23 - Cik Bawang Merah

2.3K 198 22
                                    

"Kenapalah berat sangat kotak ni? Kan senang kalau ada troli, haih. Fir ni pun satu. Menghilang aje dia. Pemalas punya kawan. Aku pulak kena buat kerja sorang-sorang. Dunia ni memang tak adil betul la," bebel Hanna sendirian.

"Tak apa kau, Fir. Tunggulah hukuman daripada aku nanti. Aku kerjakan kau habis-habisan." Hanna senyum jahat sebelum keningnya kembali berkerut menahan kesakitan. Tangannya mula rasa lenguh.

Leher terpaksa dipanjangkan ke kanan untuk melihat jalan. Saiz dua kotak yang agak besar bagi Hanna menghalang pandangannya. Sebab itulah lambat-lambat kakinya melangkah. Tak pasal-pasal pula percuma je dia dapat jatuh longkang hari ni. Malu tujuh keturunan weh!

"Assalamualaikum," tegur satu suara asing.

Terkejut Hanna apabila suara itu menyapa. Dari mana datang suara itu, tak dapat diketahuinya. Riak wajah Hanna bertukar cuak. Takkanlah kotak yang dia sedang angkat ini boleh bercakap kut? Dan, boleh bagi salam? Sejak bila kotak masuk Islam?

"Aih, kotak! Kau ke yang bercakap tadi? Kau jangan nak main-main dengan aku, kotak. Aku baling kau dalam longkang baru tahu," ugut Hanna. Suara diperlahankan. Dengar dek orang nanti, confirm dicop gila. Hahah.

"Ehem! Mak aku kata... kalau tak jawab salam, dosa."

"Wa... waalaikumussalam." Tergagap-gagap Hanna menjawabnya.

"Boleh ke angkat tu? Nampak macam berat je. Kalau tak larat, meh aku tolong angkatkan."

Belum sempat Hanna membalas apa-apa, sekelip mata sahaja dua kotak itu bertukar tangan. Terkejut Hanna gara-gara tindakan siapa-siapa entah itu. Barulah rasa ringan tangan tika ini. Hanna meregangkan tangan dan lengannya.

"Terima kasih..." ucap Hanna separuh. Bebola mata dialihkan kepada gerangan tersebut. Bertambah terkejut Hanna apabila lelaki itu sedang tayang senyuman manis kepadanya. Zarif?!

"Eh... err... tak-takpe, takpe. Aku boleh angkat sendiri. Bagi sini balik kotak tu," pinta Hanna. Tak tahu kenapa dia rasa janggal setiap kali dengan Zarif. Mungkin kerana tak selesa kerana Zarif ada hati padanya kerana arahan penulis?

Eh. Salahkan kita pulak.

"No. Biar aku tolong. Aku kesian tengok kau angkat kotak ni sorang-sorang. Dahlah besar, berat pulak tu. Tak lenguh ke tangan?" Zarif perasan ekspresi wajah gadis itu seperti tidak selesa dengan kehadirannya di situ. Tak semena hati terasa kecewa sedikit.

Menunduk Hanna. Penat hendak berbalah lagi. "Kalau macam tu, kau jalanlah dulu. Kau letak je kotak ni kat gerai yang hujung sekali. Khemah warna biru. Hati-hati bawak tau. Jangan jatuhkan sebab benda dalam ni senang pecah."

"Kau pulak nak pergi mana? Takkanlah aku nak kena hantar sorang-sorang je? Temankan aku sekali, boleh? Aku-- aku tak tahu jalan. Nanti aku salah gerai pulak haa macam mana?" Sengaja Zarif mereka-reka alasan sebegitu. Dia mahu meluangkan masa dengan Hanna. Sekejap pun jadilah. Gadis itu sering kali sahaja mengelak daripadanya seolah-olah ingin menolak cintanya secara halus.

#cararejecthalus #kahkahkihkihkuhkuh #padanmuka

Hanna gigit bibir.

"Err... okay, aku temankan." Mengalah juga Hanna. Sebolehnya, dia tidak mahu dekat dengan mana-mana pelajar lelaki yang popular di sekolah. Zarif pun salah satunya. Takut jadi bahan mulut orang-orang di sekolah. Dan juga kerana Zarif menaruh perasaan terhadapnya. Sebab itulah Hanna rasa canggung.

"Ada apa je dalam kotak ni? Barang niaga ke?" Soalan Zarif memecahkan suasana hening antara mereka. Serta-merta Hanna kembali ke alam nyata.

"Haah, barang niaga untuk gerai kitaorang. Ada balang-balang biskut je. Kenapa? Berat ke?" uji Hanna. Masa inilah nak menguji kekuatan seseorang itu. Lembik ke sado. Lagi-lagi spesies lelaki. Kalau kening tak berkerut dan tak mengetap bibir, bermakna dia okaylah tu. Kalau sebaliknya pula, bermakna dia sedang merana.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now