11

7.1K 527 17
                                    

"Comelnya rumah ni. Ni rumah siapa?" soal Aikha teruja sambil menilik hiasan dalam kotej ini.

Suka aku melihat matanya yang berbinar memerhati setiap sudut kotej sederhana yang berkonsepkan perkampungan Inggeris ini.

"Rumah Mal masa kecil,"

"Hah?" lengan aku dipegang lembut. "Serius? Aikha ingat Mal orang KL,"

Pipi si cantik ini aku tarik lembut. Comel betul wajah penuh persoalannya. "Tipu je. Ni vacation house family Mal, arwah ibu punya. Dulu setiap kali cuti sekolah mesti datang sini. So, it's full of my childhood memories tapi sejak dah besar Mal jarang datang,"

Sebab aku lalai. Sejak ibu dan ayah dipanggil Sang Pencipta, aku lupa pada mereka. Aku lupa kenangan manis kami sekeluarga. Aku lupa segala pesan dan ajaran mereka.

Malique, si tak guna.

"Mal," aku kembali ditarik dari lamunan apabila suara lembut itu memanggil. Jemarinya terasa begitu mungil menyentuh lengan aku.

"Okey tak?"

Soalannya aku jawab dengan anggukan. Sedaya upaya aku tarik senyuman manis. Biasalah manusia, ada masa zone out.

Tangannya yang masih memegang lengan kiri aku, aku tarik agar berada dalam genggaman. Terasa sempurna.

"Jom, Mal tunjuk bilik,"

Hanya beberapa langkah sahaja diperlukan untuk sampai ke bilik arwah ibu dan ayah. Ketika aku membuka pintu, bilik ini juga kemas, sama seperti ruang lain dalam rumah ini.

"Aikha tidur kat bilik ni, okey? Mal cuba cari kalau Kak Ros ada tinggalkan baju dia," ujar aku sebelum bergegas memeriksa almari baju.

"Kak Ros selalu datang sini ke?"

"Haah. Biasanya kalau cuti sekolah memang Kak Ros dengan Abang Zaq bawa anak-anak diorang bercuti dekat sini. Lagi pun Kak Ros memang ada upah orang tengok-tengokkan rumah ni. Sebab tu bersih je,"

Isi almari yang hanya ada beberapa helai pakaian itu aku godak sehabis mungkin namun tak memberi hasil. Hanya sehelai yoga pants tiga suku yang aku rasa sesuai buat Aikha. Yang lain semuanya terdiri daripada beberapa helai jaket, pakaian dalam dan pakaian kanak-kanak.

Apalah Kak Ros ni, time ni pulak la tak boleh harap.

"Sorry, Aikha. Ada yoga pants je," ucap aku sambil melemparkan seluar itu oada Aikha. Segera aku melangkah bilik aku, turut membolak-balikkan isi almarinya.

Berbeza dengan master bedroom yang seperti sudah hilang kesan ibu dan ayah, bilik aku masih tak terusik. Anak dia pun Kak Ros tak bagi tidur dekat bilik aku, padahal aku tak kisah pun.

"Itulah Mal, buat lagi kerja gila naik Cameron tak plan apa-apa,"

"Sorry la, Aikha. I just thought that you need some space to breath, you know?"

Aku dengar dia terkekeh perlahan. Terhibur barangkali dengan kesungguhan aku.

Aikha turut merapati almari ini. Tanpa berkata apa, jemarinya terus menyentuh sehelai sweatshirt berhud yang tergantung. Ditarik lengannya sambil memandang aku.

"Aikha pakai yang ni, boleh?"

"Tak besar sangat ke?" soal aku sambil turut menilik baju itu ragu. Namun apabila melihat Aikha menggeleng, aku iyakan sahaja kehendaknya. Lagipun dia yang nak pakai, bukan aku.

Aku turut mencapai sehelai t-shirt lengan panjang dari dalam almari itu. "Aikha mandi and rest la dulu. Mal keluar kejap, cari makanan,"

***

"Nah," aku meletakkan sesuatu di ribanya sebelum melabuhkan duduk di sofa yang sama.

"Malique! Mana dapat ni?" soal gadis ini teruja sambil membawa jambakan bunga daisi itu ke dalam pelukannya. "This is so pretty, Mal. Thank you,"

Aku tersenyum senang melihat gelagatnya. Aikha sejak dulu memang suka benar bunga daisi. Entah apa yang dia minat sangat aku pun tak tahulah. Apa tak muak ke menghadap bunga hari-hari?

Alat kawalan televisyen aku capai sebelum menukar siaran. Beberapa kali beralih, akhirnya entah berhenti di siaran apa yang sedang menayangkan filem Twilight.

"Wait, wait! Nak tengok cerita ni," laju sahaja Aikha menahan tangan aku yang mahu menukar siaran lain.

Oh please, kill me.

Mengalah, aku hanya mampu menyandarkan tubuh pada badan sofa. Bosan menghadap Kristen Stewart yang berlakon macam kayu, pandangan aku alihkan pada Aikha di sisi.

Memerhatikannya yang tekun menonton cinta fantasi Bella dan Edward, dengan bunga kegemarannya dalam pegangan, tubuh mungilnya menyarung baju aku dan rambutnya yang sedikit basah dan berantakan, aku rasa sempurna. Kalau boleh aku nak rakam pemandangan saat ini dalam memori aku, simpan sampai bila-bila.

"Mal, jangan la pandang Aikha macan tu," tegurnya lembut. Entah sejak bila dia berpaling pun aku tak sedar.

Melihatkan pipinya yang merona dalam remang cahaya dari televisyen ini membuatkan Aikha terlihat semakin manis. Spontan aku mencapai jemarinya yang sedang menyentuh kelopak bunga daisi itu.

"Tahu tak apa maksud bunga daisi ni?" soalku sengaja menguji.

"Tahu,"

Konfiden. Mentang-mentang tauke bunga. "Due to its species and pairs, it carries different meaning. But generally, daisy bawa maksud innocence, purity, new beginnings and... ehem!"

Deheman serba kekok Aikha menarik perhatian aku. Ditambah pula rona wajahnya yang naik satu tona.

"...true love," sebutnya perlahan, hampir berbisik.

Tingkahnya membuatkan aku tersenyum lebar. Aikha saya yang manja.

"And also, it was told in Norse mythology yang bunga daisi ni sacred flower seorang dewi yang bernama Freya, the goddess of love, beauty, fertility and war. And you, my dear daisy lover, you have it all. Even more than Freya have,"

"The warrior in you have the ability to fight for your right, sayang, so kalau..."

Gulp. Susahnya aku nak merelakan.

"Kalau Aikha pilih untuk batalkan perkahwinan kita demi Luna, demi amaran Zed, I'm-"

"No," ujarnya sepatah. Memotong kata-kata aku dengan wajah penuh keyakinan.

"Luna is my sweetheart, tapi Malique ialah mimpi Aikha. Mimpi yang bertahun-tahun Aikha cuba gapai. Kalau dulu Zed pernah berjaya rampas mimpi Aikha, not this time. I won't allow it. Not even my sweetheart,"

Cecair bening yang mula mengalir di pipi mulusnya aku hapuskan dengan ibu jariku. Mata Aikha yang penuh dengan ekspresi cinta dan kesungguhan, aku tak akan biarkan ia malap lagi.

Tak akan!

Seutas tali halus yang berkilauan di celah jambangan bunga di tangan Aikha aku tarik keluar. Aku dah agak, gadis cemerkap sepertinya tidak akan perasan.

"Apa tu?" soalnya dengan wajah bingung.

"Pusing sikit kepala. Mal pakaikan,"

Seutas rantas emas dengan liontin berbentuk bunga daisi dihiasi sebutir batu zamrud. Apabila sudah terletak di leher Aikha, aku tersenyum puas. Sempurna.

"Marry me,"

Ini arahan, bukan permintaan.








Hahahah sorry aku lupa liontin apa orang melayu panggil? Aku ingat bahasa indonesia je lol.

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now