Bab 7

14.3K 375 2
                                    

Adrina kembali ke sekolah seperti biasa selepas demamnya dah kebah.  Untung jugak kerja yang Sir Rizal bagi hari tu aku sempat siapkan.  Kalau tak, kena dendalah jawabnya.
“Lama gila kau tak datang! Aku rindu dekat kau!” ujar Naura gembila bila Adrina kembali ke sekolah.
“Eleh! Yelah tu rindu dekat aku! Kalau kau rindu, kenapa kau tak sendiri hantar kertas karangan dekat aku hari tu? Kenapa suruh Zahrif?”
Naura buat muka comel.  “Alah kau ni.  Kan Zahrif dah cakap yang aku kena jaga adik aku.”
“Ye…ye…ye… aku faham!” Adrina meletakkan begnya di atas kerusi.  Mereka sama-sama turun ke dewan.  Pagi-pagi akan diadakan perhimpunan.
Selepas membaca Al-Quran, ada satu pengumuman yang meminta semua tingkatan 5 diminta untuk tunggu sebab guru disiplin dan juga guru mata pelajaran nak jumpa.  Ada hallah tu!
Selepas semua beredar, pelajar perempuan menuju ke dewan depan.  Mereka beratur di sebelah lelaki.  Tapi, taklah dekat sangat.
Ustaz Rahim selaku ketua guru disiplin memberikan ucapan. 
“Assalamualaikum kepada semua anak-anak murid yang ustaz kasihi sekalian.  Ustaz ada seperkara nak cakap dekat sini.  Yang pertama berkaitan dengan disiplin kamu.  Apa yang saya perhatikan ialah disiplin kamu semua di tahap yang memuaskan cuma ada segelintir daripada kamu yang ustaz tak puas hati.  Nama yang ustaz sebutkan ini sila tunggu sebentar.  Ustaz nak jumpa dia selepas habis taklimat dari guru matapelajaran.  Nama nya ialah Nur Sara dari tingkatan 5 Abu Bakar.”
Semua mata tertumpu pada Sara.  Sara mula cuak.  Dah kenapa pulak aku yang dipanggil dan kenapa aku sorang je? Haish…
“Ustaz mintak kepada pelajar perempuan ini sila tunggu sebentar selepas taklimat ini habis.  Ustaz nak berjumpa dengan dia.  Sekian…” Ustaz Rahim menyerahkan mikrofon kepada guru yang ingin berbicara.
Zahrif dan geng-gengnya tersenyum penuh makna.  Tulah! Kacau sangat! Kan dah kena panggil! Mereka berhi-5 sesama mereka.
Taklimat ini tersangatlah boring bagi Adrina.  Serius! Aku sampai naik menguap dengar cikgu-cikgu ni berucap.  Nasiblah dapat anak murid yang memang macam ni.
Selepas habis berucap, semuanya pakat menarik nafas lega.  Tak perlulah dengar bebelan tu lagi.  Tahun ni, kami punya rating agak menurun.  Sebab tulah cikgu pakat membebel.
“Perhatian kepada pelajar bernama Nur Sara, Ustaz nak jumpa kamu di bilik ustaz sekarang!” ucap Ustaz Rahim tegas.  Sara menuju ke bilik disiplin.
Kenapa dirinya seorang sahaja yang dipanggil? Pelik.
Sara masuk ke dalam bilik disiplin.  Dirinya minta untuk duduk.  Sara duduk di kerusi berhadapan dengan Ustaz Rahim.  Ustaz Rahim mengeluarkan satu fail.  Mak ai! Ini fail kesalahan murid-murid.  Tapi, apa yang aku buat?
“Kamu tahu apa salah kamu kali ini?” Sara menggeleng.  Nak kata aku langgar peraturan macam dulu, tak dah.
“Ustaz dengar kamu kacau seorang pelajar lelaki bernama Ariz Zahrif.  Betul?”
Macam mana berita ni sampai ke telinga Ustaz Rahim.  Haish! Ini mesti si pengawas tak bertauliah ni!
“Kenapa kamu kacau dia? Dah gila sangat suka dekat dia? Tak habis-habis dengan perangai kamu dulu yang tergila-gilakan Akif?”
Duh! Dia ungkit Akif pulak.
“Kenapa kamu kacau si Zahrif tu? Apa salah dia dekat kamu sampai hidup dia kamu nak kena kacau?”
“Saya cuma bercakap je dengan dia…”
“Kamu sebagai perempuan patut jaga maruah kamu.  Kamu ni orang Islam! Bukannya orang Kafir yang tak ketahuan hala tu! Ke mana maruah kamu? Kacau dia sampai dia tak senang!”
“Ustaz…saya bukannya nak kacau dia sangat pun ustaz tapi dia yang buat sombong dengan saya.”
“Jadi? Kenapa kamu nak kacau lagi kalau dia dah tak nak bercakap dengan kamu.  Dah! Ustaz nak kamu ambik surat ni dan tandatangan.  Ustaz tak nak kes ni berlaku lagi! Kalau kamu buat lagi…ustaz takkan teragak-agak untuk gantung kamu dari sekolah.  Faham?!” Sara hanya mengangguk
Dia menulis apa yang diminta atas kertas tersebut lalu menandatanganinya.  Sara menyerah kembali kertas tersebut kepada Ustaz Rahim.
“Kamu boleh keluar…” Sara bangun dari kerusi lalu keluar dari bilik disiplin.
Ain menunggunya di luar.  Dia menghampiri Ain.  “Siot betul! Sapa buat aduan ni!”
“Kau kenapa?”
“Aku kena fail tahap disiplinlah.  Ini mesti kerja pengawas-pengawas!” dia mendengus geram.
“Salah kau jugak!” balas Ain.  Dia memandang Ain dengan perasaan geram.
“Kau dah kenapa nak salahkan aku?!”
“Aku dah cakap benda ni awal-awal! Tapi, kau degil! Tengok! Kau dah kena kan sekarang? Entahlah Sara.  Aku kadang-kadang langsung tak kenal kau!” Ain bangun beredar ke kelas.
“Bagus! Semua nak benci aku sekarang ni!” bentak Sara geram.

HIDUP Zahrif terasa tenang.  Aman bila Sara dah dipanggil ke bilik disiplin dan dikenakan fail disiplin.  Hahaha…lepas ni tak adalah dia nak kacau aku sangat.
Baru je cakap, Sara dah muncul di kelasnya.  Haih! Aku ingatkan dah taubat lepas kena ‘cuci’ dengan Ustaz Rahim.
“Tak serik lagi?” soal Zahrif kepada Sara.
“Kau tahu tak siapa yang buat aduan pasal aku?!” amboi! Datang sini terus pasang sniper rifle! Kau dah kenapa?
Zahrif bangun lalu berdiri di hadapan Sara.  Aku tahu muka aku dah kebas tapi demi membalas apa yang ditanya oleh Sara tadi, dia rela buat muka tebal.
“Kau tahu tak? Aku yang buat aduan tu.”
“Kau?!” Sara bagaikan tak percaya bila dapat tahu Zahrif yang buat aduan.
Yes! Memang aku.  Sebab apa aku buat aduan? Sebab aku dah tak tahan dengan perangai kau ni! Saban hari kacau hidup aku macam orang tak bermaruah!” geram betul aku dengan minah ni.
Aku tak nak marah-marah tapi keadaan ini memaksa aku marah dia bagi dia sedar diri tu sikit.  Nampak rendah di pandangan mata lelaki.
“Kalau kau tak suka, kau cakap! Tak payah nak buat report segala!”
“Aku? Cakap? Kau tahu tak?! Dah berbuih mulut aku ni cakap dekat kau supaya jangan dekat dan jangan kacau aku! Tapi, kau buat bodoh je! Jadi, terima jelah eh!” Zahrif tersenyum sinis lalu beredar keluar dari kelas.
Aku tak hairanlah kalau perempuan macam dia tu nak terasa ke apa.  Janji hati aku dah lega meluahkan apa yang aku rasa.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now