Morning

260 16 0
                                    

Pagi ini aku sendiri.
Taktahu nak buat apa.
Bagi isi kosong di hati.

Aku pandang kanan kiri.

Tup!

Al-quran di almari.

Patutkah aku ambil? Atau buat benda lain yang boleh juga mengisi?

Gelodak hati,
Kosongnya jiwa,
Memang boleh diisi dengan yang lain.
Tapi cara yang ini, lain. Allah titipkan alquran buat jadi penenang. Kerna dengan bacanya kita akan ingat Sang pencipta.

Bukankah telah Allah kata,
Ingatlah aku, maka hati hati akan menjadi tenang?

Jadi mahu mana?
Ketenangan sementara?
Atau ketenangan yang boleh bawa kau ke syurga?

Lalu aku ambil al-quran.
Baca isinya.
kekosongan itu makin lama makin hilang.

Moga ini yang akan jadi peneman. Moga cahayanya buat kubur aku terang benderang. Moga apa yang aku baca buat tempatku bak bendang yang luas terbentang. Moga moga..

PerempuanWhere stories live. Discover now