F A N T A S Y
A pleasant situation that you enjoy thinking about but is unlikely to happen or the activity of imagining things.
(One shot story with BTS)
Written By Hyunjinee ||™ 2017
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Yes ! Setelah sekian lama aku berangan-angan untuk menjejakkan kaki ke Tokyo, akhirnya aku tiba juga di kota maju Jepun ini iaitu Tokyo ! Aku melihat sekeliling airport itu dengan senyuman gembira. Daripada zaman sekolah lagi, aku teringin ke Jepun. Ada banyak benda yang aku nak buat di sini ! Pakai yukata, tengok hanabi, makan takoyaki dan lain-lain. Aku terus keluar dari lapangan terbang ini dengan langkah yang riang.
‘ BUK ! ’
Bahu aku dilanggar oleh seseorang sehingga aku jatuh terduduk di atas tanah. Beg bagasi yang aku tarik pula dah terlepas dan semua isi dalam beg itu terkeluar. Begitu juga dengan beg yang dia bawa. Aku mendongak melihat gerangan yang sesuka hati menolaknya. Belum sempat aku nak marah, dia membuka cermin mata hitam yang dia pakai. Dia letakkan kaca mata nya di atas kepala. Mulut aku seperti terkunci melihat wajahnya. Dia mencangkung di hadapan aku. Mata aku dan dia bertembung seketika.
일 초 (1 saat)
이 초 (2 saat)
삼 초 (3 saat)
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dalam hitungan 3 saat, hati aku sudah declare kalau aku jatuh cinta padanya. Wajah dia sangatlah kacak seperti sang putera kayangan. Jantung aku mula berdebar hebat bila dia mengangkat tangannya ke arah wajah aku. Apa yang dia nak buat ni ? Kenapa aku seperti tak mampu mengeluarkan suara ? Dia tersenyum senget dan menjentik dahi aku dengan kuat. Aku terus mengadu sakit dan menggosok dahi aku yang berasa perit itu. Esh ! Baru sahaja nak feeling !