8

6.9K 537 12
                                    

"Sadaqallahul 'azim,"

Selesai bacaan Yaasin, Aikha menabur kelopak-kelopak bunga di atas kedua-dua pusara ibu bapaku sebelum aku sendiri menuang air mawar. Tahu bukan sunnah, namun entahlah, sudah menjadi adat.

Pusara ini kemas dan rapi. Tapi sayang, bukan kerana aku melainkan Kak Ros sendiri yang rajin melawat. Entah apalah dosa ibu dan ayah, dapat anak macam aku. Mungkar pada Tuhan, gagal membahagiakan mereka malah hingga mereka tujuh kaki di bawah bumi.

Tanpa sedar, mata aku terasa berpasir. Panas di kedua-dua bola mata bagaikan membakar hingga cairan bening bertakung di pinggir mata sebelum jatuh. Mengalir di pipi titis demi titis, akhirnya bersatu menjadi anak sungai. Hampir tak berpenghujung.

"Mal..." suara Aikha lirih menyeru nama aku. Tersirat permohonan entah meminta aku menghentikan tangisan atau melepaskan segala beban emosiku.

Yang pasti, aku pilih yang pertama. Segera air mata kuhapus.

"Mal okey, Aikha. Mal okey,"

"You know, even superheroes deserve to cry,"

But I'm far from that.

"Mal rindu ibu dengan ayah. Mal cuma terfikir, kalaulah dia orang hidup lagi, mesti dia orang kecewa dengan Mal. I ruined my life, your life, your family. Mal buat dosa besar, there's always sins in every step that I made. They taught me right, I do it wrong. Kalaulah Mal boleh putar balik masa..."

"Tapi tak boleh kan?" potong Aikha lembut, tetapi terkesan tegas. "Mal, dalam hidup ni banyak pilihan. Dalam banyak-banyak pilihan yang kita ada, semuanya bawa kita ke hadapan. Tak ada satu pun yang bawa kita ke belakang.

"Dan kalaulah masa berputar ke belakang sekalipun, without knowing the consequences and regrets that you're facing today, Mal yakin pilihan Mal berbeza?"

Aku membisu, terkandas dalam mencari jawapan. Perlahan-lahan aku menghembuskan nafas yang entah sejak bila aku tahan.

Pandangan aku jatuh semula pada nisan di hadapan. Diam-diam aku mengiyakan logik Aikha. 'Kalau' tak menjamin apa-apa.

Namun sebuah soalan pokok aku utarakan buat gadis ini. "Apa Aikha sanggup buat for the sake of future?"

"Apa maksud Mal?"

"Mal akan bagi pilihan, then I need you to choose,"

Lebih setengah jam kemudian, aku sudah memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah banglo. Brek tangan ditarik dan tali pinggang keselamatan dilepaskan sebelum aku menghadap Aikha yang membeku di tempat duduknya.

"So, your choice?"

Wajah cantik itu pucat memandang aku. Mata bundarnya penuh dengan ketakutan. Suaranya yang keluar seperti desiran, hampir tidak terdengar.

"Apa maksud Mal?"

"Aikha," tangannya yang digenggam menjadi kepalan aku bawa ke tengah-tengah di antara dua tapak tangan aku. Aku lingkupkan agar tangan mungil ini hangat dalam kasih sayang aku. Aku mahu dia percaya pada cinta yang dia pernah pegang.

"Mal percaya, mama dengan papa rindu sangat dekat Aikha,"

"Tipu! Mama dengan papa benci Aikha! Dia orang dah tak sayang Aikha,"

Air mata yang mula mengalir di pipi mulusnya aku seka dengan ibu jari. Di dalam dada turut sesak menahan diri daripada menangis sama. "How can you deny one of the greatest love on earth? Aikha pernah nilai tak sayang Aikha pada Luna? Imagine in the next 20 years, will you ever stop loving her?"

Hanya gelengan kecil mampu menzahirkan jawapannya. Lantas perlahan-lahan aku tarik Aikha ke dalam pelukan aku. Belakang badanya aku usap lembut.

"So does your parents," aku berbisik tepat di telinga. Cukup sekadar dia mendengar.

Beberapa minit kemudian, kami sudah berdiri di hadapan pintu pagar. Aku menekan suis loceng dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi erat digenggam Aikha.

Tidak lama pun menunggu, pintu pagar ini terbuka dan Uncle Zahir muncul di beranda rumahnya. Semakin dekat langkah kami ke rumah itu, semakin kuat genggaman Aikha pada tangan aku. Malah dia seperti menyorok di belakang aku.

"Assalamualaikum," sapa aku sebaik sahaja mendekati beranda.

"Waalaikumussalam, Malique. Nak datang tak bagi tahu pun, kalau tak boleh masak sedap-sedap sikit. Ni datang-"

"Papa,"

Wajah Uncle Zahir sedikit kaget namun cepat-cepat pandangannya melembut. Sorot matanya tidak terbaca, namun jelas memandang tepat wajah anak gadisnya.

"Pa..." panggil Aikha lagi separa merengek.

"Masuklah. Buat apa menyorok belakang Malique tu?" ujarnya sebelum berpaling masuk ke rumah.

Aikha yang masih mematung segera aku tarik agar masuk ke dalam rumahnya sendiri. Sebaik sahaja kami melangkah masuk, Auntie Zarina muncul di ambang pintu.

Tidak seperti suaminya yang terlihat mengendahkan Aikha, wanita ini terus meluru ke arah anak bongsunya dan memeluk erat tubuh mungil itu. Terhambur tangis di bahu Aikha.

"Mama," seru Aikha lembut. Tangan aku dilepaskan sebelum dia mengusap belakang badan ibunya.

"Mama minta maaf, sayang. Mama halau Aikha waktu Aikha paling perlukan kami. Sampai Aikha keguguran pun mama tak pernah cari Aikha, I'm so sorry, baby,"

Keguguran? Habis Luna tu?

"Siapa yang cakap dengan mama Aikha keguguran?"

"Zaid," jawab Auntie Zarina.

Cis, aku dah agak. Dari dulu rupanya Zed sudah bersedia jika saat ini tiba. Saat di mana Aikha akan menuntut Luna.

Hanya anggukan aku beri pada Aikha yang sedang memandang aku. Entah bermaksud apa anggukan ini, aku pun tak tahu.

"Sudah-sudahlah buat drama air mata dekat luar ni, masuklah dulu," tegur Uncle Zahir.

Aku tinggalkan Aikha dengan mamanya sebelum aku menghampiri Uncle Zahir dan bersalaman dengannya. Bahu aku ditepuk lembut sambil dia mengangguk.

Kali ini aku tahu apa maksud anggukan itu. Tanda terima kasih kerana membawa puterinya pulang.









Sorry. Tried to put more emotion but fail miserably hahahahah

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now