Tzuyu seorang perempuan yang selalu mengikuti fesyen terkini minta izin dari omma dan appanya untuk menindik telinganya.Tzuyu memberitahu omma dan appanya bahawa semua rakan rakan perempuan di sekolahnya sudah menindik telinga mereka hanya dia sahaja yang belum menindik telinga.
Pada mulanya omma dan appanya tidak mengizinkannya tetapi mereka akhirnya bersetuju kerana tzuyu asyik merengek untuk menindik telinganya .Omma dan appa tzuyu lalu memberikan sejumlah wang dan menyuruh tzuyu untuk menindik telinganya di kedai perhiasan yang boleh dipercayai.
Namun tzuyu berpikir untuk
menyimpan wang pemberian omma dan appanya dan memutuskan untuk menindik telinganya sendiri. Tzuyu meminta sahabat baiknya jihyo untuk membantunya menindik telinganya.
Mereka menggunakan jarum yang dipanas dan kemudian dimasukkan ke kedua cuping telinga tzuyu . Walaupun tzuyu merasa kesakitan namun selepas melihat hasilnya tzuyu merasa sangat puas. Tzuyu kini boleh memakai subang dan tampil penuh bergaya seperti rakan rakan yang lain di sekolahnya.
Pada keesokkan harinya tzuyu bangun pada awal pagi kerana rasa gatal di telinganya. Rupanya cuping telinganya yang ditindik kelihatan merah.
Tzuyu ternampak seutas benang putih kecil terkeluar dari lubang telinga yang dibuat semalam di cuping telinganya.Akibat rasa ingin tahu benang tersebut datang dari mana Tzuyu menarik benang putih itu.
Benang itu sangat halus dan panjang. Tzuyu menarik benang itu terus-menerus, namun seakan-akan benang itu tiada penghujungnya.
Akibat rasa tidak sabar, Tzuyu akhirnya mengambil gunting dan memotong benang putih itu.
Tiba-tiba semuanya menjadi gelap.
Tzuyu menjerit dan lantas memanggil omma dan appanya untuk datang ke biliknya. Omma dan appanya yang panik dengan jeritan anaknya segera membawa tzuyu pergi ke sebuah hospital.
"Macam mana boleh jadi macam ini ?" tanya seorang doktor
Tzuyu kemudian menceritakan segalanya kepada doktor tentang perkara yang berlaku dan
Doktor tadi menjawab dengan nada sedih .
"Maaf, tapi kamu perlu tahu bahawa kamu akan mengalami hal ini seumur hidup kamu ."
"Kenapa?"
"Benang putih yang kamu potong itu bukan sembarang benang putih."
"Itu benang apa doktor ?"tanya tzuyu
"Itu benang saraf mata kamu"
The end / ©owner
copyright / vote / comment,
ВЫ ЧИТАЕТЕ
Creepy.com
УжасыMALAY : KOREAN : ENGLISH VERSION cerita horror yang dipinjam dari google dan telegram ©seram_malam. - highest ranking #8 in horor - -#1 in creepy-
