28 - Pelik

2.1K 221 28
                                    

"Hanna, betul-betul la! Abang serius ni. Betul ke Hanna boleh duduk rumah sorang-sorang? Abang pergi lama, tahu tak? Takpun... Hanna balik kampung aje la eh? Abang belanja tiket bas, nak? Ataupun, Hanna nak duduk rumah kawan? Ala, buat sementara waktu je. Abang tolong hantarkan, nak?"

Risau Hairul dibuatnya apabila dia terpaksa tinggalkan Hanna selama seminggu. Hairul diarahkan supaya mengikut bosnya ke Kedah. Ada urusan kerja di sana. Tak ada angin tak ada ribut, bos di tempat kerjanya itu tiba-tiba sahaja memberi arahan mandatori sebegitu.

Sepatutnya PA kepada bosnya yang mesti ikut bosnya ke Kedah tetapi tiba-tiba sahaja PA itu ada hal kecemasan. Walhal, Hairul hanyalah staf biasa sahaja. Pekerja bawahan. Namun, Hairul terpaksa redha. Dia akur dengan arahan bosnya.

Nasib baik ada elaun untuk trip ini. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Tapi dia tak boleh hilangkan rasa risau yang menggunung kerana terpaksa meninggalkan Hanna buat sementara waktu.

"Ish, abang ni! Kan Hanna dah kata hari tu, kawan Hanna semua pergi holiday. And, Hanna tak boleh balik kampung minggu ni sebab Hanna baru je masuk kerja, bang. Takkanlah nak mintak cuti kut?" bidas Hanna. Bukan nak menang perdebatan dengan abangnya, tapi nak buat macam mana lagi?

Sekali lagi, Hairul melepaskan keluhan berat.

"Kalaulah Reez ada kat sini lagi..." keluhnya perlahan namun sempat Hanna menangkap sebutir-sebutir ayat Hairul.

"Abang, benda dah lepas kan? Janganlah dikenang lagi," balas Hanna perlahan. Malas fikir tentang itu lagi. Takut hati yang terluka didedah kembali.

"Okaylah-- okay! Hanna janji Hanna akan jaga diri elok-elok. Abang pun sama tau! Kerja, kerja jugak tapi jangan lupa makan. Belikan Hanna ole-ole tau," pesan Hanna panjang lebar. Cepat-cepat dia tukar topik sebelum peristiwa pahit itu menerjah di kotak memorinya.

Dicapai tangan Hairul lalu kepala Hanna tunduk menyalami tangan abangnya itu. Rasa sebak mula membendung di hati. Tak pernah lagi dia berpisah dengan Hairul selama ini. Seminggu. Masa yang sangat lama bagi Hanna. Pasti dia akan merindui satu-satunya abangnya itu.

"Jaga diri, adinda. Jangan tinggal solat. Balik dari kerja tu jangan balik lambat. Mesti balik sebelum Asar. Kalau tak, kanda silat adinda karang."

Tergelak Hanna dengan hujung ayat Hairul. Hilang rasa sedih di hati sekejap.

"Ya, ya! Baiklah, kanda!" Hanna akur.

Hairul duduk di kerusi batu halaman rumahnya. Ingin menyarung stoking. Hanna menarik dua beg pakaian Hairul lalu diletakkan ke dalam but kereta abangnya. Sayunya rasa. Ah, sunyilah dia lepas ni...

"Pasal makanan, Hanna tak payah risau. Abang dah beli barang basah kat dapur tu. InsyaAllah, cukup untuk seminggu. Haa semua snek pun, abang dah belikan. Hanna nak bantai semua, suka hati Hanna la."

Sekali lagi, Hanna tergelak. Tahu-tahu saja yang dia nak demand snek untuk seminggu. Gemuk pun gemuklah asalkan ada makanan sebagai teman.

Hanna tak risau sangat sebab dia memang selalu exercise dan mula work out untuk tambah stamina.

"Abang dah mintak tolong si Nina tu tolong tengok-tengokkan Hanna so jangan tanya kenapa dia asyik duk menyotong kat sini nanti. Pandai-pandailah Hanna layan dia, eh?" kata Hairul lagi sambil tangannya sibuk mengikat tali kasut.

Dapat dia agak muka Hanna berubah kelat. Tahu adiknya itu memang tak suka dengan Nina, si minah sotong. Tapi sekurang-kurangnya, ada juga yang sudi tengok-tengokkan Hanna apabila dia tiada nanti.

"Kak Nina? Haih, tak ada orang lain ke?" rungut Hanna dengan nada perlahan. Mata dijulingkan tanda menyampah.

"Okaylah, abang pergi dulu. Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum," ucap Hairul.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now