BAB 30 👑

3K 217 34
                                    

"Akak pergi dulu. Kunci rumah elok-elok. Kalau orang tak kenal ketuk pintu, jangan buka tau." Pesan Iman. Cempaka mengangguk laju. Iman senyum lebar lalu berlalu keluar dari rumah itu. Kasut conversenya disarungkan ke kakinya. Lekas dia melangkah ke arah kenderaan Irfan yang sudah terparkir elok dihadapan rumahnya.

"Maaf lambat." Ujar Iman setelah membuka pintu kereta. Dia melabuhkan punggungnya di atas seat bersebelahan dengan seat pemandu.

"No hal." Irfan membalas. "Pakai tali pinggang keledar tu, honey." Sambung Irfan lagi. Iman akur sahaja. Di tarik tali pinggang keledar itu dan di lilit tubuhnya dengan perkakas keselamatan itu. Usai itu, kereta itu meluncur laju di atas jalan raya.

"Iman.." Telinganya tertangkap satu suara yang tidak asing baginya. Lekas dia menoleh kembali. Mekar senyumannya tatkala itu.

"Kak Ana!" Iman terjerit kecil. Sungguh Iman lega kerana tidak perlu berdua-duaan dengan mamat kerek di sebelahnya.

"Lama tak jumpa akak. Akak sihat?" Lekas Iman bertanya khabar. Sudah lama dia tidak menemui kakaknya itu. Sejak Syazana berbadan dua, mereka jarang meluangkan masa bersama-sama. Tambahan lagi, Afiq masih kecil.

"Alhamdulillah, sihat. Iman sihat?"

"Alhamdulillah sihat." Sahut Iman sambil tersenyum lebar. Sepanjang perjalanan ke butik yang menyiapkan pakaian pengantin mereka, hanya suara Iman dan Syazana bergema. Sesekali kedengaran suara Afiq merengek.

Iman sedikit pelik dengan keadaan itu. Selalunya pasti Irfan yang berada disebelahnya sudah berceloteh tentang itu dan ini. Namun, kali ini Irfan hanya senyap sahaja. Riak tanpa perasaan ditayang. Lelaki itu hanya fokus memandu kereta.

Kenapa dengan Irfan? Bisik Iman. Iman memandang ke luar tingkap. Syazana sedang menidurkan Afiq. Jadi Iman mengambil keputusan untuk tidak mengganggu tidur anak kecil itu.

Iman melayan perasaannya sehinggalah mereka tiba di butik. Iman masih memerhati gerak geri Irfan. Langsung lelaki itu tidak berbicara. Tiada lawak bodoh darinya. Tiada senyum manisnya yang terukir.

Kenapa dengan Irfan? Iman menyoal dirinya buat kali kedua. Dia menjeling ke arah lelaki yang berjalan beriringan dengannya. Tampak kacak dengan kemeja berwarna biru dan seluar berwarna khaki. Baby carrier yang menempatkan Afiq dipikulnya. Tampak menarik di mata Iman. So adorable! Mereka mengambil tempat duduk di dalam butik itu sementara Syazana berurusan dengan pengurus butik tersebut.

Iman mengisi masa yang terluang dengan hanya memerhati Irfan. Lama Iman memerhati jejaka itu. Namun Irfan sedikitpun tidak menoleh ke arahnya. Mata Irfan tertumpu ke arah telefon yang berada ditangannya. Iman rasa sedikit terpinggir apabila Irfan tidak melayannya seperti selalu.

"Jom. Fitting baju." Ajak Syazana. Iman tersentak. Lekas dia mengangguk.

"Fan, jagakan beg aku." Iman meletakkan beg sandangnya disebelah Irfan. Lelaki itu hanya mengangguk. Sedikitpun tidak memandang Iman. Iman membuntuti Syazana dengan perasaan terkilan.

"Ni baju untuk majlis ijab kabul." Syazana menghulurkan satu jubah yang berwarna putih ke arah Iman. Mata Iman sedikit membulat. Kagum sungguh dengan design jubah itu. Cantik. Tidak terlalu berat dan kelihatan simple. Sangat sesuai dengan jiwanya.

"Cantik, kak." Puji Iman.

"Mama Zaidah yang pilihkan." Ujar Syazana sambil senyum lebar. Seterusnya dia mengambil sehelai lagi jubah yang berwarna baby blue. Tona lembut itu sangat cantik apabila digandingkan dengan tenunan benang berwarna royal blue.

"Ini akak dan Auntie Farain yang pilihkan." Syazana mengenyitkan matanya.

"Dua-dua cantik. Terima kasih, kak Ana. Malu pulak Iman rasa. Dahlah Iman tak terlibat langsung dengan persiapan majlis kahwin sendiri." Iman mengeluh perlahan. Segan kerana langsung tidak campur tangan dengan persiapan najlis sendiri. Semuanya dilakukan oleh Syazana, Puan Zaidah dan Farain. Iman tayang muka bersalahnya.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now