Kisah 9 : Aku Dan Kakak

1.4K 64 7
                                    

Perjalanan yang jauh sangat memenatkan sehingga aku tersandar di atas kerusi di dalam kereta. Angin malam buatkan aku terasa sejuk sehingga menusuk ke sumsum tulangku. Ada kalanya perasaan takut mula menghantui mindaku. Tambahan pula, semua tingkap kereta dibuka luas kerana pendingin hawa kereta telah rosak sejak sebulan yang lepas.

Kakak Ann sedang sibuk dengan smart phonenya sambil tersenyum sendirian. Aku tidak tahu apa yang dia lakukan sebenarnya. Mungkin sedang berwhatapps dengan kekasih hatinya. Aku yang duduk di sebelah kanannya berasa sangat bosan dengan situasi yang sunyi di dalam kereta itu.

Sebuah motor Yamaha meluncur laju mendahului Perdana milik ayah aku. Aku melihat motor tersebut sehingga  hilang disebalik selekoh bahu jalan tersebut. Suasana hutan tebal di kawasan itu membuatkan aku takut untuk melihat ke luar. Ketika ini tangan aku pantas menutup tingkap kereta kerana berasa seram.

Tanpa disengajakan, aku terlihat ke luar tingkap. Di situ berdirinya satu lembaga yang berjubah putih dan berambut panjang tanpa aku melihat wajahnya. Dia sedang berdiri di sebalik pokok balak yang besar di tepi jalan. Aku tergamam sambil mata aku tidak berkelip ketika melihatnya. Aku mula cuak dan menundukkan kepala aku ke bawah.

"Kak, tutuplah tingkap tu," suruh aku kepada Kak Ann.

"Panaslah," dia mengendahkan aku lalu melayani smart phonenya.

Kali ini aku terlihat satu lembaga yang sama sedang berdiri di sebatang pokok yang terletak di seberang jalan sana. Matanya yang merah sedang memerhati kereta kami. Aku terdiam. Kakak pula tidak nampak lembaga tu, jadi dia buat tidak tahu dengan tingkap yang terbuka luas tu.

Ketika itu fikiran aku kosong dan takut. Aku duduk sambil menundukkan kepala dan mendiamkan diri. Kemudian, perlahan-lahan aku tarik lengan kanan kakak dan pegangnya dengan erat.

"Kenapa?" Soalnya.

"Tak ada apa-apa," sengaja aku tidak memberitahunya. Aku risau kalau dia ketakutan nanti.

"Nampak ke?" Tidak semena-menanya dia bertanyakan soalan itu.

Aku melihat ke arah kakak, "Macam mana kakak tahu?"

"Six sense," jawabnya sambil tersenyum.

"Dah tu kenapa tak tutup tingkap tu?" Bengang aku.

"Sebab panas," selambanya berkata sedemikian.

"Kakak, takutlah," marah aku.

"Kalau penakut lagi la dia suka," ujarnya sambil bermain smart phone.

Aku melepaskan lengannya lalu disilangkan kedua-dua tangan ke dada tanda protes.

Kakak Ann tu selamba sahaja cakap macam tu sedangkan dia pun penakut juga. Tapi kenapa dia selalu buat tak tahu saja. Kalau aku minta nasihat dekat dia mesti dia akan kata, "Jangan kisah sangat pasal benda tu. Biarlah dia nak ikut pun asalkan jangan ganggu kita cukuplah. Dia pun makhluk Tuhan juga."

Kadang-kala aku macam tak faham sangat dengan perangai kakak yang jenis tidak ambil peduli tu tapi apa perasaan dia sebenarnya. Dia tahu tapi buat-buat tak tahu.

Aku boleh melihat 'makhluk' itu dalam dunia realiti tetapi Kak Ann boleh lihatnya hanya dalam mimpi. Dia juga boleh merasai kehadiran 'makhluk' itu. Kadang kala, pandangannya ke suatu sudut itu seperti dia dapat melihatnya. Aku tahu, sebenarnya dia bukan nampak pun benda tu sebab bila aku tanya macam mana rupa benda tu dia pun tak tahu. Tapi yang pasti mimpinya sering menjadi kenyataan dan aku sendiri melihatnya di sebelik hijab realiti.


Hai, Apa khabar? Sudah sekian lama tak update. Cuma ini sahaja yang saya mampu sediakan buat masa ini. Sorry~




Diari PuakaWhere stories live. Discover now