01 >> Mark |Spectacle | <<

1.2K 93 31
                                    

Requester; -
Genre; Happy + Romance.
Situation; In Highschool.

Semua pelajar Kelas 4 solar sudah berkumpul di makmal sains kecuali Kim Youjung | Y/N yang masih di tandas.

"Leganya..Alamak! Dah lambat!" Kau terus mencapai buku sains di luar tandas lalu memecut lari menuju ke makmal.

Tiba-tiba..

Bukk!

Entah bagaimana kaki kau tersadung dengan batu lalu kau rebah ke lantai. Kau cepat-cepat menukar posisi dari menyarap(?) ke duduk,kau mengibas-ngibas skirt kau yang sedikit kotor itu. Kau perasan akan lutut kau yang tercedera.

"Aduh! sakit nya, ehh mana cermin mata?" Tangan kau ligat mencari cermin mata.

"Awak t-tak apa-apa?" Ada seorang lelaki sedang berdiri di hadapan kau sambil menghulurkan tangan.

Kau mencapai tangan lelaki itu lalu menggenggam erat kerana risau kau akan jatuh sekali lagi disebabkan lutut kau yang masih lemah.

"Saya okey cuma luka sedikit di lutut" Jawab kau dengan ramah.

"Saya yakin cermin mata ini milik awak" Lelaki itu mengukir senyuman sambil menghulurkan cermin mata milik kau.

"N-nae."

"Biar saya pakaikan.Saya tahu mata awak kurang jelas" Lelaki itu menghampiri kau dan memakaikan cermin mata kau.

" Aich, g-go-gomawo!" Kau menunduk hormat tanda berterima kasih.

"Awak ni comel lah" Lelaki itu menguntum senyuman yang manis kepada kau.

Pipi kau terasa bahang dan mulai merah seperti tomato.

" Nah! This plaster is for you.Lekatkan di luka awak tapi before that,awak perlu cuci darah tu dulu,arasseo?" Kau rasa seperti hidup bersama tuan putera di istana kerana di layan dengan amat baik.

"Thanks again. I gotta go" Kau berlalu meninggalkan lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum melihat karenah kau.

H A R I K E D U A

"Harap dia akan terima coklat yang aku bagi ni" Kau mengeluh keresahan kerana risau.

Kringg! Kringg! Kringg!

WAKTU REHAT

"Mana dia?" Kau mencari kelibat budak lelaki yang menolong kau semalam.

"Yeah! itu pon dia" Kau menghampiri pondok yang berada di sekitar taman bunga dimana ada budak lelaki itu.

"Ehem..Ehemm" Kau berdehem perlahan untuk mengalih perhatian budak lelaki itu.

Lelaki itu perasan akan kehadiran kau , lalu dia mengangkat wajahnya daripada terus membaca buku.

" Saya mengganggu awak ke?"

+NCT DREAM IMAGINES | 엔씨티 Dream {CLOSED}Where stories live. Discover now