KVSA | 8

38.5K 2.6K 185
                                    

"Pandang straight je."

Aulia hanya menurut. Matanya terbeliak saat tertancap pada satu figura itu. What!

Aulia sudah kecut perut melihat Danish Aryan yang memandangnya tajam. Rasanya sedari tadi lelaki itu sudah merenungnya.

"Kenapa dia ada dalam ni?" bisik Aulia.

"Manalah aku tahu . Daripada tadi aku dengar orang kata 'handsomenya.. handsomenya'. Aku pun carilah lepas tu ternampak dia. Ah! Dah agak..."

Dua orang guru masuk ke dalam kelas. Mereka berdiri dan mengucap salam dengan serentak.

Selepas itu, sesi melantik ahli jawatankuasa dimulakan. Aulia langsung tak ambil peduli siapa yang akan pegang semua jawatan itu. Apa yang dia tahu, dia cuma mengundi ikut suka hatinya.

Sampai di pemilihan jawatan Bendahari tingkatan empat.

"Baiklah, tingkatan empat lelaki ada sesiapa sukarela?"

Farhan dengan yakinnya bangun dan mencadangkan nama Danish Aryan. Serta - merta mendapat persetujuan daripada majaroti pelajar perempuan.

"Untuk penolong bendahari? Pelajar perempuan?" Soal guru itu lagi.

"Saya!"

"Saya..."

"Saya, cikgu!"

"Saya boleh cikgu!"

"Cikgu, pilih saya."

Berduyun-duyun pelajar perempuan mengangkat tangan mereka agar sama jawatan dengan Danish. Akan tetapi, guru mereka tidak mengendahkan.

"Aulia, apa kata kamu pegang jawatan tu?"

Aulia terkejut bila namanya diseru. Kini semua mata tertumpu padanya. Ah sudah!

"Tak apalah cikgu." Aulia menggeleng. Tak kuasa nak bekerjasama dengan mamat tu nanti!

"Cikgu, saya bolehlah..." Kata salah seorang pelajar perempuan dalam nada separuh marah.

"Tapi, kamu dah pegang jawatan ni dua tahun berturut-turut. Saya percayakan kamu. Setakat nakkan jawatan ni sebab ada budak handsome nak buat apa? Nanti tanggungjawab entah ke mana." Kata guru itu.

Hamek kau! Terus senyap masing-masing. Ingat cikgu tu bodoh sangat ke tak tahu motif korang?

Aulia memandang Danish yang menggeleng dan tersenyum sinis. Pasti lelaki itu mentertawakannya kerana takut. Mana boleh!

"Baiklah cikgu, saya terima." Aulia setuju. Terdengar keluhan mereka.

Ada aku kesah?! Jadi dia tak boleh biarkan Danish menang.

"Jadi, kamu dah boleh kutip duit untuk aktiviti yang kita akan jalankan sepanjang tahun. Kita akan bincang habis sesi nanti." beritahu guru itu.

Selesai mesyuarat, semua bersurai kecuali Aulia dan Danish. Pengerusi serta naib pengerusi juga ada. Lima belas minit selepas itu, mereka bersurai.

Di satu kawasan, Aulia mundar-mandir. Farisha dan Nina hanya memerhati.

"Hai, kenapa ni?" tanya Nuha apabila melihat Aulia begitu.

"Orang yang paling dia benci, satu unit beruniform dengan dia." jawab Farisha bagi pihak Aulia.

"Laaa ya ke!"

"Satu jawatan Bendahari pula tu," tambah Nina sambil menongkat kepalanya.

Lagi tersentak ketiga-tiga mereka dibuatnya.

"Dah tu kenapa nak risau sangat?" Syaf pula menyoal dan mengambil tempat di sebelah Farisha.

Laju Aulia duduk di sebelah Syaf dan pandang gadis itu.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now