6

7.8K 590 28
                                    

"Dah berapa tahun Malique tinggalkan Malaysia? Sejak Zaid kahwin, kan? Lepas tu hilang, tak dengar khabar. Langsung tak ada jenguk uncle dengan auntie,"

Kata-kata Uncle Zahir buat aku tersenyum pahit. Orang tua ini mengharapkan kepulangan aku tanpa sedar yang aku ini perosak keluarganya.

Apa yang aku dah buat?

"Tak apalah, bang. Sekarang Malique dah balik kan? For good, right?"

"Yeah. If god wills," jawab aku sambil mengukir senyuman manis. Payah, namun aku paksakan.

"Minumlah air ni dulu. Kalau nak tunggu Zaid balik, lambat lagi. Iyalah, Malique dengan Zaid pun mesti dah lama tak jumpa ni, banyak benda nak borak, kan?" jemput Auntie Zarina ramah.

Kehangatan ibu bapa Zed dan Aikha benar-benar membuatkan aku rindu arwah mama dan papa. Sejak mereka meninggal lebih sepuluh tahun yang lalu, memang uncle dan auntie dah layan aku macam anak sendiri. Aku je yang jahat pada mereka.

Dasar tak kenang budi!

Aku berdehem sedikit, menghilangkan gugup yang tak tersangka bersisa. Postur duduk aku ubah tegak agar kelihatan serius.

"Uncle, auntie, sebenarnya Mal datang sebab-"

"Daddy!!!"

Jeritan suara kecil berlarutan dari pintu rumah sampailah aku rasa dihenyak dari sisi. Ya tuhan, budak ini...

"Daddy, Luna rindu daddy. Daddy buat apa dekat sini? Mana mommy?"

Belakang badan si kecil ini aku usap sedikit. Baru terasa rindu aku pada Luna apabila melihatnya di hadapan mata. Apatah lagi kini aku tahu dia puteriku.

"Eh, Malique ada dekat sini?" soal Syira yang baru sahaja tiba ke ruang keluarga. Tangan uncle dan auntie dicapai dan disalam, membiarkan Luna yang kini duduk di atas pangku aku.

"Daddy?"

Soalan Uncle Zahir membuatkan aku tersepit sendiri. Ah, sudah!

"Atuk, ni la daddy Luna. Hensem kan daddy Luna?" ceria sahaja puteri kecilku ini berceloteh. Tangannya tidak tinggal diam, turut sibuk mengusik jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan aku.

Syira yang terasa serba-salah mula mendekat. "Luna, jom ikut mama, mandi dulu. Kesian daddy, bau Luna masam. Luna kan baru balik sekolah?"

"No, no... Luna nak duduk dengan daddy, dengan atuk, dengan nenek,"

"Luna," seru Auntie Zarina. Tangan kecil Luna ditarik lembut agar bangun dari riba aku. "Jom ikut nenek pergi dapur. Tadi nenek buat cookies untuk Luna. Sedap,"

"Betul ke?"

Spontan aku ketawa. Bersinar mata bulatnya mendengar makanan. Dasar budak comel!

Setelah auntie, Syira dan Luna berlalu meninggalkan ruang keluarga ini, hanya sepi penuh kaku yang tersisa mengisi ruang di antara aku dan uncle.

Riak Uncle Zahir tidak seramah tadi. Dari tuanya berkerut dengan kekeliruan. "Apa maksud Luna panggil Malique daddy? Malique pernah jumpa Luna ke? Tahu siapa yang dia maksudkan mommy?"

"Tahu. Dan Mal datang bukan nak jumpa Zed. I'm coming for her,"

Mata tuanya tajam memandang aku. Penuh dengan riak ragu-ragu. "Maksud kamu?"

"Mal nak minta izin, Mal nak kahwin dengan Aikha,"

Diam.

Lama dia terdiam sambil memandang aku. Pandangan menilai.

Ternyata benar dugaan aku. Walaupun Aikha bermati-matian kata dia sudah dibuang keluarga, tetapi seorang ayah tetap seorang ayah. Tetap menilai apakah seorang lelaki itu layak melindungi puterinya. Dan sekarang aku berada di posisi itu.

Setelah beberapa minit Uncle Zahir bagai disedut ruang sepi, akhirnya dia bersuara. Tidak jelas, namun aku pasti aku terdengar getar di suaranya.

"Uncle pernah gagal mendidik Aikha. Uncle harap Malique tak ulang kesalahan uncle,"

Salah. Uncle didik anak-anaknya dengan sempurna. Namun gara-gara jauhnya pesongan yang aku dan Zed ambil, habis semuanya berantakan.

***

Senyuman sopan aku hadiahkan pada Sabrina sebelum memajukan langkah ke meja kayu di tepi dinding kaca kedai ini. Mahu mendekati Aikha yang begitu larut dalam menungannya.

Bahunya aku sentuh lembut, cuba menarik Aikha keluar dari selimut lamunannya. Dan saat dia berpaling menghadap aku, jelas riak khuatir terpancar di wajahnya.

"Mal!" serunya lembut. Tangan aku ditarik agar duduk di sisinya. "Papa cakap apa? Papa sihat? Mama?"

"Uncle dengan auntie sihat. I think they miss you so much. Aikha tak nak balik ke?" soal aku sambil mengusap pipinya lembut. Cuba memujuk.

Namun hanya gelengan kecil yang aku dapat dari gadis ini. Gelengan tanpa jawapan, namun aku sudah mampu menebak sendiri jawapan itu. Aikha terlalu takut untuk pulang. Takut menjadi insan yang menyebabkan ayahnya hampir dicabut nyawa lagi gara-gara masalah jantungnya.

Tangannya yang masih memegang sebelah tangan aku, aku genggam erat. Mata bundarnya aku renung dalam. Hambar. Hilang sinar.

Namun pinggir bibir cuba aku tarik supaya tersenyum, agar dapat menenangkan hatinya. "Uncle suruh Mal jaga Aikha. We're going to get married. Kita akan pujuk Zed, tinggalkan Luna dengan kita. Kita akan bina keluarga untuk Luna,"

Dan perlahan-lahan senyumannya merekah.

"Keluarga kita?" soalannya berdesir, hilang dalam bisik namun sempat aku tangkap.

"Yes, keluarga kita, Aikha. You, me and Luna. Macam mana Aikha pernah beri segalanya pada Mal, this time, I'm going to give the same to you. All of me,"

Ini janji aku pada Aikha. There's no turning back.







Sorry, lama tak update, pastu pendek pulak tu. Hewhew. Sabar eh, sabar. Sebulan lagi nak habis, tak lama dah. *cakap dengan diri sendiri*

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now