PART 9

247 15 0
                                    

"Bilalah kau orang ni nak cukup umur, hah??! Menyusahkan aku je. Cepat-cepat la membesar tu sikit. Cepat sikit aku dapat habuan aku," bebel Julia. Dia menunjal kepala Emisya kuat. Tercebik-cebik bibirnya yang dicalit dengan gincu berwarna merah itu.

Emir yang melihat menjadi geram. Belum sempat dia berbuat apa-apa, Emisya menggelengkan kepalanya. Tanda memintanya bersabar dengan kelakuan Julia.

Itulah makanan harian mereka sejak tinggal bersama Julia. Sejak kematian mama dan papa mereka, hak penjagaan mereka diambil oleh Julia. Sebagai habuannya, Julia akan menerima 30% daripada harta mama dan papa mereka. Pada mulanya, saudara-mara mereka berebut ingin menjaga mereka setelah mendengar habuan yang bakal diperoleh. Tapi mereka memilih untuk tinggal bersama Julia kerana sangka mereka, Julia bukannya seorang mata duitan. Rupanya-rupanya sama sahaja. Malah, lebih teruk dari yang lain.

"Menyusahkan aku je. Nasib baiklah mama dann papa kau orang bagi 30% harta tu. Kalau tak, merempatlah kau orang! Hidup menyusahkan orang je," caci Julia.

"Benci aku tengok muka kau ni, Emisya! Sama je macam mama kau! Kau tahu tak, sebab mama kau lah, aku tak dapat kahwin dengan papa kau! Mama kau tu penggoda! Caras hak aku! Hak adik sendiri punya nak cantas. Kalau ikutkan, aku ni yang akan kahwin dengan papa kau. Tapi mama kau tu licik. Dia pergi godanya papa kau sampai kena tangkap basah. Sebab dia tahu, papa kau banyak harta. Mata duitan!" fitnah Julia. Dia masih bencikan kakaknya. Kalau bukan disebabkan kakaknya, pasti dia sudah bersenang-lenang. Kakaknya dapat suaminya yang kaya dan bertanggungjawab. Anak-anak yang baik dan cantik parasnya. Disayangi semua orang. Dia? Dapat suami kaya tetapi kaki pukul. Dia langsung tiidak dikurniakan seorang anak pun sepanjang perkahwinannya. Dipandang serong oleh masyarakat kerana dahulu, dia hamil anak luar nikah tetapi anak itu gugur akibat perbuatannya. Walaupun suaminya sudah tiada, dia masih lagi terbayang-bayang lagi layanan suaminya pada dia. Semuanya berpunca dari kakaknya!

"Mak cik tak boleh cakap macam tu pada arwah! Jagalah mulut tu!" tempik Eric. Tahap kesabarannya sudah habis. Dua tahun dia duduk di situ, dua tahun jugalah dia bersabar. Hari ni, Julia memang sudah melampau. Mahu mengaitkan mamanya yang sudah tiada pula!

"Eh. Kau tinggikan suara kau pada aku ya? Aku yang bela kau! Hormat aku sikit!" marah Julia. Panas berbara hatinya apabila Emir sudah pandai menjawab. Selama ini mereka hanya mendiamkan diri. Kini mahu melawannya ya?

"Hormat? Perlu ke saya hormat pada orang yang tak hormat family saya?!" soal Emir kasar.

Emisya mula memegang lengan Emir. Bimbang adiknya akan bertindak di luar jangkaan.

"Emir.. Sabarlah!" kata Emisya. Dia menepuk belakang badan Emir perlahan. Ingin menenangkan adiknya.

"Sabar? Sya! Perempuan tua ni dah melampau! Dua tahun dia jaga kita, dua tahun jugalah dia pijak kepala kita! Orang macam ni tak patut kita hormat! Masuk kubur lagi elok! Menyusahkan orang je! Menambahkan dosa kita je!" kata Emir kasar.

Paans telinga Julia mendengarnya. Orang tua? Melampau! Lantas tangannya diangkat tinggi sebelum dihayunkan ke wajah Emir. Belum sempat tangannya hinggap di wajah Emir, tangannya ditepis kasar oleh Emisya.

"Jangan sesekali mak cik sentuh kembar saya. Jangan buat tahap kesabaran saya hilang, mak cik. Mak cik tak kenal saya lagi," gertak Emisya. Wajahnya tiada perasaan. Tapi matanya mencerlung garang tanda amaran.

Gerun Julia dibuatnya. Tidak pernah lagi dia melihat Emisya marah. Ini kali pertama gadis beku itu naik angin. Sebelum Emisya benar-benar naik hantu, lebih baik dia angkat kaki dahulu.

"Kau tengoklah nanti," sempat lagi Julia menggugut mereka. Kakinya dihentakkan semasa berjalan tanda tidak puas hati. Mulutnya tidak berhenti mencaci mereka sekeluarga.

Emir dan Emisya hanya memerhatikan tubuh gempal itu berlalu pergi. Emisya kemudiannya berpaling menghadap Emir. Tangannya diletakkan di pipi Emir.

"Emir okay?" soal Emisya risau. Dia mengusap-usap wajah Emir. Dibelek-beleknya wajah adiknya itu.

"Aku ok. Kau?" soal Emir. Senyuman ditarik sedikit. Rasa macam nak terkoyak bibirnya apabila dipaksa senyum tanpa kemahuannya. Dia tidak mahu Emisya risau.

Emisya terdiam lama. Dia merenung wajah Emir lembut.

"Jangan paksa diri senyum kalau tak mampu, Emir," nasihat Emisya. Dia memeluk Emir erat. Bukannya dia tidak perasan betapa kelatnya senyuman kembarnya.

Luntur senyuman Emir. Dia membalas pelukan Emisya. Kau selalu tahu apa yang ada di hati aku kan, Sya? Aku langsung tak mampu berpura-pura di depan kau, kan?

Mungkin, inilah sebab kembar wujud. Untuk saling memahami dan bantu-membantu saat susah dan senang

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now