BAB 49

2.4K 101 17
                                    

Hari ni genap setahun Hairy pindah..Amira termenung teringatkan kisah silam(uish)..Kini dia sudah berumur 16 tahun..Masih disekolah yang sama kerana keputusan PT3 nya tidak berapa memberangsangkan..

Sedih?ofkos lah..Mama dan abahnya bagi harapan tinggi kot..Tapi mama bijak menyembunyikan kesedihannya..Sebaliknya dia memujuk Amira supaya menerima takdir itu..

Abahnya pula hanya berdiam..Mungkin kecewa kerana result anaknya tidak setanding dengan anak anak buahnya yang jauh lebih pandai..

Along juga ada memberi semangat kepada Amira..Katanya itu cuma permulaan..Sekarang fokus untuk SPM..Saufi pula berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR..dia diterima bersekolah di sekolah berasrama penuh..

Bangga dan kecewa bersatu dalam diri Amira..Bangga kerana adiknya berjaya mengharumkan nama keluarga nya dan kecewa kerana dia tidak sepandai Saufi dan Alongnya..

Wan masih setia disampingnya dan yang lebih terharu,keputusan mereka sama..Izhad juga masih ada tetapi Izhar sudah berpindah ke Bangi..Krisis keluarga telah memisahkan kembar tersebut..Sejak itu,Izhad kembali dengan perangai lamanya..Pendiam dan beku..

Dia masih di sini kerana tinggal bersama bapanya tapi Izhar dibawa oleh ibunya..Izhad cemburu..Cemburu kerana dia tidak merasa kasih sayang seorang ibu sebaliknya Izhar cemburu kerana dia tidak merasa kasih seorang ayah..Sebenarnya fair je kan..

Aryan sudah bahagia dengan cinta monyetnya..Amira hanya tersenyum mendengar hal Aryan itu..Dia tak pernah ada rasa dengan Aryan jadi dia tak kisah..

Amira masih tak boleh lupakan Hairy..Segala memori ketika camping kembali menjengah ingatannya..Ada air bergenang pada matanya..Tunggu masa nak jatuh je..

Tapi dikacau oleh suara ibunya yang menjerit dari bawah..Dia membetulkan tudung yang dipakai dan baju yang sedikit berkedut dibetul betulkan..Setelah puas,dia segera turun ke bawah..

Kelibat ibunya yang mundar mandir dari dapur ke ruang tamu menyapa pandangannya..Alongnya sedang memanaskan enjin kereta di luar rumah..Abahnya pula ditempat sebelah pemandu..Amira terus keluar dan rak kasut dituju..Kasut sarung dicapai dan disarung ke kakinya..

Ibunya muncul dibelakang dengan bekas tupperware yang agak besar berisi nasi putih..Amira menolong mengangkat tupperware tersebut dan dibawa masuk ke dalam kereta..

Setelah semua selamat masuk ke dalam perut kereta,Zairi mula memandu keluar dari perkarangan rumah dan sekolah adiknya dituju..

Amira terlena dalam perjalanan ke sana..Ketika dia bangun,kereta abahnya sudah masuk ke dalam perkarangan asrama lelaki..

Mereka terus mengangkat barang barang makanan yang disediakan oleh ibunya dan dibawa ke pondok berdekatan..Saufi turun setelah mendengar namanya disebut dari pondok pak guard..

Dibelakang Saufi,ada seorang lelaki yang menurut langkahnya..Amira tak berapa nampak mula lelaki itu kerana terlindung dengan badan adiknya..

Setelah Saufi dan lelaki tersebut mendekat baru dia dapat nampak muka kawan adiknya itu..Dia terkejut..Dengan spontan,dia terus terbangun dari duduknya..

Semua di situ memandang Amira dan kawan Saufi itu silih berganti..Kawan Saufi itu pelik..Kenapa kakak Saufi pandang dia macam nampak hantu?Dia menilik bajunya,biasa je..

Amira tergamam..Muka tu..Dia rindu muka tu..Dia yakin..Tu Hairy kan..Tapi kenapa budak tu macam tak kenal dia je?

"Hairy?",Amira menyoal kawan adiknya itu..Lelaki itu berkerut sebelum menjawab Amira..

"Yup..tapi macam mana tahu nama saya?"



-the end-




P/s: yeaayy habis..Puas hati tak?paham tak ending dia?Sorry kalau tergantung tapi memang nak buat tergantung pun 😂😂

Playboy Junior Where stories live. Discover now