12 : Luka

1.5K 168 11
                                    

( Wonwoo's pov )

"Thanks sebab sudi tolong aku! Korang memang terbaik!"

Seokmin tersenyum puas setelah melihat tugasan yang telah dia berikan kepada kami telah disiapkan dengan penuh jayanya. Itu pun atas bantuan Yuri jugak. Kalau diharapkan aku dan Mingyu, mungkin tugasan tadi masih belum siap.

"Apa kata, waktu balik nanti aku belanja korang tteokbokki? Nak tak?"

Mingyu yang berada di sisi aku pantas menganggukkan kepalanya dengan teruja seperti budak kecil yang mendapat gula-gula. Aku pula sekadar tersenyum dan mengangguk perlahan. Rasa tak selesa pulak kalau tolak ajakan dia.

"Awak pulak Yuri? Nak ikut tak?" soal Seokmin kepada Yuri pula. Yuri tersenyum pendek sebelum menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

"Maaflah. Tapi petang ni saya ada kelas piano so, saya tak dapat ikut."

Wow. Lepas waktu sekolah pun masih ada kelas. Patutlah rupa dia stress semacam. Mungkin jadual harian dia terlalu padat kot.

"Ah, geurae? Okeylah, kalau macam tu Mingyu, lepas balik nanti, kau dengan Wonwoo tunggu aku, okey?"

"Okey!"

Mingyu pun kembali semula ke tempat duduknya begitu juga dengan Seokmin. Yuri yang masih kekal posisi duduknya kelihatan termenung memandang ke luar tingkap. Aku pun mengambil kesempatan ini untuk berbual sebentar dengannya.

"Yuri, awak memang suka termenung kan?"

Yuri memandang aku sekilas sebelum mengalihkan semula pandangannya ke luar tingkap. Bibirnya mula mengukir satu senyuman pendek.

"Kalau termenung dapat kurangkan beban yang saya pikul, mungkin saya lebih rela duduk termenung 24 jam seminggu, Wonwoo."

Aku sekadar mengangguk tanda faham. Aku perhatikan luka yang menapak di hujung bibirnya dan tersenyum sendiri. Nampaknya, luka dia tak teruk sangat. Nasib baik, aku bertindak pantas malam tu.

"Apa yang awak tengok?"

Terlalu leka memerhatikan luka pada hujung bibir milik Yuri, aku tak perasan Yuri pula sudah berpaling dari tingkap dan tengah memandang aku dengan kening yang bertaut.

"Oh, awak tengok luka ni ke?"

Yuri menutup luka yang berada di hujung bibirnya dengan perlahan menggunakan tangannya. Aku tidak tahu nak cakap apa jadi aku hanya kaku tanpa bersuara.

"Awak tak perlu tahu pasal luka ni, Wonwoo. Luka saya ada kisah tersendiri."

Aku sekadar menganggukkan kepala tanda mengia. Yuri masih tidak tahu bahawa akulah lelaki yang telah selamatkan dia sewaktu dia diganggu oleh dua orang kaki mabuk semalam.

Baguslah dia tak tahu lagi identiti aku tu.

Ketika itu juga, kawan baik Yuri yang bernama Kyungmi itu tiba di kelas. Jadi, aku pun mengambil keputusan untuk berundur dari perbualan memandangkan Kyungmi pasti ada lebih banyak cerita untuk diceritakan kepada Yuri.

"Nanti kita borak lagi ya, Wonwoo?" kata Yuri kepada aku. Aku hanya tersenyum pendek lalu mengangguk.

Nampaknya, dia langsung tak syak aku.

---

( Yuri's pov )

"So, Kyungmi. Kenapa Mrs Song panggil awak tadi?"

"Oh, itu. Dia cuma nak maklumkan yang esok saya terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan muzikal kat Busan tu nanti."

"Wah! Jadi, bila awak pergi bertanding?"

Last Forever || WonwooTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang