10 - Perhitungan

2.2K 245 17
                                    

"Saya kena jadi princess? Awak ni biar betul, Charon? Saya tak nak!" Hanna rasa dah nak menangis. Tak sanggup nak pakai lawa-lawa, kelip-kelip macam puteri raja. Eeii! Simpang malaikat 44!

"The problem is... tak ada siapa nak jadi princess. You sorang je yang tak ada masuk apa-apa. I kena masuk perbarisan Kadet Polis." Charon selaku AJK Rumah Biru melepaskan keluhan kecil.

"Deena? Dia cantik, dia lagi sesuai jadi princess. Saya tak suka la pakai ala-ala Princess Anna dalam Frozen tu. Tak pun... awak pilih je la Tirah ke Kelly ke...?"

"Deena... she couldn't come for the Sport's Day. Tirah kena jadi photographer and... Kelly pula masuk perbarisan PBSM," kata Charon. Dia juga buntu nak cari orang yang sudi nak jadi maskot rumah sukan mereka. Bukan senang nak jadi AJK tau.

Hanna tunduk. Rasa kecewa. "Alaaa..."

"It's okay, Hanna! I am very very very sure you will look absolutely pretty, just like Princess Anna! Nama you pun nak dekat sama dengan dia, hahah." Charon bagi semangat, kononnya nak dorong Hanna supaya terima tawaran itu.

"Are you sure? Saya okay je tapi... saya takut nanti orang gelakkan saya... hmm... malulah..." Hanna tak suka jadi perhatian orang. Malu.

"Nanti kalau rumah kita kalah lagi macam mana? Lagilah mereka akan ketawakan kita. Berganda malu tau," bidas Charon.

"Plus, you dapat tambah markah kokurikulum. You tak nak ke? Peluang datang sekali ma. Lagipun, this year kan our last year in this school... why not? Boleh buat kenangan and proudly tell your children about this. Right?"

Hanna gelak. Jauh betul pemikiran si Charon ni.

"Please, Hanna! Please... you je la harapan I, harapan Rumah Biru kita," pujuk Charon. Dia buat muka kesian supaya Hanna setuju. Mulut dimuncungkan minta simpati.

Lagilah Hanna rasa serba salah. Nak terima ke tak? Haih...

"Okay fine... I'll take this offer tapi tak boleh ke kalau tak payah jadi princess?" tanya Hanna.

Charon senyum lebar sebelum geleng kepala. "Nope! Cannot la because this year tema fantasi, dongeng like that la and Miss Suzy has decided to choose princess theme for our rumah sukan."

Hanna memuncungkan bibirnya. "Alaaaa... kan best kalau ada superhero theme. Bolehlah saya jadi Boboiboy. Kan best kalau dapat pakai kostum Boboiboy!"

Charon dah menghamburkan tawanya. "You ni kan! Aish! Then, siapa nak jadi Adudu?"

"Iman la. Kepala dia kan macam kotak?" Serentak Charon dan Hanna ketawa.

******
******

"Ikut aku kejap." Shareez terus tarik lengan baju Hanna tanpa menunggu sebarang jawapan daripada gadis itu. Kaki diatur laju.

Hanna blur. Tiba-tiba kena culik, memang blur ah cite dia. "Kau... kau nak bawak aku pergi mana ni?"

"Temankan aku makan," jawab Shareez ringkas.

"Main tarik je anak dara orang. Ish," omel Hanna perlahan. Kena paksa temankan alien itu pergi makanlah pula. Nasib baik hari ni dia rasa malas mahu membantah.

"Duduk," arah Shareez.

Hanna turutkan saja. Tak tahu kenapa hari ni rasa malas nak langgar arahan orang. Rasa macam... ikut je la, malas nak cakap banyak. Apa nak jadi, jadilah. Wujud juga perasaan begini. Ah, malaslah nak fikir.

Hanna cuma perhati saja Shareez menikmati bihun goreng. Bebola mata Hanna bergerak. Daripada bihun goreng, dia mula perhatikan
wajah lelaki itu.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now