15 - Keluar

2.4K 211 22
                                    

[EDIT]

"Nah. Air Ribena je ada. Ada apa kau datang sini?" soal Eira sebaik saja meletakkan dua cawan ke atas meja di halaman. Punggung dilabuhkan.

"Xie xie ni," ucap Charon ceria.

Air yang dihidangkan itu disisip sedikit.

"Saja datang, heheh. Like usual. I'm bored to death duduk sorang di rumah." Charon menjulingkan mata ke atas.

"Rumah besar gedabak, bosan pekebendanya? Wifi ada. Tengok je la Youtube ke drama China ke. Tak habis-habis datang mengunyit kat rumah aku. Macam takde kerja lain," sindir Eira dalam nada gurauan.

Charon cuma tayang sengih.

Menjuling ke atas mata Eira. Biasa sangat dah dengan Charon. Bosan je, pergi rumah dia. Bosan je, cari dia. Apa muka dia macam penghilang kebosanan ke?

"Yang kau nak keluar dengan Hanna minggu ni, jadi ke? Kalau jadi, aku ingat nak join sekali. Tapi tengok masa ah kalau aku free."

Giliran Eira pula mensisip air Ribena. Sejuk terasa saat air itu mengalir perlahan di dalam esofagus. Hilang sikit dahaga.

Muka Charon bertukar monyok. Dia geleng kepala.

"Aiyaa... Tak jadilah. Hanna kata dia ada hal lain ma. She's going out with Shareez, if I'm not mistaken, the New York guy? I don't know much about him." Charon angkat bahu. "So yeah, tak jadilah I nak keluar dengan Hanna. Seems like I kena cari sendirilah bahan untuk folio Akaun tu hmm..."

Berkerut kening Eira. Memikirkan sesuatu. Charon yang sedang mengeluh diabaikan.

"Kau perasan tak weh?" soal Eira serius.

"Perasaan apa? Setahu I, I dah tak ada perasaan dah kat itu lelaki tiga suku. Harap muka saja handsome tapi otak talak betul. Suka hati reject I. Sen ching ping," balas Charon geram kemudian mencarut dalam bahasa Cina. Bengang kerana ditolak bulat-bulat oleh seorang jejaka yang telah lama dia sukai.

"Aku cakap perasan, bukan perasaan. Eh kau ni, aku sepak jugak kang. Terus otak kau pun jadi talak betul."

Tangan Eira hampir terangkat. Semestinya dah bersedia nak bagi penampar untuk Charon. Kalau dah pekak tu, memang badak ah cite dia. Pekak badak.

Charon sengih. "Oh, perasan... I tak ada perasan apa-apapun. Berat I pun okay je, tak naik, tak turun. Kenapa? Am I look fat?"

Menggelabah Charon dibuatnya. Risau juga kalau-kalau badan atau mukanya nampak gemuk memandangkan sejak akhir-akhir ini dia banyak makan.

Spontan Eira menepuk dahi. Ditayangnya muka fed up.

"Bukan pasal tu la. Aku perasan..." Eira betulkan duduknya. Dia ke depan sedikit.

"...yang Shareez tu rapat semacam je dengan Hanna. Macam ada 'something'. Sort of special relationship. Kau tak rasa pelik ke?"

"Hmm... I memang dah lama perasan ma! Sebab itu hari kan I ada pergi kelas Hanna, mahu ajak Hanna keluar this weekend, told ya bout that, right?"

Setelah Eira angguk, Charon menyambung. "And that guy was there too but he suddenly menyampuk dan cakap dia tak bagi sebab dia dah booking Hanna. I was like, yeah something is fishy, craby, and prawny bout them."

Membulat mata Eira setelah dia berfikir sekejap. "Takkanlah diorang... go on a date kut?"

"OH. MY. GOD!" Menjerit kecil Charon selepas mendengar telahan Eira. Boleh jadi kemungkinan besar juga, kan?

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now