33 - Hati

1.9K 180 69
                                    

"Tuan Muda, jangan lupa malam ni. Tuan ada temujanji dengan Cik Elena, anak Tan Sri Imran di Hotel Angsana. Pasal tempahan semua tu, Dato' dah suruh saya aturkan semuanya. Oh, ya! Nanti ada orang akan jemput tuan tepat pukul 8 malam," lapor Iwan, pembantu peribadi Shareez.

"Wait, wait! Pardon? Dato' suruh kau? Maksudnya, dia yang rancang meeting tu?"

"Ya, Tuan. Dato' kata dia dah plan untuk dinner sekali dengan Tan Sri tapi Tan Sri tiba-tiba ada hal dekat Jakarta. Jadi, Tan Sri hantar Cik Elena sebagai wakil diorang. Lepas tu, Dato' buat keputusan untuk hantar Tuan Muda sebagai wakil Empire Holdings," terang Iwan panjang lebar.

Seratus lapan puluh darjah air muka tenang Shareez bertukar merah padam. Usah katalah betapa membara hatinya sekarang ini.

"Dato' Hamid suruh aku pergi meeting tu? Walaupun aku tak setuju?"

"Ya, Tu-tuan. Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Takut-takut Iwan bertanya.

Kecut perut dia melihat perubahan majikannya itu. Jarang sekali Shareez naik angin tapi sekali dia naik angin, memang Iwan sanggup menyorok bawah meja. Takut taufan melanda terkena dia pula. Aih, ngeri!

"Nothing. Aku nak kau cancelkan meeting tu. Malam ni tak boleh. Aku ada hal lain yang lagi penting."

Apa? Cancel? Terbuntang biji mata Iwan selepas mendengar kata-kata mendatar Shareez. Sudahlah ini arahan mandatori yang dia terima terus daripada Dato' Hamid tapi Shareez selamba badak saja mahu membatalkannya.

Dah kenapa pulak nak cancel? Aduhai... Masalahnya, aku jugak yang kena nanti. Aduh, mampus aku weh! Iwan merungut dalam hati. Dapat dia bayangkan muka gerun Dato' Hamid yang bakal memarahinya nanti.

"Tapi, Tuan Muda... Dato' kata meeting tu penting untuk Empire Holdings. Kalau Tuan tak datang-"

"Kalau aku tak datang sekalipun, bukannya lingkup syarikat ni, kan?" bidas Shareez laju, memotong kata-kata Iwan.

Iwan garu kepala yang tidak gatal. "Err... Pasal tu, tak tahulah saya nak kata apa, Tuan. Tapi, Dato' sendiri dah pesan pada saya yang Tuan kena datang jugak-"

Shareez bingkas, menepuk kuat meja kerjanya.

"I said cancel it! Aku kata cancel, cancel je la! Yang kau ikut sangat cakap orang tua tu kenapa?! Penting sangat ke meeting tu sampai sanggup jual anak sendiri?! Lebih sayangkan syarikat daripada anak kandung dia sendiri?! Itu namanya pentingkan diri!"

Berombak dada Shareez setelah puas melepaskan gelora amarah dalam diri. Nafasnya juga jelas tak teratur. Tanpa sedar, habis terluah segala yang Shareez pendamkan dalam benaknya.

Kasar Shareez meraup mukanya.

"Kau keluar sekarang," arah Shareez, keras.

Dengan mulut terkunci, Iwan akur melangkah keluar. Faham yang Shareez perlukan ruang untuk bersendirian.

"Argh!"

Shareez menjerit sekuat hati apabila tersedar akan tindakan bodohnya tadi. Baru dia tersedar dia sudah terlepas meluahkan segala yang terbuku dalam mindanya.

Itulah padahnya kalau layan sangat perasaan marah, desis hati Shareez. Moga-moga Iwan akan faham apabila dia ceritakan kepada Iwan nanti. Harap-haraplah Iwan seorang yang boleh dipercayai.

Huh. Keluhan berat terlepas jua. Sudah sekian lama Shareez pendam kata-kata yang terluncur tanpa sengaja tadi. Orang nampak dia seperti tenang saja menghadapi ujian yang menimpa keluarganya.

Tapi hakikatnya, dia hidup memberontak dalam diam. Rasa sakit, rasa pedih, rasa sedih ditanam jauh di lubuk hati yang paling dalam. Sehinggalah perlahan-lahan hatinya menjadi keras.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now