4 - Shopping?

3.5K 291 45
                                    

Seusai menunaikan solat Asar, Shareez menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dia menggeliat. Terasa lega sikit bahagian badannya yang digigit rasa sengal-sengal. Pandangan ditalakan ke siling. Dia baring berbantalkan lengannya.

Nafas ditarik dan dilepas perlahan. Penat seharian satu hari ini masih tak hilang lagi. Apa tidaknya, mengemas setiap penjuru rumah seorang diri sememangnya memenatkan.

Kali terakhir dia mengemas rumah adalah sewaktu hari pertama dia berpindah ke sini, lebih kurang sebulan lepas. Banyak sawang, habuk-habuk membiak dan bersarang dia jumpa tadi. Nak tak nak, terpaksalah kerah tenaga membersihkan apa yang patut.

"Allah, penatnya..." keluhnya perlahan.

Shareez pejam mata. Sekadar nak merehatkan diri. Haraplah tak terbabas tidur. Tak elok tidur selepas Asar. Nanti jadi tak betul, bak kata orang tua-tua.

Fikirannya melayang teringatkan tujuan utamanya pulang ke Malaysia. Hati Shareez mula dirundung resah kembali. Keluhan berat dilepaskan perlahan.

Mampu ke dia selesaikan urusannya di sini secepat mungkin? Boleh ke dia dapatkan apa yang dia nak? Apa agaknya yang akan terjadi sekiranya rancangan dia tak berjalan lancar seperti yang diharapkan?

Pelbagai persoalan dan telahan negatif yang berlegar-legar di benak mindanya tika ini.

"Argh! Serabut kepala otak aku!" bentak Shareez. Posisinya bertukar kepada duduk pula.

Kasar tangan jejaka itu mengusut-ngusutkan rambutnya. Makin serabut apabila difikir-fikirkan tentang perkara yang sama.

"Baik aku pergi main futsal. Ada pekdah jugak daripada melangut bukan-bukan kat sini. Buat semak je fikir," ujar Shareez.

Telefon dicapai dari atas meja kecil di sebelah katil. Pantas didail nombor seseorang. Apabila panggilan berjawab, Shareez memberi salam terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam. Weh, Shareez! My New York buddy! Lama tak roger aku apahal? Hidup lagi kau eh? Pa cita? Eh! Kau ingat lagi ke cakap bahasa Melayu?"

Shareez ketawa kecil.

"Jahanam kau, Leman! Mestilah, aku ingat lagi asal usul aku okay! Anyway, sorry ah lama tak call. Aku ada banyak hal kat sana. Tu yang takde masa nak roger, tanya khabar kau." Serba salah Shareez kerana sudah lama tidak menghubungi kawan lamanya itu sejak meninggalkan Malaysia.

"Alah, takpe! Aku faham. Tak terasa pun la," jawab Leman senang.

Lega hati Shareez mendengarnya. Lagipun, dia tahu Leman takkan terasa. Itulah yang membuatkan dia suka Leman. Bukan suka yang itu tapi suka berkawan dengannya. Leman sempoi orangnya. Senang dibuat kawan.

"Aku, Alhamdulillah. Hidup lagi. Kau apa cer sekarang? Member semua sihat?" soal Shareez pula.

"Aku macam biasa, sihat walafiat. Diorang semua pun sihat belaka je, Alhamdulillah. Kau still kat New York lagi ke?"

"Tak ah. Aku kat Malaysia dah," balas Shareez mendatar.

"Woah! Kau biar betik weh? Bila sampai?" Leman bersorak riang, siap bersiul bagai.

Tergelak Shareez dengan reaksi Leman. Over betul, hahah. Macam lama sangat dia tak balik Malaysia. Padahal, tak sampai 5 tahun je.

"Sebulan lepas aku sampai. Alah kau ni... Benda kecik pun nak kecoh. Relaks tahu relaks?"

Leman ketawa. "Wa bukan apa... Wa eksaited, bro. Eh, lepak mamak jom! Aku ada banyak nak story kat kau."

"Okay, on! Sebelum tu, jom main futsal dulu weh. Kaki aku ni lama dah tak tendang bola. Dah gian dah ni," seloroh Shareez.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now