BAB 5

4.3K 92 1
                                    


Tergesa-gesa Ain melangkah keluar dari Book Garden yang merupakan kedai yang menjual buku rujukan dan alat tulis bagi pelajar universiti. Tadinya dia berkunjung ke sini untuk membeli beberapa batang pen dan juga menukar bateri kalculator. Sebaik sahaja berdepan dengan lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapannya sebentar tadi buat semua yang ada dalam fikirannya berterbangan. Beg sandang ditarik kemas. Tangan yang sudah mengigil digenggam kemas. Insiden sebentar tadi berulang tayang bagai pita rakaman yang tidak mampu di buang.

Baru sahaja tangan memegang bekas berisi pen yang mengandungi pelbagai warna, ada tangan lain yang turut sama mendarat dibekas tersebut sehingga tersentuh jarinya. Terlepas bekas tersebut dari tangan.

"Lembutnya tangan."

Tanpa mengendahkan renungan tajam lelaki di hadapannya, Ain rendahkan posisi badan untuk mengutip pen- pen yang sudah bergelimpangan jatuh di hujung kaki. Dengan tangan yang terketar –ketar, sebatang pen digenggamnya erat. Baru dia perasan lelaki itu turut sama membantu mengutip pen yang masih berselerak di hujung kakinya.

"So, dekat sini ye awak larikan diri." Zarul berbisik rendah dekat dengan cuping telinga Ain. Nasib baik tidak ramai yang ada di Book Garden. Berani la dia berdiri agak dekat berhadapan dengan Ain ketika sigadis sedang membongkok mengutip pen yang terjatuh sebentar tadi.

Ain tentang berani pandangan pemilik mata hazel di hadapannya. Untuk tiga saat, matanya berdegil mahu melihat lelaki di hadapannya. Lelaki itu segak bertali leher berwarna biru tua dipadankan dengan kemeja biru cair dan slack hitam. Lelaki di hadapan nya memang punya daya tarikan yang tersendiri. Sejak dari zaman sekaolah lagi tapi gara-gara perangai yang tak serupa orang lelaki itu buat dia jelek. Biar muka tak handsome janji perangai tak menyakitkan hati.

" Saya tak lari. Saya naik bas. Awak pun tahu saya ni student kan takkan mak mertua tak bagitau." Sindir Ain. Takkan la nak mengaku dia sengaja balik awal ke kampus untuk mengelak dari berjumpa dengan Zarul. Mereka hanya bersua muka semasa majlis akad nikah. Hanya itu. Kerana dia yang meminta tiada majlis diadakan cukup hanya doa selamat yang dihadiri oleh keluarga terdekat. Sehingga saat ini tiada siapa yang tahu dia sudah menjadi isteri orang.

"Ain..Ain. saya tahu awak ni student, tapi tak sangka sangat berdedikasi sampai balik hostel seminggu awal." Sindir Zarul tajam. Ain ketap bibir geram.

"Awak buat apa dekat sini? Takkan ibu suruh awak datang jumpa saya sampai kat sini." Ain genggam tangan yang sudah menggigil. Ingatkan dah balik awal ke kampus takkan mengadap muka Zarul, tak sangka sampai ke sini lelaki ini menjejakinya.

"Ain, saya tak perlu dengar arahan sesiapa terutamanya untuk jumpa isteri saya. Nanti jumpa saya dekat café. Saya tunggu awak habis kelas. " Zarul ukir senyum. Kemudian berlalu tanpa pamitan.

Hilang kelibat Zarul, Ain teruskan langkah kaki laju menuju ke tingkat 2 bagunan Siswa. Dia sudah 5 minit lewat untuk kelas Econometric. Gara-gara berfikir sambil berjalan langkahnya agak lambat. Persoalan yang makin kuat mengasak kepala, kenapa lelaki yang seorang itu muncul dipagi Isnin di bumi Seri Iskandar bukankah sepatutnya lelaki itu berkerja.

Ain berjalan pantas. Sekejap-sekejap mata menoleh kebelakang.

"Ain.."

Serta merta langkah Ain mati. Tapi dia masih tidak berani untuk mencari siapa yang memanggil namanya. Mata dipejam seketika. Kemudian barulah dia menoleh ke belakang. Ain tarik nafas lega.

"Kau kenapa Ain?" Pelik Hariz tengok Ain tertoleh kebelakang. Macam dikejar seseorang.

"Tak ada apa-apa. Aku cuma nak cepat dah lambat 5 minit.." Ain tilik jam ditangan. Nasib baik ada geng masuk kelas lambat. Tak ada la malu sangat masuk lambat sorang-sorang.

Seindah MaharkuWhere stories live. Discover now