Bab 5

5.1K 144 12
                                    

"MR. X?!" Serentak mereka menyebutnya.

"Abang? Mcm mna ni makin gedik pula mamat ni , siap call Adik lagi ni." Takut Aleesya hendak menjawab panggilan itu.

"Hmm beginilah Aleesya senyap ya. Senyap betul-betul. Tutup mulut tu. Janji jgn keluarkan sebarang suara. Bernafas guna hidung je." Kata abangnya apabila perasan adiknya tidak mampu bernafas apabila mulutnya ditutup.

"Biar abang je yang sambut.Abang akan bg loudspeaker" Sambung abangnya lagi. Aleesya sekadar mengangguk tanda setuju.

"Helo?" Tanya Abang Ad

"Helo?" Tanya Abang Ad lagi

"Helo?!" Tanya Abang lagi.

"Helo? Siapa di sana?!" Air muka Abang Ad mulai berubah kepada bengang.

Tiba-tiba..
"Tuuuttttttt" tanda talian telah di putuskan. Aleesya dan Adhwa berpandang kehairanan. Akhirnya berakhir dengan tawa.

"La dh mati lah abang. Pelik pula takut kot dia yang adik ni ad abang yang garang ni." Kata Aleesya sambil tertawa.

"Ahaha correct dear." Kata Adhwa sambil tertawa.

"Terima kasih abang, sebab selalu ada untuk Al. Abang lah segala-galanya untuk Al, abanglah, Abang Aleesya, Hero Aleesya, Cikgu Aleesya, Jurulatih Aleesya, Boyfriend Aleesya, Kekasih Hati Aleesya, Bestfriend Aleesya, Doktor Aleesya, Jururawat Aleesya, Kaunselor Aleesya dan my everything." Puji Aleesya sambil berbaring semula di paha abangnya.

"Abang tahu" kata Adhwa dengan bangganya. Dia tahu adiknya itu seorang yang manja sangat terutama dengannya.

"Eleh baru puji sikit dah bangga, takyah nak kembang sangat, dah kembang 10 inci adik tengok." Perli Aleesya.

"Eh eh budak ni. Kalau mamat perasan korea tu call atau whatsapp bg tau abang tau." Kata Adhwa sambil tertawa apabila teringat dia melihat profile picture whatsapp lelaki itu, gambar Lee Min Ho dan statusnya iaitu I am your Lee Min Ho.

Suasana kembali menyepi, Adhwa masih lagi menemankan adik kesayangan dan mengulit adiknya sehingga adiknya tertidur. Adhwa yang sudah mengantuk keluar dari bilik Aleesya dan terus masuk ke biliknya untuk tidur.

******

"Abang Adhwa bangun solat subuh!" Teriak Aleesya dari luar pintu.

"Oi mcik! Abang kesayangan kau kat belakang kau ni" Kata Adhwa sambil membetulkan songkoknya.

"Hensem juga abang aku ni" bisik hati Aleesya. "Dah cepat, ibu dan ayah tunggu kat bilik solat." Kata Aleesya.

"Okey jom" kata Adhwa mengekori Aleesya dari belakang.

Selesai bersarapan mereka bersiap untuk berjalan.

"Al? Ada nmpk baju kotak-kotak abang tak yang warna merah hitam tu?" Teriak Adhwa dari biliknya.

"Ada kat almari tu buka pintu ketiga yang ada cermin tu ada Al selit kat sana." Teriak Aleesya yang sedang membetulkan shawlnya.

"Amboi anak-anak ibu dah siap ke belum? Ibu dan ayah tunggu kat dalam kereta ya?" Kata Puan Aziah.

"Baiklah ibu." Teriak mereka serentak.

Adhwa turun terlebih dahulu, 10 minit kemudian barulah adiknya turun.

"Amboi sedondon anak-anak ayah hari ni ye. Janji ke?" Puji Encik Izwan.

Adhwa dan Aleesya saling berpandangan. "Eh merah." Serentak mereka menyebutnya.

"Okey plan hari ni tukar ya, memandangakan hari ni hari ulang tahun  wedding ibu dan ayah. Korang tak lupa kan?" Terang Puan Aziah

Laju mereka bertiga menggeleng kepala tanda tidak lupa.

"Bagus. Oleh itu, ibu dan ayah akan pergi ke mall berdua dan kamu berdua. Boleh abang? Adik?" Tanya Puan Aziah.

"Boleh aje ibu, ibu dan ayah pergila dating. Adik ngan Adhwa dating berdua kan dik?" Kata Adhwa.

"Adik ikut je." Kata Aleesya.

"Okey set. Adhwa ambil duit ni buat belanja dan makan. Jam 4 kitorang ambik korang. Malam nanti jam 8 kita jumpa kat Restoran Seafood kat bawah tu ye? Ibu dah book dah untuk canderlight dinner nanti malam Ibu dan Ayah pula akan ke Mall sebelah ha korang boleh lah turun kat Mall ni." Terang ibunya. Mereka akur ibu mereka itu sememangnya seorang perancang berjaya.

Adhwa dan Aleesya berjalan beriringan bagaikan kekasih adakalanya mereka berpegang tangan dan Adhwa memeluknya. Persis pasangan kekasih.

Tanpa mereka sedari rupanya Ikhwan sedang memerhati mereka dari jauh. "Dah ada couple rupanya hmm melepas" bisik Ikhwan dalam hatinya.

Aleesya pula seronok shopping dengan abangnya. Adakalanya dia bermanja memanggilnya Abang, Awak. Adhwa pula hanya memanggilnya sayang sahaja tanda mesra mereka.

Setibanya di kedai buku Popular, mereka pun mulai mencari buku yang dikehendaki iaitu novel. Rupanya Ikhwan dan keluarganya juga ada di situ cuma tidak kelihatan.

Ikhwan curi-curi mendengar perbualan mereka.

"Awak belikan lah saya buku ni boleh ye." Kata Aleesya dengan manjanya.

"Yala sayang ambillah 2 buah novel yang lain kita beli buku rujukan ya?" Kata Adhwa.

"Thank you I love you so much." Kata Aleesya sambil memberikan Flying kiss buat abangnya.

"Chup". Abangnya acah-acah menangkap ciuman adiknya itu dan meletakkan di pipinya. Lalu meletakkan jari telunjuk dan jari tengah di bibirnya dan meletakkan jari tersebut di dahi Aleesya. Aleesya begitu terharu dan pipinya mulai merah.

Mereka lalu berjalan beriringan sambil Aleesya dipeluk dari belakang. "Okey Aleesya dah siap pilih buku? Awak?" Tanya Aleesya "Dah." Jawab Adhwa.

Ikhwan benar-benar panas hati melihat kemesraan mereka. "Ish Aleesya ni tak tahu adab ke kat public lak tu." Bisik hati Ikhwan.

Selesai membeli-belah, beli buku, beli hadiah parents mereka dan barangan lain. Mereka menuju ke sebuah restoran untuk menjamu selera. Restoran Articya. Restoran mewah kawan ibunya. Mereka memang sedia maklum kerana setiap kali ke Kuala Lumpur untuk bercuti memang Mall ini dan restoran ini menjadi destinasi utama.

"Eh Aleesya, Adhwa. Mari masuk, ibu korang dah inform kat aunty soal koramg dia pun dah book meja untuk kamu." Tanya Puan Atilia, pemilik restoran.

"Eh ye ke aunty lia? Ibu memang hebatkan abang? Ahaha" Kata Aleesya.

Tanpa Aleesya sedar ternyata Ikhwan juga ada di sana. Tetapi jauh dari mereka dan langsung tidak dapat mendengar perbualan mereka. Namun dapat melihat gerak geri mereka.

"Aleesya buka mulut meh abang suap." Kata Adhwa.

"Aaaaa" Aleesya sekadar menurut.

Ikhwan yang melihatnya berasa terlalu marah. "Ish minah ni patutlah mesej aku dia bluetick rupanya dah berpunya." Dia teringat kisah semalam dua mesejnya Aleesya bluetick dan terkejut apabila terdengar suara lelaki yang menyambut panggilannya dan berfikir bahawa itu ayah Aleesya.

Hi readers, hah readers semua dah tau kan siapa sebenarnya Mr. X Aleesya? Tapi bila Aleesya akan mengetahui siapa secret admirernya.

Hmm tambah-tambah lagi Ikhwan jealous kat Aleesya dengan 'kekasihnya'.

Hmm wait for the next update okey?

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWhere stories live. Discover now