3

8.3K 593 25
                                    

Botol plastik yang dicampakkan pada aku, aku sambut seadanya. Segera air mineral di dalamnya aku curah ke dalam mulut setelah penutupnya aku buka.

Ahhh... segar!

Iyalah, walaupun bekerja dalam studio berpendingin hawa, bahang dan lelahnya tetap terasa. Siapa kata jadi jurugambar tak penat?

"Malique..."

Dan aku benci diraba perempuan gatal!

Tangan yang melekap di lengan aku, aku tepis perlahan. Kalau ikutkan, memang aku tepis tangan menjijikkan perempuan ni sampai terseliuh tetapi itu tidak mungkin. Aku lelaki budiman.

"Ala, sombong la you ni, Mal. Selalu macam ni!"

"Eva, please! We're colleagues, I tak selesa la you macam ni,"

Bukannya memuncung dan menghentak-hentak kaki pergi macam perempuan normal yang lain, Evana malah tersenyum gatal sambil memeluk kembali lengan aku. Siap bonus lengan aku dihimpit 'benda lembut' lagi.

Urghh!

"Kalau you tak selesa macam ni, I tau you akan terlebih-lebih selesa kalau you datang apartment I malam ni. I will-"

"I'm not interested," pautannya aku lepaskan sekasar habis tetapi masih dalam konteks berhemah.

Segala peralatan fotografi aku kemas laju, tak menghiraukan langsung si model sebelah aku ini. Hanya sapaan beberapa orang kru sesi fotografi hari ini dan model-model lain sahaja aku balas.

Bukan nak perasan, tapi memang sejak menceburkan diri dalam bidang ini, ramai sahaja model-model yang cantik jelita cuba nak 'try' aku tapi aku malas nak layan. Aku tak ada hati.

Jangan tanya ke mana hati aku hilang, aku tak tahu. Nak kata masih pada Zed... entahlah. Jujur, aku masih mencintai Zed tapi bila tengok dia bahagia dengan isteri dan anak dia sekarang buat aku rasa sesuatu yang lain.

Buat aku tertanya-tanya sendiri... seronokkah kalau aku ada keluarga sendiri yang utuh macam tu?

Aku toleh ke sisi, perempuan gedik tadi dah tak ada. Syukur. Beg kamera aku galas di bahu sebelum rambut yang sedikit berserabut aku sisir dengan jari.

"Mal! Kejap, kejap!"

Aku toleh ke belakang mendengar nama aku diseru. "Ha, Dean. Kenapa?"

"Kau dah settle kan hari ni? Nak minta tolong kau sikit boleh tak?"

"Apa dia?"

***

"Apa benda la tuan kau ni? Dah tahu sibuk, nak juga bela kau. Lepas tu lupa bagi makanlah, apalah, itulah. Nasib baik aku ada, kan?"

Meowwww...

Aku usap lagi bulu kelabunya. Tekun betul Robin ni makan. Penuh dedikasi.

Jan tangan yang terlilit di pergelangan aku lihat. Sudah hampir petang, sekejap lagi mesti jalan jammed.

"Makan kenyang-kenyang, tau. Nanti malam tuan kau balik. Kalau kau rasa nak balas dendam sikit dekat Dean nyanyuk tu, kau berak je sepah-sepah. Bagi dia lesson sikit supaya jangan lupa kau,"

Meowww...

"Good boy!"

Kucing itu aku usap buat kali terakhir sebelum aku bangun dari mencangkung. Telefon bimbit, wallet dan kunci kereta yang aku letak atas meja konsol tadi aku ambil dan selitkan kembali ke tempatnya di poket-poket seluar.

Baru sahaja aku berpaling selepas mengunci pintu, tubuh aku dilanggar seseorang. Mujur refleks aku cepat, sempatlah menyambar lengannya sebelum gadis ini jatuh.

Namun tangan aku terasa sedikit... panas?

"I'm sorry, miss," ucapku penuh berhemah. Well, budiman kan?

"No, I'm sorry-" kata-katanya sendiri mati sebaik sahaja dia mengangkat muka.

Hampir sebulan sejak pertama kali kami berjumpa di kedai bunganya dahulu dan kemudian tidak pernah lagi terserempak, kini dia ada di depan aku. Di bangunan apartmen ini?

Pegangan aku pada lengannya dia lepaskan sebelum dia berjalan melepasi aku. Bila aku toleh ke belakang, dia berjalan ke unit sebelah dan membuka pintu rumah. Aikha tinggal di sini?

"Aikha," tak sempat dia nak menutup pintu rumah, aku sudah menahan dengan sebelah tangan.

"Mal nak apa? Aikha nak tutup-"

Tak sempat dia nak habiskan ayat, aku dah tolak pintu itu agar ternganga lebih luas. Aku nak penjelasan sebab keadaan ini pelik. Sangat pelik.

Aku kenal mak ayah Aikha dan Zed, mereka sangat protektif. Sedangkan Zed dari dulu pun tak dibenarkan tinggal sendiri walaupun dia anak lelaki apatah lagi Aikha, puteri kesayangan semua orang. Tetapi kini, Aikha tinggal seorang diri di rumah ini. Takkanlah.

"Aikha tinggal dengan siapa dekat sini?"

"Tak ada sesiapa. Aikha tinggal seorang. Please keluar, Mal. Aikha penat sangat," dengan tangannya yang kecil, dia menolak dada aku, cuba menghalau aku keluar dari rumahnya.

Tapi, tak! Aku takkan tinggalkan dia sebelum aku tahu kenapa dia tinggal sendirian.

Mungkin bagi orang lain aku berlebih-lebihan kerana normallah orang dah berkerja ingin hidup mandiri. Tetapi kerana aku kenal sangat mama dan papa Aikha, aku tahu keadaan ini hampir mustahil. Terutamanya Uncle Zahir, dia sangat-sangat menjaga puteri tunggalnya ini.

"Aikha, tahu tak bahaya perempuan tinggal seorang? Mal tak faham macam mana papa Aikha boleh benarkan-"

"Enough, Malik! Keluar! Why do you care?! Apa yang jadi sekarang ni pun semuanya sebab Mal!" jerkahan Aikha yang kuat berserta tumbukan ke dada aku sedikit pun tak membuatkan aku berganjak.

Aikha menangis. Dan aku paling benci melihat dia menangis.

Jarak antara kami, aku hapuskan. Perlahan-lahan aku tarik Aikha ke dalam pelukan aku. Tangannya masih cuba menumbuk aku walaupun tenaga tidak seberapa. Aku biarkan sahaja.

Sejak dulu aku selalu sayang Aikha. Dia macam adik yang aku tak pernah ada. Manja dia, ketawa dia, semuanya buat aku gembira. Tetapi yang paling aku benci air mata dia.

Dulu aku selalu marah Zed sebab mengusik Aikha sampai dia menangis. Tapi sekarang aku yang buat air mata dia mengalir. Apa yang aku dah buat?

"Mal tipu Aikha. Mal kata, Mal sayang Aikha tapi Mal bercinta dengan Zed. Aikha bagi semuanya untuk Mal, tapi kenapa Mal tinggalkan Aikha? Apa kurangnya Aikha dengan Zed?" gumamannya di dada aku membuatkan aku terdiam sendiri.

Aikha bagi semuanya untuk Mal...

Bukti betapa brengseknya aku. Dah boleh cabut kembali label lelaki budiman.

"Aikha benci Mal," bisiknya perlahan sebelum aku terasa tubuhnya melorot di dalam pelukan aku.

Segera aku dakap pinggangnya erat sebelum sebelah lagi tangan aku memegang pipinya. Menepuk lembut.

"Aikha, kenapa ni? Aikha, bangun sayang,"

Segera tubuhnya aku cempung dan aku letakkan di atas sofa. Pipinya aku tepuk lagi namun tak bereaksi.

Dahinya aku sentuh, lebih panas dari tadi. Aku memang sedar tubuh Aikha sedikit panas semasa aku peluk tadi tetapi aku tak fikir pula kemungkinan yang dia demam.

Telefon bimbit aku keluarkan dari poket seluar sambil sebelah tangan lagi mengusap kepalanya. "Wait, Aikha. I'm calling the doctor,"









Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now