+1+

5K 271 207
                                    

Kring! Kring! Kring!

"Jahanam la loceng ni hish!!!" Sunghyun membaling jam loceng itu di luar tingkap dah la itu jam loceng kesayangan omma dia siap curi lagi suka hati je baling.

Ok back to story.

Nama dia Yoo Sunghyun kawan dia panggil Sung bukan susu ye aku tampo kejap lagi.

Okok umur Sunghyun sekarang 22 tahun muda lagi sekarang ni dia dah habis belajar dan tanam anggur kat rumah hehe.

"YOO SUNGHYUN!! BANGUN ANAK DARA KU SAYANG!! SEBELUM OMMA NAIK ATAS KERJAKAN HENGKO!!" Ye itu dia lovely omma Sunghyun sudah buat highnote.

"Omma jangan naik omma!! Sung bangun sekarang!! Jangan kerjakan Sung!! Sung masih lagi suci!!" Sunghyun memeluk dirinya sendiri, imagine yang ommanya mahu terkam dia.

"DURJANA PUNYA ANAK!!" kata Pn.Yoo dengan penuh geram siap sepak-sepak tangga tu.

Sunghyun pun bangun untuk mandi lepastu sarapan lepastu menonggeng atas sofa tengok TV best duh tanam anggur kat rumah ni maklum la anak orang kaya.

"Baik aku mandi sebelum omma betul-betul masuk bilik dah la bilik aku macam sarang tebuan kalah rambut rosmah tu" rungut Sunghyun perlahan

Wait-wait asal rambut rosmah masuk ni?? Ok whatever Sunghyun mula masuk ke dalam bilik air sebelum kakinya nak mencecah lantai bilik air muka Sunghyun dulu yang mencecah lantai bilik air HAHAHAHAHA.

"Tak guna siapa yang celaka sangat letak pembalut gula-gula ni??" Sunghyun mencapai pembalut gula-gula itu dan melihat dengan teliti baginya pembalut ini dia rasa familiar.

Dan baru Sunghyun teringat semalam dia pergi makan gula-gula tu dan campak pembalut merata-merata padan muka kau Yoo Sunghyun dapat balasan sebab buat benda tak elok. Mari kita berhuhue bersama Sunghyun.

+++

Yoo Sunghyun POV

Selesai sahaja mandi aku buka Iphone aku well biasa anak orang kaya *flip hair* tengah syok aku baca story senpai kat wattpad omma mula memanggil aku haish mengganggu kententeraman aku nak baca.

"Yoo Sunghyun sudah² la layan Iphone kamu tu jom temankan omma pergi rumah kawan omma" Omma memandang aku dengan muka yang penuh aegyo. Ok rasa geli geleman pula.

"Alah omma Sung malas la" Aku merengek sekarang ni aku tengah malas masa aku tengah rajin omma takde pula nak ajak -,-

"Takde-takde ikut omma juga!! jangan banyak songeh!!" belum sempat aku nak bersuara omma dah tarik tangan aku atau lebih tepat lagi telinga peloles aku salahkan Seungkwan sebab jadikan aku diva selama 10 saat.

+++

"Omma ni!! Tiba² ajak Sung pergi jumpa kawan omma sebelum ni takde pula nak ajak Sung" aku merungut omma ni sakit ke apa tapi mohon dijauhkan la.

"Biarlah omma nak ajak kamu asyik tanam anggur kat rumah je bukan nak cari kerja pun" maka mula la sesi membebel by Pn.Namhyun.

"lagipun kawan omma tu ada anak dua orang anak seorang lelaki seorang perempuan yang perempuan tu dah kahwin yang lelaki belum lagi kahwin" tiba-tiba mata aku bercahaya maybe ada harapan dalam mata aku.

"Sung ada peluang la ni??" aku memandang muka omma dengan penuh harapan akhirnya omma menolak muka aku akibat geli.

Omma kejam (┳Д┳)

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now