22

8.4K 506 47
                                    

Selepas solat Subuh aku sudah menggerakkan Aikha, menahannya yang mahu bergelung kembali di dalam kehangatan selimut. Aku mahu dia mula bersiap sebab biasalah, perempuan bersiap kan lama?

Semalam kami sudah berjanji mahu melawat pusara Luna namun sudah hampir pukul 7 pun Aikha masih terkebil-kebil memandang aku dengan muka mengantuknya.

"Sayang, jangan la tidur balik. Cepatlah siap,"

"Hurrmmm..." bibirnya mengerucut sambil dia memandang aku dengan mata yang menyipit. "Lima minit je lagi. Please... Lagipun kenapa nak pergi awal-awal pagi ni?"

Rambut lebatnya aku usap sayang sambil tersenyum. Si manja aku. "Pergi awal pagilah, sayang. Nanti pukul 9 dah panas, sayang yang sakit kepala,"

Rengekan halusnya masih kedengaran di sebalik selimut. Aku hanya mampu mengeluh perlahan. Semenjak kandungannya semakin sarat, Aikha macam dah tak ada tenaga nak buat apa-apa.

Asyik tidur je. Buat kerja sikit, penat. Lepas tu minta picit kepala la, picit bahu la. I'm not complaining, aku cuma kesiankan dia sebab yang tanggung sakitnya dia.

Jemari aku masih setia mengelus kepalanya yang kini merambat dia pelipisnya. Hmm makin sedap la dia tidur, kena usap macam ni.

"Mengantuk sangat ke sayang?"

"Hurmm..." gumamnya di sebalik selimut.

"Aikha macam tak nak lawat Luna je. Aikha tak rindu Luna? Dah tak sayang Luna?"

Isteri kesayangan aku ini terus bangkit dari baring dan menatap aku tajam dengan mata yang berkaca. Ooppss, salah cakap, Mal.

"Don't you dare cakap Aikha macam tu lagi! You don't know how much I miss her!"

"Sayang..." tangannya aku tarik namun dia menepis. Matanya yang tadi terbias dengan air mata kini mula bergenang, masih menjeling aku. 

I'm sorry...

Hanya gerakan bibir mampu aku buat dalam mengucap dua patah kata itu. Aku tahu aku telah membuat bidadari aku terluka.

Menarik nafas dalam, Aikha memejamkan mata sebentar. Barangkali mengembalikan composure. Silap aku berbicara, mencetuskan amarahnya di pagi hari.

Dan apabila sepasang mata indah itu kembali terbuka, genangan itu hilang. Gurat terluka di wajahnya bagai tersejat di udara. Dan di saat inilah baru aku mampu bernafas lega, mengucapkan kata maaf sesungguhnya.

"Abang-"

"No, tak perlu nak minta maaf. Abang betul. Cara Aikha malas-malas macam ni memang nampak macam Aikha dah tak sayang Luna. Kesian Luna, kalau dia tahu, mesti dia ingat mommy dia dah lupakan dia,"

Wajah sendu itu tak mampu menahan aku dari menariknya ke dalam dakapan. Segera wajahnya disorokkan di dada aku, menangis di situ.

Sedar tak sedar, kami ialah sepasang ibu bapa yang terluka kerana kehilangan. Barangkali diberi cahaya baru dengan kehadiran bayi yang masih di dalam kandungan ini, tetapi, ya... masih terluka.

Beberapa jam kemudian, kami sudah sampai ke kawasan tanah perkuburan. Seperti yang aku kira, sinar matahari sudah mula menghamparkan teriknya. Ini Malaysia.

Aku menghulurkan tangan pada Aikha, membantunya keluar daripada kereta sambil sebelah tangan lagi memegang payung untuknya. Namun sebaik sahaja aku menebarkan pandangan ke tanah perkuburan yang luas itu, jantung aku bagai terhenti. Kepala aku pusing dengan kekosongan dan ketakutan ini.

Antara ketakutan terbesar aku kini muncul.

"Abang?"

Jemari halus yang menggenggam tangan aku membuatkan aku berpaling pada empunya. Aku tak kuat. Benteng aku runtuh. Aku...

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now