~8~

1.5K 105 12
                                    

Assalamualaikum! ^^ Kak Zie di sini! Bersama Ani! >< Alhamdulillah...sudah sekian lama akak berhenti dah kan? Dah nak masuk 1 bulan dah akak berhenti meng-update. ^^' Maafkan akak ek? Sebenarnya akak nak teruskan stop update sampai habis Hari Raya Aidilfitri/ Lebaran. Tapi lepas dengar dari Ani yang ramai nak cerita disambungkan akak jadi kesian pula. Oklah! Just for my readers! >////< Thanks for always supporting me!!

Tanpa basa basi lagi..let's continue the story!! XD

Dimana sorakan peminat Ship HaliGem?!!!! XD

========================================================

CHAPTER 7

HALI POV

DI RUMAH HALI..(JAM 8.00 a.m.)

Aku membukakan mataku perlahan dan mula terduduk. Aku memerhatikan keadaan sekeliling bilikku. Sepi. Terasa seperti ada yang kurang. Aku teringat akan peristiwa semalam yang terjadi antara aku, Gempa dan arwah. Aku seolah dalam keadaan amnesia, tidak ingat apa yang berlaku. Apa yang aku ingat waktu itu aku dan Taufan sedang memilih baju pengantin di butik pengantin milik Ying. Lepastu, Taufan meminta untuk segera pulang. Aku tanpa berfikir panjang terus memecutkan kereta.

Sesampai sahaja dirumah, Taufan terus berlari masuk tanpa menghiraukan panggilan aku. Aku menunggu berita dari Taufan di luar rumah. Entah kenapa aku merasakan tidak sedap hati.

Tiba2 aku dipanggil kuat oleh Taufan dan aku terus berlari memasuki rumah pertama mereka. Alangkah terkejutnya aku melihat keadaan Gempa yang sedang terbaring lemah di atas pengkuan Taufan yang sedang menangis sambil cuba membangunkan adik kembarnya.

Aku tanpa berfikir panjang terus mendail pihak hospital. Malangnya, line tidak jelas. Aku terpaksa berlari ke bahu jalan untuk mendapatkan line. Walaupun kurang jelas, namu aku berjaya meminta bantuan. Akibat tidak jelas jugalah perbualan kami agak lama.

Setelah berjaya meminta bantuan, aku segera mendapatkan Taufan dan Gempa. Aku melilau mencari mereka dan aku terlihat Gempa sedang terbaring dalam keadaan separuh sedar. Aku segera mendapatkan Gempa lalu berntanyakan Taufan. Diberitahunya Taufan ada di dalam rumah. Aku segera memalingkan wajahku di rumah pertama mereka.

Aku terlihat Taufan sedang berlari sepantas angin keluar dari rumah sambil memegang erat 2 buah buku di pelukannya. Aku hairan mengapa dia pergi semula ke dalam rumah tersebut.

Sebaik sahaja dia melangkahkan kaki pertamanya keluar dari rumah, aku terlihat satu api yang membara disertakan letupan yang kuat dari belakang Taufan dan ia menyebabkan Taufan dilambung kuat di udara dan akhirnya jatuh dengan kuat. Tanpa berfikir panjang, aku segera mendapatkan Taufan dan meletakkannya di atas pangkuan aku.

Gempa yang turut tersedar terus mencuba sedaya upayanya untuk menjenguk Taufan. Aku tau, kasih sayang mereka antara adik beradik dan kembar sangat kuat. Sehinggakan saat gentir mereka sanggup bersama.

Gempa menangis teresak sambil menggoncangkan badan Taufan. Alhamdulillah, Taufan tersedar. Kami sempat berbual dan perbualan kami diakhiri dengan kata2 Taufan yang aku faham apa maksudnya.

Dia mahu aku mengahwini Gempa.

Kenapa?

Adakah Taufan tahu aku mempunyai perasaan kepada Gempa?

Aku mengaku yang apa yang aku buat ini salah. Mencintai adik beradik dan salah seorangnya bakal digelar isteri manakala salah seorang lagi bakal bergelar adik ipar.

Sebenarnya, telah sekian lama aku mencintai Gempa. Sebelum aku bersama Taufan lagi. Namun, aku memendamkan perasaan itu semejak Gempa memberitahu bahawa dia tidak ada masa untuk benda yang sedemikian. Dia ingin menumpukan pelajaran sehingga dia berjaya.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now