27 - Suka ke?

2.4K 187 11
                                    

Zarif mengukir senyuman lebar sambil tangannya bermain-main dengan sejambak bunga yang baru dibelinya tadi.

Kemudian, bau bunga itu diciumnya. Wangi. Harum. Keadaan bunga itu juga kelihatan mekar dan segar. Seperti perasaannya kepada perempuan itu.

"Yo, bro!"

"Yo!"

"Kau ni dah kenapa terhidu-hidu itu bunga? Lepas tu, tersenyum-senyum. Macam orang tak betul saja aku tengok," tegur Andrew lalu melabuhkan punggungnya. Berhadapan dengan Zarif.

Tersengih-sengih mengusik Andrew kepada kawannya itu.

"Aih, aku senyum pun salah ke? Jealous?" Kening Zarif dijungkit tinggi.

Bebola mata Andrew naik ke atas. Menyampah. "Hell no!"

Tangan Andrew ligat membelek-belek bunga itu. Keluhan dilepaskan.

"Haih! Again? Kau nak bagi bunga ini lagi ke to that girl? Seriously? Aren't you has been re-jec-ted by her? Still, why the hell you're doing this?"

Zarif cuma senyum. Tak mahu menunjukkan muka sedihnya.

"Aku tahu aku bodoh, for God's sake. Tapi aku takkan putus asa, Andrew. Who knows, she might fall for me? Cinta tu memang tak boleh dipaksa. Tapi cinta tu boleh dipupuk," kata Zarif yakin.

Zarif percaya dia akan berjaya menambat hati perempuan yang dia suka itu. Usaha tangga kejayaan.

Dan, dia tak akan putus asa selagi Hanna masih belum menjadi milik orang lain. Itu matlamat Zarif yang satu.

"Woah, woah! Sejak bila kau sudah pandai bermadah ni? Apa eh orang Melayu kata? Jiwang? Ahah, yes! That word suits you!" Terlepas ketawa Andrew. Terasa lucu apabila kawannya itu bertukar menjadi versi orang yang jiwang.

"Suka hati kaulah nak kata aku jiwang ke, emo ke, gila ke, aku tak kesah weh. Apa-apapun, aku takkan putus asa untuk dapatkan dia," balas Zarif tegas.

Berkobar-kobar semangat Zarif tika ini. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaannya membara untuk memikat hati si dia.

"But you forgot something, Rif. Cinta juga tidak boleh dipaksa." Andrew memberi peringatan kepada Zarif. Dia tak mahu kawannya itu kejam terhadap Hanna.

Kalau gadis itu sememangnya tak boleh terima Zarif? Itulah perkara yang Andrew risaukan.

Terdiam Zarif seketika menghadam pesanan Andrew sebelum bersuara kembali.

"Aku takkan paksa dia. Macam aku cakap tadi, aku takkan putus asa. Aku akan berusaha dapatkan hati dia," balas Zarif. Raut wajahnya kelihatan yakin. Seperti kata-katanya. Yakin untuk mendapatkan Hanna.

Mendengarkan kata-kata Zarif, Andrew menggeleng kepala. "Aku tak fahamlah dengan kau ni. Are you really sure after the first rejection, she will accept you after this? Whole-heartedly? Come on, bro. There's a lot of girls in this world. Probably better than her."

"Tapi aku suka dia. Aku dah tersuka dia. She's special, unique and different from other girls. Salah ke aku suka dia, Andrew? Salah ke kalau aku cuba pikat dia lagi? Salah ke aku cuba cara lain? Salah ke?" Zarif tanya soalan bertubi-tubi.

Tertanya-tanya dia selama ini jika semua perkara yang terjadi itu adalah salah.

"Memanglah tak salah. I'm just... ugh! If she rejects you again, I'm sure you'll be heartbroken again just like before or maybe even worst because you can't accept the fate. Zarif, do you think you can handle it again? Do you think you're tough enough to face the reality in the future?" Nada Andrew bertukar serius serentak dengan air mukanya.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now