puisi dari sahabat

47 10 12
                                    

Sahabat....
Kau yang menentukan langkah ini,
Yang membawa diriku ini ikut melangkah,
Mengharungi dunia yang  mustahil bagiku,
Yang menghiasi diriku ini dengan derita dan luka..

Janganlah kau tanyakan siapa diriku sebenarnya,
Kerana aku hanyalah seorang insan biasa,
Yang sering memerlukan seseorang,
Seseorang yang penuh dengan kegembiraan dan keikhlasan
Buat diriku ini..

Seekor burung tidak mungkin dapat terbang,
Jika sang induk tidak membantunya,
Begitulah diriku....
Yang tidak dapat berdiri tegak dan berjalan,
Tanpa sokongan darimu duhai sahabatku..

Berjalan mengukir sejarah,
Menanti sang waktu dalam lingkaran masa,
Jauh sebelum kita bertemu,
Takdir sememangnya telah menggariskan kita hidup dalam satu masa,
Persahabatan ini adalah gelang kehidupan,
Yang mengikat tangan kita dengan kasih sayang,
Yang akan menjadi senyum ketika kita bersedih,
Yang akan menjadi keyakinan semasa kita ragu,
Persahabatan ini adalah genggaman tangan kita,
Tidak akan jatuh apabila bersama,
Tidak akan tersesat semasa kita melangkah,
Wahai sahabatku,
Engkaulah bintang di waktu malamku,
Seperti malaikat mencatat amalanku,
Engkaulah yang mencatatkan kebahagiaan di buku,
Kehidupan ku...

Kau jugalah yang menampakkan bintang,
Yang bersinar indah di atas langit,
Dalam mata,hati,dan jiwaku
Kau tidak pernah meninggalkanku,
Dalam berseorangan atau ketakutan..

Mungkin pada suatu saat,
Aku tidak dapat melihatmu,
Apabila kau berada
Di bawah matahari..

Namun,apabila malam tiba,
Kau selalu hadir menjelma sinar nan indah,
Jauh di hujung lorong yang gelap dan berdebu,
Tidak ada cahaya yang lain selain dirimu..

Kaulah bintang sejatiku,
Yang selalu terang di tengah kegelapan,
Tidak pernah berhenti berkelip,
Dalam langit kehidupanku..

Wahai sahabat,
Meskipun suatu saat nanti kita tidak lagi bersama
Atau,kita menjalani kehidupan yang berbeza
Namun kita tetap bersama dalam hati dan cinta
Kerana kau adalah sahabat sejatiku......

Nukilan hebat dari sahabat saya@tinaansar

**************

2,3 kapal berlayar di samudera,
Ayuh sahabatku kita bergembira,
Bermain,
Bernyanyi bersama,
Menikmati indahnya dunia~~

***************

Di dunia dialah penyeri,
Di syurga menanti kaulah bidadari~~

Cerita kitaWhere stories live. Discover now