3 - Chipsmore Expired

3.8K 317 68
                                    

Khusyuk Hanna fokus membuat latihan Prinsip Perakaunan. Maklumlah, SPM akan menyeru tak lama lagi. Belajar dari awal, kan bagus? Lagipun, ramai cikgu tak hadir hari ini. Seelok-eloknya, buat ulangkaji masa-masa macam inilah. Lebih baik daripada melagha.

Hanna menoleh, dipandangnya Eira di sebelah. Dah dibawa ke alam mimpilah, apa lagi. Tidur aje memanjang. Seronok sangat buat kilang air liur basi. Eira ni memang! Pantang cikgu tak masuk kelas, dia akan pilih untuk tidur. Pilihan yang 'bijak'.

Kepala digeleng perlahan sebelum Hanna mengalihkan pandangannya. Malas mahu mengganggu Eira yang enak dibuai mimpi, dia mencapai kalkulator saintifik milik Eira. Nak pinjam sekejap memandangkan dia terlupa nak bawa hari ini.

Diambilnya kalkulator Eira dengan penuh hati-hati dan senyap tak ubah seperti pencuri. Hanna mengulum senyuman. Sorry ya, kawan. Aku pinjam kejap je tau. Heheh.

Laju Hanna menekan kekunci kalkulator itu. Tak sabar mahu mendapatkan jawapan yang diingini.

Tekan-tekan, tak dapat. Tekan-tekan, tak sama.

"Apahal ni tak dapat jawapan yang sama pun?" keluh Hanna perlahan.

Hanna mendengus geram. Paling tak puas hati apabila tak dapat jawapan yang sama dengan jawapan di belakang.

Serius dia paling benci kalau Kunci Kira-Kira yang dia buat, tak balance. Rasa macam sia-sia usaha dia melepasi Penyata Pendapatan yang ada banyak pelarasan. Tup-tup masuk KKK, tak balance! Spoil! Huhuh, rasa nak nangis pun ada weh.

Dengan hati yang membengkak, kelam-kabut Hanna mencapai pemadam setelah teraba-raba mencari di atas meja.

Tapi malangnya, pemadam itu jatuh tergolek-golek dengan cunnya ke bawah. Sampailah ke belakang kerusinya.

Ish! Dah kenapalah pulak masa ni jugak kau nak jatuh? Rungutnya dalam hati.

Hanna pusing belakang. Tertunduk-tunduk dia mengambil pemadamnya sambil hatinya mendongkol geram.

Namun saat angkat saja muka, nampak muka budak New York itu di depan mata. Terkejut badak tak terkata Hanna dibuatnya. Hampir saja dia buka bunga-bunga taekwondonya.

Mata lelaki itu terpejam rapat. Tangannya pula bersilang di dada sambil duduk bersandar pada kerusi. Amboi, santainya!

Tertanya-tanya Hanna dalam hati. Sejak bila makhluk ni duduk belakang aku? Memang ni tempat duduk dia ke?

Saat terperasankan sesuatu, spontan Hanna membeliakkan matanya. Amboi, amboi! Selamba kerbau aje dia pakai headphone kat sekolah? Macam sekolah ni bapak dia punya pulak. Kemain lagi ya, sedara?

Tanpa sengaja, Hanna menganalisis wajah lelaki itu. Tampan memang tampan. Tapi sayangnya... Muka handsome tapi cacat cela dengan lebam-lebam dan luka kecil. Jakun sekejap Hanna melihat kesan muka orang lepas bergaduh secara depan-depan. Bila perhatikan luka-luka pada wajah lelaki itu, Hanna menyeringai seakan-akan turut merasa sakitnya kena tumbuk.

"Pelik betullah aku dengan spesies samseng yang suka bergaduh, bertumbuk semua ni. Diorang tak rasa sakit ke kena belasah? Sampai berdarah-darah muka bagai," Hanna membebel perlahan.

Cukup perlahan pada pendengarannya saja. Dengar dek samseng baru ni, mau naya aku kena bantai. Uish! Tak boleh Hanna bayangkan kalau dia cari pasal dengan pelajar baru dari New York itu.

Tanpa Hanna sedari, mata Shareez celik tiba-tiba apabila dia rasa diperhatikan. Saat Shareez menentang sepasang mata asing, dia terkedu tak terkata sekarang ini. Yelah... Sedar-sedar saja, seorang gadis sedang ralit merenungnya. Mana tak terkejut, bro?

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now