22 - Cem-Bu-Ru?

2.6K 221 21
                                    

"Balik? Memang tak ah. Aku takkan jejak kaki aku semula kat rumah neraka tu. Yang kau siap pelawa aku bagai ni apahal? Banyak betul orang tua tu bayar kau supaya pujuk aku balik."

Senyuman sinis Shareez terukir. Masih segar lagi ingatan dia tentang janji yang dia tak akan sesekali pulang ke rumah mengerikan itu. Tidak selagi kebenaran tidak dapat dilihat dengan mata Dato' Hamid sendiri.

"Eh, kira baik tau aku suruh kau balik dengan cara baik ni. Ikutkan hati, aku nak paksa kau balik dengan cara kasar tapi sebab pikir kau ni anak orang tua tu dan merangkap bekas kawan aku..."

Belum sempat Haris menghabiskan kata-katanya, laju Shareez memotong.

"Habis tu? Guna je la cara kasar. Kau tahu kan aku ni degil orangnya... atau... kau yang tak berani nak paksa aku dengan cara kasar? Takut aku belasah kau separuh mati macam dulu? Huh. Pengecut." Sinis Shareez berkata. Biar ketar lutut Haris mendengar ayatnya.

Haris teguk liur berliter-liter. Masih segar lagi di ingatannya bagaimana teruk dia dibelasah Shareez yang muda empat tahun daripadanya ketika itu. Tiga tahun lepas yang sangat menakutkan.

"Buat apa aku nak takut? Patutnya kau yang takut sekarang ni. Kau tak takut ke aku buat sesuatu yang tak sepatutnya? Mungkin nyawa kesayangan kau tu akan jadi taruhan, manalah tahu kan? Apa nama dia, eh? Hanna...? Hanna Arissa?"

Air muka Shareez berubah. Tangan mengepal penumbuk. "Berani kau... jangan sampai aku..."

"Romeo, Romeo... jangan ingat aku tak berani guna cara kasar. Ini Haris la. Memang kau bijak tapi sayang... aku jauh lebih bijak daripada kau. Semua pasal kau, aktiviti harian kau, tempat tinggal kau, siapa yang rapat dengan kau ada dalam genggaman aku."

Ketawa jahat Haris kedengaran di hujung talian. Bertambah sakit hati Shareez dibuatnya. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.

"Oh, ya! Lupa pulak aku nak bagitahu kau. Tak lama lagi, aku bakal jadi peneraju baru syarikat bapak kau. CEO baru Empire Holdings. See, Romeo? Nampak sangat orang tua tu dah buang kau. Dia lebihkan orang luar macam aku ni daripada anak sampah macam kau."

Tajam Haris membidas. Senyuman kemenangan diukir. Dapat diagak reaksi wajah Shareez. Tidak lama lagi, semua benda milik Shareez akan jadi milik dia. Sudah lama dia menunggu masa itu tiba. Sikit sahaja lagi...

"Eh, sial! Kau dengar sini baik-baik, pengkhianat! Aku tak hadaplah jawatan sampah tu. Tak bawak ke mati pun la. Kau... sebenarnya nak harta bapak aku, kan? Kau dengan dua ekor betina tu sama je. KEJI. Kau pikir aku bodoh? Kau pikir aku tak tahu selama ni kau komplot dengan diorang?"

Pucat lesi sudah muka Haris. "Ma... macam mana kau tahu... a... aku komplot dengan diorang? Aku... aku..."

Senget senyuman Shareez. "Jackpot! Itu cuma soalan perangkap, Haris. Nampak sangat kau masih kurang bijak macam dulu. Eh, silap. Bukan kurang bijak tapi BODOH."

Peluh mula merenik di dahi Haris. "Apa... apa maksud kau ni, sial?"

"Jadi, betul la tekaan aku selama ni. Rupanya kau punca semuanya. Tak sangka kau komplot sekali dengan dua ekor betina tu. Ingatkan kau tamak sangat nak harta bapak aku. Tak sangka syaitan yang bertopengkan manusia pandai berkongsi," kata Shareez kasar. Perlahan tanpa nada suara tinggi tapi kedengaran sinis.

Tak guna! Haris merengus kasar. "Me... memang! Memang aku komplot dengan diorang untuk dapatkan harta dengan syarikat bapak kau tu! Tapi... apa je kau boleh buat? Report polis? Bagitahu semua orang? Siapa je nak percaya kau, Romeo?"

Haris gelak jahat. Dia tak takut. Shareez bukannya boleh buat apa pun. Tiada siapa yang akan percaya kata-kata lelaki itu.

"Suatu hari, semuanya akan terbongkar. Penjara akan menjadi tempat tinggal baru untuk kau, Haris."

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now