14 : Aemelyn.

1.4K 50 0
                                    

Entah kali ke berapa tubuh Hamizal sekali lagi rebah ke atas tikar matras biru. Boleh kata hampir seluruh tubuh sengal dengan tendangan dan pukulan yang dia tak dapat elak dari seonbae. Bukan tak dapat elak, entahlah sejak semalam fikiran dia serabut fikir pasal seorang perampuan yang datang tak diundang ke mejanya dan siap bagi warning jangan dekati Sharizal. Gila perempuan tu. Entah meroyan apa sampai nak sanggup jumpa dia.

"Assalamualaikum. Bisakah aku duduk disini? "

Tersentak Hamizal yang dari tadi duduk di meja dengan mengacau teh panas. Seraya muka dia diangkat memandangan gerangan yang baru duduk di depan dia. Disangka Sham yang memberi salam tapi...

Tanpa dia memberi keizinan, gadis seksi di depan dia mula melabuhkan duduknya di depan. Tanpa dipelawa juga ada seorang budak lelaki yang melayan dia datang nak amik pesanan namun gadis depan dia hanya menolak. Pergi je budak tu, terus mata gadis depan dia mencerlung ke arah dia.

"kamu hamizal kan?"

Dengar je gaya percakapan gadis ni, dia sudah dapat teka gadis depan dia ni bukan orang sini. Tapi dengan selamba dia mengangguk mengiakan.

"Apa hubungan kau dengan Sharizal?"

Terkejut bukan kepalang bila segaris nama lelaki yang luncur di bibir hadis depan dia. Siapa perempuan ni? Macam mana dia boleh kenal dengan Sharizal? Well mestilah kenal kan? Tengok je penampilan gadis seksi depan dia sudah dia agak perempuan ni girlfriend Sharizal. Tapi yang paling memeranjatkan dia...

"kau mungkin bertanya-tanya siapa aku? Aku perkenalkan, Aemelyn. Tunangan Sharizal."

Kejap! Dia macam pernah dengar nama tu. So Aemelyn yang Layla duk sebutkan tu ialah perempuan depan dia nie? Wow! Besar betul taste lelaki tu. Dah tak ada perempuan cantik dalam Malaysia, dari seberang pun jadilah kan? Hati dia mula terusik nak tahu lebih lancut pasal perempuan ni. Dengan selambanya dia buka suara bertanya.

"so? "

Aemelyn apa lagi, mencerlung mata memandang mangsa depan dia ni. Uhh perempuan ni nak jadi dayang pada Sharizal? Dengan pakaian lusuh macam nie. Sempat Aemelyn mengutuk dalam hati.

"aku tidak peduli dengan siapa kau dalam kehidupan Sharizal tapi aku ingin menasihati kau. tolong jangan mendekati Sharizal!"

Sejurus itu, Aemelyn terus bangkit bangun dari kerusi. Dalam hati Hamizal agak terusik juga dengan gadis nie.

Perempuan nie dah kenapa tetiba main terjah dan ugut dia jangan dekat dengan Sharizal? Hisyyy boleh tak dalam satu hari ni dia nak menyendiri sekejap? Tak puas dengan ugutan Aemelyn, dengan berani dia buka suara menyindir.

"setakat kapal terbang di udara boleh dirampas, ini kan pula tunang."

Macam yang dia agak, dengan langkah Aemelyn tiba-tiba berhenti. Uhhh ingatkan tak faham tadi apa yang dia cakap.

"kurang ajar! Kau ingat, kau siapa mau  berbicara seperti itu dengan aku?"

Dengan suara lantang bertepik depan dia diherdiknya sampaikan ada pelanggan di sekeliling warung mula berpaling ke arah meja dia. Dia? Buat apa nak malu? Lepas nie, perempuan nie juga yang malu bila dia sembur. Dengan spontannya dia buka suara tapi nada sedikit ditekankan harap Aemelyn akan hadam terus masuk dalam akal tu.

"bagi pandangan akulah kan? Kau hanya hamba Allah serupa dengan aku dan orang sekeliling yang kau tengok nie. Sama je di mata Allah. So tak payah lah kau nak bermegah sombong dengan aku. Aku tahu lah nak jaga batas aku dengan Sharizal macam mana."

Wedding Suit Khas Untuk Dia Where stories live. Discover now