Episod 31: Kehidupan

1.9K 221 4
                                    

Aku berada di dalam teksi untuk bergerak pulang ke rumah.

"Tu kau kena cari jawapannya sendiri."

'Erghh nak cari jawapannya macam mana pula!' Kusut aku memikirkan apa yang harus aku lakukan tentang Wonwoo yang semakin meliar-liar di dalam fikiran aku.

Tiba-tiba telefon ip kepunyaan aku berdering. Di skrin telefon terpapar nama Eomma.

"Yebuseyo...eomma?"

"Mina...palli pulang! Hoshi...Hoshi..."

Tup! Talian terputus.

Dan aku tahu ketika itu aku mulai berpeluh satu badan.

Satu masalah, masalah lain pula datang!

●●●●●●

Aku tiba di dalam rumah.

Kucar-kacir.

Itulah keadaan rumah aku sekarang ini.

Aku mencari kelibat eomma, dan juga Hoshi.

Tiba-tiba eomma muncul di hadapan aku. Mukanya kalut dan cemas.

"Mina, mereka datang..." ucapnya dalam nada tercungap-cungap.

"Eomma? Siapa datang? Hoshi di mana? Kenapa rumah kita jadi macam ni?" Soalku bertalu-talu. Masih tidak tahu apa yang baru sahaja berlaku.

Eomma terdiam. Mukanya berubah sayu.

"Orang-orang upahan Ji Sung datang.

Mereka cuba nak pukul eomma tapi sempat dihalang Hoshi. eomma serba salah. Akibatnya...." Matanya memandang lantai.

"...Hoshi dipukul kuat di bahagian kepala dia. Dan ketika Hoshi tidak sedarkan diri, mereka mengangkat badan Hoshi tu. D-dan....

....mereka bawa lari Hoshi."

Aku tergamam.

Tak...

Bukan adik aku...

●●●●●

Wonwoo sedang termenung ke luar tingkap di luar biliknya. Entah apa yang difikirkannya, dia pun tidak pasti. Sehinggalah ada bunyi riuh di halaman rumahnya menyebabkan dia tersedar dan kembali ke alam nyata.

Dia menundukkan badannya dan mengecilkan sedikit matanya bagi mendapatkan imej yang lebih jelas.

Kenapa pekerja-pekerja appa macam riuh sahaja tu? Soal Wonwoo dalan hati.

Dek kerana rasa ingin tahu yang mendalam, Wonwoo curi-curi keluar dan mengikut langkah konco-konco ayahnya itu.

Wonwoo mendapati mereka sedang memapah seorang remaja lelaki yang kelihatan tidak bermaya menuju ke bilik bawah tanah. Wonwoo seakan-akan kenal akan tuan punya tubuh tersebut.

Hoshi ke tu?

Mustahil...aku dah berusaha jauhkan diri dari Mina. Takkan mereka nak culik adik dia pula? Desis hati Wonwoo.

Setiba sahaja mereka berada di bilik bawah tanah, mereka terus membuka pagar yang dikhaskan bagi menempatkan mangsa-mangsa yang tidak bersalah ke dalam penjara. Wonwoo mengambil tempat yang strategik untuk menyembunyikan dirinya.

Terus konco-konco ayahnya itu melempar tubuh remaja itu tanpa sedikit pun rasa bersalah akan keadaan remaja tersebut.

Mereka naik ke atas semula. Selepas kelibat mereka hilang dari pandangan, Wonwoo terus bergegas menuju ke arah tempat di mana Hoshi dipenjarakan.

"Hoshi? Jadi betul lah apa yang aku rasa. Appa masih tak serik." Wonwoo mengetap geram bibirnya. Sedih melihat keadaan anak muridnya yang pucat. Sudahlah tidak sedarkan diri, badannya pula dilemparkan sesuka hati.

Wonwoo terus berjalan naik ke pejabat appanya.

Apa yang dia akan buat?

Pastinya dia akan memarahi appanya kerana masih membuat kerjanya yang keji itu.

Tapi dia yakin appanya tidak langsung ambil kisah. Kerana dia tahu appanya menganggap yang dirinya itu masih mentah dan tidak mampu berfikir secukupnya lagi.

"Appa bohong! Ini bukan perjanjian yang appa buat dengan Kook!" Wonwoo terdengar bentakan daripada adik kembarnya Jungkook di dalam pejabat appanya.

Serta-merta Wonwoo terhenti langkahnya. Dia mencuri dengar perbualan adik dan ayahnya itu.

"Bohong? Kamu kata appa bohong? Jungkook, kamu seharusnya bersyukur appa beri kamu duit untuk memuaskan nafsu seharian kamu. Tak cukup?"

"Tapi dalam perjanjian kita appa kata appa akan benarkan Kook masuk kelab Karate supaya Kook boleh kalahkan Hyung. Appa tak ingat?"

"Tiada istilah perjanjian antara KITA. Jungkook, itu semua hanya lakonan appa untuk memperbodohkan kamu. Mana mungkin appa akan beri kamu masuk ke dalam kelab karate yang langsung tak sama taraf dengan pekerjaan appa."

"Appa keji. Appa pentingkan diri. Appa TAK GUNA!"

PANG! Satu tamparan hinggap di pipi Jungkook. Wonwoo terkejut kerana bunyi tamparan itu terlalu kuat sehingga dia yang berada jauh sedikit dari pintu pejabat appanya itu juga mampu mendengarnya.

"Kamu dah berani tinggikan suara kamu. Keluar dari pejabat appa. Sekarang!"

Wonwoo cepat-cepat menyembunyikan dirinya dari dilihat adiknya. Syukur ada pasu bunga besar bersebelahan dengan pejabat appanya. Dapatlah dia menyorok sementara di situ.

BAM!! Pintu dihempas kuat.

"Aku benci kehidupan sekarang." Ucap Jungkook seorang diri sebelum berlalu pergi dari situ.

●●●●●●

Hangover. Tergesa-gesa sebenarnya :")

Ayat pelik sila abaikan.

Sebelum tu..

Selamat Hari Raya!

My Crush Stole My DiaryTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang