Bab 11

2.4K 38 5
                                    

"Kita kena pergi ke pejabat sekarang. Nak ambil kunci hostel, saya terlupa pula semalam nak ambil," kata Encik Sanusi.

Kereta dipandu terus ke hadapan pejabat. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang sibuk menghadap komputer dan juga fail yang bertimbun. Encik Sanusi masuk ke dalam sebuah bilik selama beberapa saat kemudian dia kembali.

"Takde pula kunci hostel tu, rasanya ada kat sini," keluh Encik Sanusi. Sebagai orang baharu di situ, Kifli, Azmi dan Abrar hanya berdiam. Mereka berserah segalanya kepada Encik Sanusi. Jika Encik Sanusi mengatakan mereka perlu melakukan senaman ringkas atau poco-poco sebelum memulakan kerja sekalipun, mereka akan bersetuju.

Encik Sanusi melangkah ke arah seorang perempuan yang bertubuh gempal. Perempuan itu sedang duduk di atas kerusi di mejanya sambil fokus membelek fail yang dipegang di tangan kiri. Di tangan kanannya terdapat seketul kuih donat. Wallpaper paip bergerak di komputernya sudah beberapa kali bertukar warna.

"Kak Musliha, kunci hostel ada kat siapa ya?" tanya Encik Sanusi kepada Kak Musliha, perempuan berbadan gempal yang masih belum menggigit kuih donat itu. Kak Musliha memandang Encik Sanusi sambil memuncungkan bibirnya ke arah meja.

"Donat? Tu, atas meja. Ambillah, satu," balas Kak Musliha. Tersasar jauh daripada pertanyaan Encik Sanusi tadi. Terlalu jauh bezanya kunci dan donat. Belum ada tukang kunci di dunia ini yang mampu menghasilkan anak kunci berbentuk kuih donat. Barangkali ia sangat tidak efisyen mencipta anak kunci berbentuk kuih donat.

Encik Sanusi mengambil seketul kuih donat. Dia menyuapkan kuih donat itu ke dalam mulut. Selepas tiga kali suapan, donat itu berjaya dihabiskan. Di tangan kanan Kak Musliha masih utuh memegang donat yang entah bila hendak dijamahnya.

"Sedap donat ni, Makcik kat rumah flat akak ke yang jual ni?" tanya Encik Sanusi. Nampaknya, keenakan donat juga mampu membuatkan seseorang itu khayal. Mungkin donat ini dicampur dengan daun ganja.

"Eh, taklah. Akak kirim dengan Saiful Bahari, budak despatch tu. Dua hari lepas dia ada bagi akak rasa. Sedap kan? Lembut je," balas Kak Musliha tanpa sedikitpun tanda-tanda yang dia akan menyuapkan kuih donat itu ke dalam mulutnya. Matanya masih tajam merenung fail yang dipegang itu.

"Kalau macam tu, esok akak kirim untuk saya sekali ya. Pesan kat dia, saya nak dua ringgit. Tiga ketul seringgit kan?" tanya Encik Sanusi lagi. Sempat juga dia memesan order kuih donat.

"Okay. Nanti akak bagitau dia. Kuih besar dan sedap. Kira puas hati juga beli tiga ketul seringgit," akhirnya Kak Musliha menyuapkan kuih donat itu ke dalam mulutnya. Matanya terpejam menikmati kelazatan donat berperisa ganja itu.

Encik Sanusi tergelak melihat gelagat Kak Musliha. Jika berbual tentang makanan, Kak Musliha adalah individu yang paling arif. Seluruh pelusuk Puchong telah dijelajahi untuk mencari makanan yang lazat dan enak. Kak Musliha umpama Maria Tunku Sabri dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Bezanya, Maria Tunku Sabri adalah seorang selebriti dan Kak Musliha pula seorang kerani kilang. Dari segi kegempalan, Kak Musliha menang.

Kifli, Azmi dan Abrar hanya berdiam melihat apa yang sedang berlaku di hadapan mata mereka sekarang ini. Mereka diperkenalkan dengan hakikat kehidupan di ibu kota satu per satu. Azmi merapatkan mulutnya ke telinga Kifli.

"Habis tu, apa cerita dengan kunci hostel ni?"

"Aku pun tak tahu. Tak pasal-pasal kita terlibat sama dalam kes kuih donat ni,"

"Tau takpe. Kalau dapat makan sekali takpe juga. Ini dapat tengok aje,"

"Geram juga aku tengok perempuan gemuk ni makan. Rasa nak kepal je penumbuk sekarang,"

"Sabar Kifli, kita orang baru. Tunggu sikit masa nanti kita tawan dia orang pula,"

"Aku tengah sabarlah ni, kalau tak dah lama aku baling pasu bunga tu ke dalam mulut perempuan gemuk ni,"

SkodengWhere stories live. Discover now