19 - Hamba

2.1K 229 21
                                    

Air mineral diminum rakus. Bagi menggantikan semula air yang keluar melalui peluh. Botol dicampak kasar ke tepi. Zarif merengus geram. Hatinya rasa panas. Panas menggelegak sampaikan rasa nak meletup. Mana taknya? Habis semua tempat pertama dirampas oleh musuh ketatnya itu. Hampir dalam semua acara pula tu!

Tak logik memang tak logik tapi sudah kenyataan lagi realiti apabila Shareez dengan mudah sahaja dapat mengalahkan dia. Walhal, dialah yang selalu menang. Dan, dia tak pernah kalah pada sesiapapun. Tapi- dengan Shareez, dia boleh tewas?

"Aku peliklah. Selama ini, kau tak pernah kalah-- walaupun dengan aku. Tapi macam mana kau boleh kalah dengan lelaki tu?"

Andrew garu kepala yang tidak gatal. Hairan seribu kali hairan. Dia pun atlet juga, selalu masuk apa-apa sahaja acara sukan tapi selalu kalah dengan Zarif. Tapi... aih, serius tak logik!

Banyaklah pula ke'tapi'an di situ. Maaflah, readers. Sis punya kosa kata dah out of stock, huhuh.

"Itulah yang aku tak puas hati sekarang ni. Aku rasa dia saja nak cabar aku kut. Jahanam kau, Shareez. Takpe, takpe. Tunggulah nanti," katanya geram sambil mematah-matahkan jarinya.

Mahu sahaja dia bagi penumbuk padu sekarang juga kepada Shareez yang tengah gembira sakan di khemah hujung sana.

"Sabar, Zarif. Biarkan saja dia tu. Lagipun, dia kan budak baru. Ingat... control yourself. Jangan sampai ada kes gaduh pula masa hari sukan berbahagia ni," Andrew memberi peringatan.

"Berbahagia, kepala hangguk kau. Member tengah bengang ni, kau boleh pulak nak sebelahkan dia." Zarif naik berang.

Andrew sengih kambing. "Eh, mana ada aku sebelahkan dia. Aku cuma bagi peringatan sahaja, kawan!"

Andrew yang masih lagi pelat Bahasa Melayu itu menepuk-nepuk bahu Zarif. Cuba menenangkan kawannya itu. Menjeling maut Zarif. Dirilekskan dirinya.

"Aku tak tahulah apahal mangkuk tu suka sangat mencabar aku. Dia memang sengaja nak beat aku dalam semua benda. Dia ingat dia hebat sangat? Aku lagi hebatlah!" Zarif tepuk dada.

"Tapi... dia memang hebat pun. Kalau tidak, macam mana dia boleh dapat tempat pertama dalam semua acara, kan? Memang aku salute la!"

Terasa berbahang pula telinganya mendengar pujian Andrew. Ingatkan nak senangkan lagi hati kawan tapi jadi begini pula. Sekali lagi Zarif merengus geram. Dahlah cuaca panas. Hati pun lagilah panas.

"Kau nak salute ke nak selit ke nak sembelit ke, lantak kaulah. Kau jangan lupa pulak dia tu musuh aku. Berbulu telinga aku dengar pujian sampah kau tu, tahu tak?!" sembur Zarif.

Andrew ketawa. Dia mengangkat tangan tanda menyerah. "Woah, relax, man... relax! Aku rasa kau cemburu la, kawan."

"Tak ada maknanya aku nak cemburu dengan loser tu." Zarif tayang muka menyampah.

Mana mungkin dia berasa cemburu mahupun dengki terhadap musuh tradisinya itu. Rasa tercabar ada la. Cepat sahaja Shareez merampas takhta Johan olahraga yang dipegang Zarif selama ini.

Sumpah dia rasa tergugat dengan kewujudan Shareez.

"Hmm, aku rasalah kan... that guy bukan lelaki biasa-biasa. Tengoklah macam mana dia boleh menang dalam semua acara larian. Habislah kau, Zarif. Seems like you have a new rival right now, man..."

"... lagipun, bagus juga kalau kau ada pesaing baru. Tak adalah bosan sangat, kan? Apa orang kata-- best man wins."

Zarif tak balas apa. Dah malas nak fikir, nak cakap atau ambil tahu tentang musuhnya itu. Buat semak hidup je.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now