KVSA | 29

30.4K 2.3K 261
                                    

"Kiss?!"


Puan Emilda mengangguk.

"Mama pernah dengar Danish sendiri cakap yang Danish nak kahwin dengan Aulia."

Bertambah buntang mata Danish. Dia jadi kaku terus. Otaknya rasa kosong dan susah nak mencerna kata-kata mamanya.

Untuk menyedapkan hati sendiri, dia ketawa kecil.

"Mama tipu. Tak mungkin, Danish tak percaya."

"Siapa cakap mama tipu. Betul, Danish dulu yang datang dekat mama and papa merengek nak kahwin dengan Aulia." Tambah Encik Muzaffar.

"Tak percaya juga?" Tanya Puan Emilda.

Danish menggeleng dengan air muka yang macam tak puas hati.

Mata terkebil - kebil memahami setiap dialog dalam cerita kartun Doraemon: Nobita and the Haunts of Evil. Walaupun sudah berkali-kali menonton cerita kegemarannya itu, dia masih tidak faham akan satu perkataan yang dikatakan oleh watak anjing itu.

Dengan rasa ingin tahu, dia berlari ke dapur mendapatkan mamanya.

"Mama.." Tegurnya dengan senyuman. Sebuah patung ultraman bersaiz kecil itu digenggam erat sentiasa.

"Ye sayang, Ayan nak apa?"

"Ermm... alahh nanti mama marah.." Kata Ayan bersama ketawanya. Mukanya malu-malu untuk bertanya.

"Aip, kenapa ni? Cuba cerita dekat mama..." Puan Emilda menggeleng melihat anaknya.

Ayan bermain-main dengan lidahnya dan tersipu-sipu.

"Ermm.. Kahwin tu apa mama?" Soalnya perlahan.

Puan Emilda memandang Ayan. Otaknya ligat berfikir sama ada mahu memberitahu perkara sebenar atau tidak.

"Kahwin tu maknanya duduk sama-sama." Puan Emilda memberi makna yang tidak terperinci.

Dahi budak lelaki itu berkerut.

"Maksudnya, mama.. papa.. dengan Ayan kahwin?"

Puan Emilda ketawa. Dia melutut dihadapan Ayan.

"Bukan macam tu. Ayan kecik lagi untuk tahu pasal semua ni."

"Ayan nak tahu juga. Ayan nak tahu juga!" Ayan merengek sambil menghentak-hentak kakinya.

"Ayan nak tahu juga kalau tak, Ayan terbangkan otomen masuk dalam kuali mama!" Ayan sudah mengacah untuk menerbangkan ultramannya.

"Okay.. okay. Kahwin tu memanglah duduk sama tapi sebelum tu kena ada majlis akad nikah dia... pakai baju lawa-lawa, buat kenduri, makan-makan lepas tu baru boleh duduk sama."

"Faham?" Puan Emilda mengalah.

Nak buat macam mana, terpaksa. Anak terunanya yang seorang ni pantang dicabar. Jangan ingat Ayan tak pernah terbangkan patung ultramannya ke dalam periuk dan kualinya.

"Macam uncle Farish buat ye? Yang masa haritu kita datang masjid tengok uncle cium kepala aunty cantik tu?"
Puan Emilda mengangguk.

"Oooo... thank you mama. Jom otomen," Ayan berlari keluar dari dapur. Tangan yang memegang patung ultraman itu dibuat gaya seakan terbang.

Sampai di ruang tamu, Ayan membaling otomennya dan biarkan ia terbang tapi malangnya kau ingat ultraman kau hidup boleh terbang?

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now