Bab 6

3.9K 17 4
                                    

ARJA bangun pagi. Dia gosok gigi. Lalu dia mandi. Selepas segarkan diri, dia duduk di meja makan. Ibunya sedang menggoreng mi. Baunya sangat menusuk hidung. Rasa pasti sedap juga. Dia hidupkan suis yang berada berdekatan. TV kecil yang diletakkan di tepi meja makan dihidupkan. Siaran berita sedang bersiaran.

Arja tarik kerusi. Dia duduk. Mata memandang pembaca berita.

"Ibarat haiwan. Itulah yang boleh dikatakan kepada penjenayah yang telah merogol seorang perempuan tengah malam tadi. Kejadian malang ini berlaku di Arau, Perlis di mana seorang gadis yang dikenali sebagai Nor Safiah Abdul Rashid, 24 tahun ditemui dalam keadaan separuh bogel di sebuah parit di jalan berdekatan pasar raya besar awal pagi tadi..."

Visual pembaca berita bertukar pada visual orang ramai sedang mengerumuni kawasan kejadian. Kelihatan beberapa orang pegawai polis sedang mengambil gambar kawasan kejadian. Orang ramai pula ada yang sedang berbual sesama mereka. Ada juga yang sibuk merakam kawasan kejadian. Ada juga yang sedang mengawal orang ramai yang makin membanjiri kawasan kejadian. Kemudian, suara pembaca berita kedengaran semula.

"Mangsa dilaporkan keluar ke pasar raya dan tidak pulang sehingga lewat malam. Ibu mangsa kemudiannya meminta pertolongan ketua kampung untuk mencari anaknya. Dalam perjalanan mereka ke balai polis, mereka ternampak orang ramai sedang mengerumuni di tempat kejadian. Terkejut melihat mayat anaknya berada di dalam longkang itu, ibu mangsa terus pengsan di tempat kejadian..."

Ibunya geleng kepala. Arja terkejut dengan kejadian tersebut.

"Manusia zaman sekarang memang lebih binatang daripada binatang. Sesama sendiri pun boleh berbunuhan. Entah apa dah jadi dengan dunia," leter ibunya.

Patutlah bunyi siren polis kedengaran ketika dia sedang berada di warung Samad semalam. Arja bangun dari kerusi. Dia bergerak menuju ke arah almari yang berdekatan dengan dapur. Kelihatan beberapa uncang teh disusun rapat dalam kotak kertas. Arja tarik satu uncang teh, lalu dia capai jag air dan menuju ke cerek yang sudah tersedia di dalamnya air panas. Kedengaran suara pegawai polis yang ditemubual di TV.

"Mangsa disyaki sudah dirogol. Saya belum dapat pastikan kematian mangsa. Apa-apa pun, nanti kita tengok pada laporan yang akan dikeluarkan. Saya berharap sesiapa yang ada maklumat berkenaan dengan kejadian ini supaya berhubung dengan balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," kata pegawai polis itu.

"Mak cik tak sangka, mak cik tak sangka yang dia pergi terus tak balik-balik. Mak cik sedih sangat sebab dia anak mak cik yang mak cik ada. Tapi, mak cik reda dengan apa yang Tuhan dah tentukan. Mak cik terima sajalah ketentuan-Nya. Mak cik harap polis dapat tangkap orang yang buat anak mak cik macam ni," kata ibu Safiah yang juga ditemubual oleh stesen TV berkenaan.

Sejag teh panas sudah siap. Arja letakkan di atas meja. Ibunya sudah siapkan mi goreng.

"Ibu, Arja masuk bilik kejap. Kejap lagi Arja keluar semula. Ibu makanlah dulu," kata Arja.

Ibunya hanya mengangguk faham. Arja capai muk yang tergantung. Teh panas itu dituang sehingga penuh ke dalam muk itu. Arja pegang muk itu dengan berhati-hati. Langkahnya diatur ke biliknya semula.

Arja hidupkan komputer ribanya. Air diletakkan di tepi. Agak lama menunggu komputer ribanya memaparkan Desktop. Arja hirup sikit air teh untuk membasahkan tekak. Panas di bibir masuk ke kerongkong. Meresap ke tubuh. Saraf disegarkan. Facebook dibuka. Berita yang terpampang baru saja di TV tadi sudah menjadi isu hangat di wall Facebooknya. Status daripada rakan-rakannya dan media semuanya mengulas isu sama. Ada yang berkongsi artikel dari surat khabar, ada juga yang kongsi link dari blog-blog amatur yang menyalin bulat-bulat artikel kejadian itu dari laman web surat khabar.

"Ja, mari sarapan. Dah sejuk dah ni. Awal benar main benda Yahudi tu," jerit ibunya dari dapur sambil memerli.

"Kejap!" Arja tolak kerusi dan bangun. Komputer ribanya dibiarkan terbuka. Sekejap lagi dia mahu bermain lagi.

LAGU Sean Kingston bergema di dalam kelab malam Ringo. Gadis-gadis yang hanya berpakaian menutup bahagian sulit dan sebahagian dada rancak menari di pentas tari. Beberapa orang lelaki yang mabuk menari bersama mereka sambil memegang botol arak di tangan.

Sekali-sekala, si perempuan cuba menjadi nakal dengan menggesel punggung mereka di bahagian sulit si lelaki. Si lelaki memuncak nafsunya.

Aswad hanya duduk di sebuah kerusi yang berada tidak jauh dari lantai tari. Sebatang rokok yang berada di dalam poketnya dimasukkan ke mulut. Matanya memerhati lelaki miang tadi di lantai tari.

"Takkan tengok saja?" Satu suara dari belakang Aswad mengejutkannya daripada lamunan nakal.

Aswad membuang putung rokok di mulut dan meletakkannya di celah dua jari. Pandangannya dialihkan. Seorang gadis yang memakai dress singkat mendedahkan paha dan lurah berada di belakangnya. Setelah memandang gadis itu atas bawah, dia alihkan pandangannya ke lantai tari.

Lelaki ni tak ada nafsu ke apa? Aku dah habis seksi dah kut! getus hati perempuan itu apabila godaannya gagal.

Si gadis tidak putus asa. Malam ni dia belum ada pelanggan. Jadi, dia harus goda lelaki ini.

"Abang, takkan tak nak rasa..." Tangan gadis itu diletakkan atas bahu Aswad. Kemudian, bahu Aswad diurut perlahan. Aswad biarkan sahaja gadis itu mengurut. Hilang sikit lenguh-lenguhnya di badan.

"Berapa?"

"Satu sesi, seratus"

Murah! Aswad alihkan pandangan dan melihat gadis itu. Dia memerhati wajah gadis itu dalam-dalam. Cantik. Kulit pula putih. Buah dada pula besar. Kaki pula seksi. Namun, Aswad terpandang satu benda yang membuatkan dia rasa nak muntah.

"Kau ni lelaki kan? Mak nyah?"

Si gadis terus tunduk. Dia rasa mahu larikan diri dari situ apabila rahsia besarnya sudah diketahui.

"Macam mana abang tau?"

Aswad gelak besar sebelum berkata, "Tu, halkum kau tu besar sangat."

Muzik disko terus bergema.


UNTUK MELANGGAN: shopee.com.my/kedaibukudn

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pesakit 701Where stories live. Discover now