16

7K 517 14
                                    

Beg kamera serta segala peralatan fotografi aku letakkan ke kerusi kosong di sebelah sebelum aku sendiri melabuhkan duduk. Sesi penggambaran hari ini meletihkan walaupun hanya di dalam studio.

Atau cuma aku yang rasa macam tu?

Tin Nescafe yang dihulur Dean aku capai sambil menggumam terima kasih. Aku buka penutupnya sebelum menghabiskan dalam sekali tegukan sahaja.

Tubuh aku sandarkan ke dinding. Aku penat. Mentally.

"Aku tau soalan aku ni bunyi bodoh jugak la, tapi... kau okey?"

"Kau rasa?" aku menyoal kembali. Tin kosong di tangan aku campak ke tong sampah yang terletak kira-kira 3 meter dari bangku yang aku duduk. Nasib baik masuk.

"Obviously, no. Kau tak nak share apa-apa dengan aku ke? Kau nampak serabut gila! Kau dengan Aikha okey je kan?"

Aku pandang Dean sejenak. Wajahnya yang jarang serius, tiba-tiba hari ini berkerut tegas. Kelakar.

"Aku dengan Aikha okey je la. Cuma... you know, things happened," jawab aku samar. Tiada siapa selain keluarga terdekat yang tahu tentang Luna, puteri aku.

Dan walaupun Dean antara kawan terdekat aku, aku tak rasa dia berhak tahu tentang Luna. Dia tak tahu pun masa silam aku.

"Things happened, as in? Mal, you know you can count on me?"

"Entahlah,"

Aku menjawab sepatah. Namun entah kenapa beban perasaan yang bagai menyimpan seguni kosa kata keputusasaan di hujung lidah bagai memberontak untuk keluar. Membuatkan dada aku terasa berat dan sesak.

Kepala aku berdesing. Sakit.

Tindak balas biologi membuatkan aku menelan liur, meneutral rasa asing yang sudah beberapa bulan ini mengganjal di hati. Dan seperti kebiasaannya, gagal.

"Aku..." kata aku mati di situ. Tidak tahu mahu mengungkapkan apa sebenarnya pada Dean.

Perasaan ini... rasa sesak yang tak terungkap. Berat.

Nafas yang tanpa sedar tertahan sedari tadi perlahan-lahan aku lepaskan. Rasa itu masih belum hilang.

"Dean. Dada aku rasa berat, Dean. Rasa macam kena hempap dengan gunung. Rasa macam nak pecah. Rasa macam... nak mati,"

"Mal," ujarnya kaget sambil memegang bahu aku.

Aku tersenyum miris. "I'm living my live. But I'm already dead inside,"

Lama perbualan kami tergantung tanpa sahutan Dean. Entahlah, aku pun tak rasa nak bercakap banyak kebelakangan ini.

"Mal, aku tak tahu apa masalah kau since kau sendiri tak nak cerita. I respect that. But if you need a therapist, a doctor, or any professionals yang kau rasa - you know, you can talk to - just... tell me. I have a few numbers,"

"Kau rasa aku gila?" aku menyoalnya sambil memandang datar.

Riak wajah Dean berubah serba salah. Cepat-cepat dia menggeleng menidakkan andaian aku.

"No, aku tak- okey! Kau nampak depressed, bro. I'm just trying to help-"

"Chill la, Dean. Aku faham. But, do you really think that I need to see one?"

Dean mengangkat bahu. "You decide. Dah, jomlah gerak. Dah pukul berapa ni,"

Aku memandang jam di tangan. "Oh, haah,"

Tetapi ketika aku bangun, baru aku sedar yang kamera aku tiada di riba. Begitu juga lens dan peralatan lain.

"Weh, kejap, Dean!" aku terjerit kecil menahan Dean yang sudah beberapa langkah meninggalkan aku.

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now