Tiga Puluh Lapan : Last Text

4.9K 260 40
                                    

"One Direction?"

"Tak best. Zayn Malik tak ada".

"Shawn Mendes?"

"Tak best. Dia tak handsome".

"Habis tu?", Kening Shariz terangkat.

Macam-macam senarai penyanyi yang dia cadangkan tapi tak ada satu pun yang Dian berkenan. Sudahlah tadi mereka sudah ditegur oleh seorang jururawat kerana Dian belum tidur. Ini, Dian menyuruh dia supaya menyanyi pula.

"Nak awak", Dian tersengih, gedik.

"Tidur je lah", Skrin telefon ditutup menyebabkan bilik menjadi gelap. Lampu bilik telahpun dimatikan sejak tadi.

Senyap.

Tapi Shariz tahu Dian belum melelapkan mata lagi. Dia berdehem sedikit.

Rest my head on the pillow.
Turn off the lights.
Right before I fall asleep.
Send you that face with the heart eyes,
Tell you goodnight.
Hope I see you in my dreams.

Dian tersengih apabila otaknya mula memproses lirik tersebut. Lagu yang menjadi kegemaran dibibirnya sejak kebelakangan ini. Jacob Sartorius.

But I still wanna say,
And I know its late.
But I miss your smile,
When you brush the hair off your face.
And you should know,

Terasa tangan Shariz membelai rambut separas bahunya, Dian memejamkan mata. Hatinya dijentik pelbagai rasa yang sukar diterjemahkan. Rasa leganya apabila dapat berkata jujur kepada Ajim. Rasa terkejutnya apabila melihat Shariz datang kepadanya tadi. Rasa bahagianya apabila dia bisa bersama Shariz.

Sekurang-kurangnya, sakit dikakinya terasa sedikit berbaloi.

You're always the last text,
That I send before bed,
Cause it's you thats,
In my head in my head in my head
All night and all day.

Dian terasa matanya semakin berat. Hanya usapan Shariz diwajah dan rambutnya saja yang terasa. Tetapi dia masih menggagahkan pendengarannya untuk mendengar suara milik Shariz.

You're always the first thing,
Every single morning,
That I think of,
In my head in my head in my head
All night and all day.

You're my last text.

Dian tersenyum dalam kantuknya, separuh paksa dia membuka mulut, "I know this".

You're my last text, my first love, my day one, boy.
My heart beat, my whole wide world, yeah.
My best friend, perfection, my everything.

"Syhh", Jari Shariz bermain di bibir Dian, menyuruh gadis itu senyap.

And you can show your friends that you're taken,
When I send you those three words tonight.

"I love you", Dahi Dian dikucup sekejap.

---

"Ma, takkan orang nak pergi ambil result dengan kaki macam ni?"

Dian memimikkan muka sedih. Lagi dua minggu sebelum keputusan peperiksaannya tahun lepas keluar. Mustahil simen dikakinya akan dipecahkan dalam dua minggu.

Puan Liyana mengeluh. Masuk ini sudah lima kali dia diajukan dengan soalan yang sama, "Siapa suruh skate sampai sakit kaki tu?"

Disebabkan kakinya yang masih bersimen Dian hanya duduk dikerusi kaunter pulau, memerhati dan menemani Mamanya memasak di dapur. Dian perasan bahan yang mamanya gunakan agak berlebihan daripada biasa.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now