya, badan harus dibersihkan sebelum masuk tidur.

Pintu bilik dibuka dan dia mula melangkah menuju ke bilik air. Mujur, tiada perkara yang tak diingini berlaku seperti ditegur hantu mak cik karipap atau terserempak dengan encik gula-gula. Eh, mulut jangan cabul sangat boleh tak?

Bilik air yang berada di hujung sekali dipilihnya agar senang untuk lari jika ada 'benda' yang menganggunya. Dia bukanlah seorang penakut tapi siapa je yang tak takut kalau 'benda' tu tiba-tiba muncul depan mata. Haha.

Kepala paip dipulas dan air mula membasahi badannya. Sejuk. Tapi dia suka. Lima minit selepas itu, dia sudah selesai mandi dan mula mengelap badannya. Semasa sedang megelap kaki, dia ternampak ada 'sesuatu' sedang melintasi pintu bilik air dari ruang yang terdedah di bawah pintu bilik air.

Gulp. Dia menelan air liur, laju-laju. Jantungnya mula berdegup kencang.

Kreekkk. Kreekkk. Kreekkk. Kreekkk.

Darahnya mula berderau. Bunyi pintu dibuka dan ditarik mula memenuhi ruangan tandas. Tak lama kemudian, kedengaran bunyi air mencurah-curah keluar dari paip seperti ada orang sedang mandi.

"Siapa tu?" dia memberanikan diri untuk menegur.

"..."

"Siapa tu?"

"..."

"Siapa tu?" kali ini tangannya sudah bersiap sedia di selak pintu. Jika 'orang' tu masih tidak menjawab, dia akan tarik selak pintu dan terus berlari masuk bilik.

"..."

Sah, bukan orang yang sedang 'mandi'.

Selak pintu ditarik dan seperti yang dirancang di dalam otaknya, dia terus berlari tanpa mempedulikan sesiapa atau apa-apa pun.

                                                                                  *****

Pintu biliknya dikunci sebaik sahaja dia melangkah masuk. Perlahan-lahan, dia cuba memperbetulkan nafasnya yang tersekat-sekat. Segera dia menyalin pakaian dan mencampakkan tuala ke lantai. Peristiwa diganggu di bilik air sebentar tadi betul-betul membuatnya serik untuk mandi pada waktu malam.

Badannya direbahkan di atas katil bujang dan selimut yang berada di hujung kaki ditarik sehingga ke pangkal dada. Lampu di meja study-nya masih dibiarkan terpasang. Katanya, senang untuk melihat dalam kalau ada apa-apa yang berlaku.

Namun, bukan mudah untuk dia melelapkan mata akibat peristiwa tadi. Bunyi pintu dibuka dan ditutup serta bunyi pancuran air masih berlegar-legar di tepi telinganya. Dia trauma seketika.

Puas dia memusing-musingkan badan bagi mencari posisi yang sesuai sehingga akhirnya dia terlelap. Tapi jangan disangka, tidur malamnya akan sama seperti biasa selepas insiden di bilik air tadi.

Tepat jam 3.17 pagi dia terjaga kerana telinga menangkap bunyi orang sedang berbual-bual di koridor depan biliknya. Dia mendengus dan menyumpah seranah di dalam hati. Dia paling benci tidurnya terganggu. Semakin lama, semakin kuat bunyi perbualan itu kedengaran namun tiada satu patah perkataan pun yang difahaminya seolah-olah mereka berbual dalam bahasa makhluk asing.

"Shhhh, aku nak tidur," marahnya. Ternyata dia sudah hilang sabar.

Senyap. Tiada lagi suara-suara mereka berbual kedengaran. Dia tersenyum dan mula melelapkan matanya perlahan-lahan.

Namun, sekali lagi tidurnya terganggu bila telinganya yang ultra-sensitive itu menangkap suara orang menangis. Kali ini suara itu tidak datang dari koridor di hadapan pintu biliknya tapi dari dalam biliknya sendiri! Dia cuba untuk tidak mengendahkan suara tangisan itu namun suara itu semakin membingitkan telinganya. Dia rimas.

Matanya mula melilau, mencari dari mana datangnya suara itu namun dia gagal. Tiada sesiapa. Dia mula ketakutan tapi dia harus menemukan tuan empunya suara itu dan menyuruhnya menangis di tempat lain.

"Woi, senyap lah. Aku nak tidur," katanya separa merayu agar tuan empunya suara itu berhenti menangis.

HIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHI ~

Dia tersentak. Bunyi tangisan tadi sudah bertukar bunyi hilaian nyaring. Matanya dipejam rapat-rapat dan bantalnya ditekup pada muka.

HIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHI ~

HIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHI ~

Doa-doa penghalau hantu dan jin mula dibacanya. Perlahan-lahan, bunyi hilaian itu mula menghilang dan dia bersyukur untuk itu. Dia tersenyum. Bantal dialih dan matanya dibuka luas. Matanya kembali melilau dan dia terlihat kelibat seorang wanita berambut panjang, berwajah hodoh dan bermata merah menyala sedang bercangkung di atas loker sambil memandang tepat matanya. Wanita itu tersenyum – mengerikan!

HIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHI ~

HIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHI ~

HIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHI ~

Dia menjerit sekuat hati apabila wanita itu mula terjun dari loker dan mula merangkak-rangkak ke arahnya dengan lidah panjang terjelir keluar. Dan wanita itu terus menerkam dia.

ANGKERWhere stories live. Discover now