1

10.7K 639 83
                                    

Lelah masih belum hilang, namun aku gagahkan juga diri masuk ke dapur. Rumah ini masih tidak sekemas selalu, tetapi okaylah juga, sekurang-kurangnya tiada habuk yang berterbangan dan peti sejuk pun penuh berisi.

Nasib baik ada Kak Ros, sepupu aku yang seorang itu jugalah yang rajin menjenguk rumah ini selama aku tiada. Malah dia juga yang membersihkan rumah ini, menyambut kepulangan aku katanya. Heh.

Aku melabuhkan duduk di sofa menghadap TV yang mati dengan secangkir kopi 3-in-1 di tangan. Sepi. Hanya deruan pendingin hawa mengisi ruang ini.

Jujur, aku sepi.

Lima tahun membawa diri, merawat hati yang dipatahkan. Entah sudah pulih atau belum, aku sendiri tidak tahu.

Lima tahun ini aku mengaplikasikan kemahiran fotografi aku untuk menyara diri sambil mengembara ke banyak negara. Berbanding duduk di studio memotret para model, aku pilih untuk menjelajah tempat-tempat yang aku tak pernah bayangkan akan pergi pun.

Ada masa aku mengikuti ekspedisi ke kawasan terpencil, mengenali penduduk pribumi. Ada juga ketika aku duduk bersahaja di bandar, merakamkan wajah sebenar di sebalik hiruk-pikuk kota metropolitan.

Dan ada dalam dua tahun aku diikat kontrak sebagai jurugambar zon merah, merakam detik-detik mencemaskan di kawasan perang di negara-negara bergolak. Aku lihat, kebanyakan mangsa-mangsa perang ini ialah rakyat marhaen yang ditindas dan dinafikan hak mereka ke atas tanah sendiri.

Sama seperti aku. Hak untuk mencintai dinafikan. Salahkah aku jatuh cinta pada Zed?

Ting! Tong!

Mendengarkan bunyi loceng pintu itu buat aku menggaru kepala sendiri. Aduh, siapa yang datang pagi-pagi ni, dengan rumah aku tengah bersepah, aku tak mandi lagi.

Dengan malas, cawan kopi aku letak di atas meja sebelum aku menuju ke pintu. Dan aku dapat kejutan paling besar sepanjang lima tahun ini.

"Mal,"

Aku terpempan. Wajah ini, suara ini yang sentiasa aku rindui, kini betul-betul di hadapan aku. "Err... Zed,"

"Tak nak ajak aku masuk?"

"Yeah, sure!"

Gril pintu itu aku buka dengan tangan yang sedikit terketar. Gila tak terketar? Lima tahun aku bawa diri sebab nak lupakan dia, tiba-tiba dia muncul depan rumah aku macam ni, siapa yang tak terkejut terketar segala?

"Kau duduk la dulu. Aku buatkan air,"

"Eh, tak payah susah-susah la Mal. Aku datang nak jumpa kau je," tangan Zed yang menahan lengan aku aku tatap sebentar. Kemudian terus aku tepis perlahan sebelum menuju ke dapur.

Entah mengapa, sentuhan Zed masih berbekas di hati aku. Bodohkah aku sebab masih gagal melupakan?

"Takde susah la. Tinggal tuang air dari dalam peti ais je. Orange juice kau okey kan?" soalku sambil menghadap peti sejuk.

"Eh, tak payah la Mal. Air masak je. Sejak Syira mengandung, aku jadi tak boleh telan jus-jus ni, rasa mual nak muntah. Dia yang pregnant, aku yang mabuk," ujar Zed selamba sambil terkekeh sedikit ketawa.

Entah apalah yang kelakar sebab apa yang aku rasa sesak sahaja. Hati aku sesak mendengarkan bicara dia.

Mengandung? Sebab ini Zed cakap dengan aku dulu yang hubungan kami tiada masa depan?

Aku paksakan diri untuk tersenyum dengan secawan air sejuk Coway aku hulur pada Zed. Tak tahulah dia, tapi aku sendiri dapat rasa betapa hambarnya senyuman aku, sehambar air sejuk yang tidak memberi rasa apa itu.

"Mana kau tahu aku baru balik?" aku menyoal sambil meneguk kembali kopi dari cawan yang aku tinggalkan tadi.

Blergh! Dah sejuk, tak sedap!

"Kak Ros beritahu. Hari tu aku singgah butik dia, dia cakap kau balik minggu ni,"

"Ohh..."

'Oh' je la aku mampu jawab. Nak jawab apa lagi?

Canggung. Ruang di antara aku dan Zed diisi kecanggungan. Walaupun Zed try hard nak halau rasa kekok itu, namun ia gagal pergi.

"Kau... sihat, Mal?"

"As you can see, I'm still alive," But dying inside. "Kau?"

"Sihat. Alhamdulillah,"

Kalimah yang digandingkan dengan nama Tuhan itu sedikit menyentak aku. Kalimah yang dah lama aku tak dengar, dah jauh dari sebutan di bibir aku.

Wajah Zed yang tersenyum ini aku pandang. Dia nampak gembira, bercahaya, membuatkan aku ringan lidah untuk bertanya, apakah semudah ini dia membina bahagia atas kesakitan aku?

Zed, kau tak sedar ke kau cinta pertama aku?

"Kau happy?" entah bagaimana, laju sahaja soalan itu meluncur dari bibir aku.

Dan hati aku semakin cedera apabila jawapan Zed bermukadimahkan tawa kecil. "Happy, alhamdulillah. Aku dah ada isteri yang taat, ada anak yang ceriakan hari aku. Dan sekarang ada kau yang dah balik,"

"Aku? Kau... kau masih-"

"Tak, Mal," potong lelaki ini laju sebelum sempat aku menghabiskan ayat pun. "Aku tak cintakan kau. Aku datang sebagai seorang kawan yang sangat merindui kawan dia,"

"Kau tak cintakan aku? Betul?"

Aku berpaling menghadap Zed. Jarak tubuh kami, aku rapatkan sambil jemariku mengelus rahangnya. "Betul kau dah tak cintakan aku?"

Soalan itu aku iringi hembusan-hembusan kecil di telinganya. Cuba menghidupkan Zed yang lama kembali. Dapat aku rasakan posturnya menegang. Automatik senyuman sinis aku menjungkit. Ternyata sentuhan  aku masih memberi kesan pada Zed.

Zed memandang aku tepat ke mata. Tiba giliran tangannya pula mengelus wajah aku.

Aku pejamkan mata, menikmati sentuhan ini. Sentuhan yang terlalu aku rindukan. Namun semua itu terhenti apabila telinga aku menangkap lagi suara Zed.

"Aku tak pernah cintakan kau, Mal. Semua yang pernah jadi di antara kita selama ni, itu semua nafsu songsang yang aku belajar dari kau,"

Aku tolak bahu Zed kuat. Sakit patah hati ini terlalu menyakitkan. Habis selama ini apa? Seks?

Bullshit!

"Balik la Zed kalau niat kau datang hari ni setakat nak sakitkan hati aku. Balik pada keluarga bahagia kau. You know where's the door,"

Punggung aku angkat dari sofa, meninggalkan Zed yang masih duduk, mahu menuju ke bilik.

"Aku bukan nak sakitkan hati kau. Aku cuma nak kau tahu, it is okay to fall in love with girls,"

"Tapi kau tahu tak dunia ni kejam?" ucap aku melirih. Sedikit pun aku tak berpaling menghadap Zed. "Permainan takdir ni kejam sebab bawa cinta aku dan jatuhkan pada kau. Orang yang anggap cinta aku ni sampah,"

Seperti mana aku membakulsampahkan cinta Aikha dulu? Mungkin.

Aku tersungging sendiri mengingati nama itu. Nama gadis yang perlahan-lahan terkubur ditimbus memori.

Namun setelah pintu bilik tidur ini aku tutup dan kunci, perlahan-lahan aku jatuh berkping-keping. Mudahnya seorang yang pernah aku cinta separuh mati menganggap bahawa cinta kami hanyalah nafsu. Sebuah manifesto ketidaknormalan akal kerana membenarkan hubungan sesama jantina.

Apa mereka fikir aku boleh kawal rasa cinta ini?




Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now