▼ 17 ; Blindfold

1.2K 194 37
                                    

"Yah! Jungkook! Aku dengar kita dapat ranking pasukan Ryujin! " Shen berlari ke arah Jungkook yang sedang bersandar pada dinding berdekatan pintu keluar.

Wajah Jungkook cedera teruk. Lebam ungu bertapak di hujung mata, hidungnya berdarah namun sudah kering, luka-luka akibat serangan Ryujin pula sudah disapu ubat oleh Minso yang duduk di sisinya sambil merawat kecederaan Jungkook.

Jungkook hanya tersengih, mendengar berita yang sampai ke telinga Shen itu adalah daripadanya.

"Sebab kaulah, kita dapat nombor 11! Kalau esok OSP, dah lama kita layak masuk! " sorak Eunseong, kegembiraan.

"Hahaha.. Kau patut tengok reaksi Minso tadi. " tawa Jungkook. Buat kali pertama dalam hidupnya, dia melihat ketua setegas Minso berhati lemah sampai tidak tahan ampangan air matanya.

"Jangan rasa senang. Bila-bila masa saja pasukan lain boleh pintas kita. " Minso mencelah dalam perbualan tersebut.

• 12:30 a.m. •

Jungkook yang sedang dibuai mimpi dikejutkan oleh seseorang. Mata Jungkook digosok beberapa kali untuk mendapatkan imej wajah gerangan yang berada di hadapannya itu dengan jelas.

"Minso? "

"Ssshhhh.. Kau akan kejutkan diorang. " Minso meletakkan jari telunjuknya di bibir lalu tangan kirinya menutup mulut Jungkook.

"Ikut aku, " bisik Minso. Dia mengatur langkah ke arah pintu.

Dengan segera, Jungkook turun dari katil lalu mengekori Minso keluar dari bilik mereka. Suasana koridor suram yang mereka lalui mengingatkan Jungkook ketika dia menyelinap ke dalam MS Room. Langkah Minso nampak gayanya menuju ke arah Battle Room. Tanpa menyoal apa-apa, Jungkook hanya mengikut sahaja.

Pintu Battle Room dibuka secara automatik. Bilik yang sederhana luas itu diterangi dengan cahaya lampu putih yang terang. Minso dan Jungkook menyusup masuk ke dalam.

"Ada apa kau bawa aku ke sini? " soal Jungkook. Minso memdekati sebuah almari yang menyimpan beberapa helai tuala dan barang-barang seni mempertahankan diri. Tangannya seperti mengambil sesuatu dari dalam almari tersebut.

"Tangkap, " Minso melontar sesuatu ke arah Jungkook. Dengan refleks pantas miliknya, Jungkook sempat menyambut benda tersebut sebelum ia jatuh ke atas lantai.

Jungkook menangkap sehelai kain hitam yang panjangnya satu meter. Anak matanya hanya meneliti kain tersebut tanpa berbuat apa-apa.

"Gunakan tu untuk tutup mata kau. " arah Minso lagi manakala Jungkook menurutnya.

Mata Jungkook ditutup penuh. Penglihatannya kini amat terhad. Apa yang dilihat hanyalah kesan-kesan cahaya yang berjaya menembusi kain tersebut. Melihat pandangannya yang menjadi gelap, terasa ingin tidur semula saja.

"Aku akan ajar kau satu teknik yang dipanggil Two Sense. Berlawan hanya menggunakan deria pendengaran dan sentuhan. " kata Minso sambil mengelilingi Jungkook yang berdiri pegun.

"Kau dengar suara aku? " Jungkook mengangguk. Dia dapat dengar suara Minso dari belakang.

"Kau perlu tahu apa yang terjadi di sekeliling kau, gunakan deria pendengaran kau. " tutur Minso lagi. Kali ini, Minso berada di hadapan Jungkook.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now