Part 2

1.1K 126 173
                                    

"Balik nanti nenek ambil lambat tau sebab jumpa customer, Markeu tunggu je kat pondok Pakcik Taeyong tu, okay bye muah setempek"

Kata-kata nenek masih terngiang-terngiang di telinga Mark.

"Kenapa nenek ambil Markeu lambat sangat!!! " Mark menjerit masa menunggu kat pondok pengawal.

"Ko dah lama hidup atau sengaja nak mampus?! " Pekik Pakcik Taeyong dari dalam pondok.

"Mianhae! " balas Mark.

Kemudian Mark duduk di kerusi termenung dan merenung masa depan.

"Huehuehue" Mark mengelap airmatanya guna tisu Pakcik Taeyong.

"Asal ko tak balik lagi ni? " Tegur seseorang.

Mark melihat empunya badan.

"Taeil? " Mark terkejut.

"Yelah aku lah Taeil dari Block B tu" balas Taeil .

"Block B bangunan ke group? " sel otak Mark mula berhubung .

"Bangunanlah! " Marah Taeil.

"Ouh" balas Mark.

Taeil duduk sebelah Mark dan sandarkan kepalanya pada Mark.

Nasib bukan meh sandar pada aku.

"Kenapa ko tak balik lagi?" Mark mula keluarkan suara telah 5 saat diam.

"Aku ada latihan bola keranjang, ko pula? " Taeil tanya balik Mark.

"Nenek aku ambil lambat.." Mark merenung kasut putihnya yang semakin kotor.

"Habis mana parents...."

Tiba-tiba Taeil teringkat sesuatu.

"Diorang dah bahagia kat 'sana' " Mark senyum.

"Sorry weh aku lupa" Taeil rasa kesal.

"Takpe kadang aku pun lupa juga, kalah nenek aku" Mark senyum lagi.

Senyum itu satu sedekah.

Tak lama kemudian muncul sebuah Lamborghini-lambungsana di hadapan pagar sekolah.

"Pantang disebut orang tua tu" kata Taeil.

"Bye nenek aku dah sampai " Mark memakai begnya dan masuk kereta dengan penuh bergaya.

Tak dilupakan juga Mark buka tingkap kereta dan lambai pada Taeil.

                        ****
"Nenek! Mark laparrr! " Mark merungut masa dalam kereta.

"Alolo ciannya cucu nenek lapar, Nanti kita pergi makan kat Chicken Rice Shop" Puan Besar Lee memegang stereng dengan kemas dan membelok tanpa bagi signal.

Dasar pemandu ftftft! 

"Taulah dah tua!  Tak sabar nak mati ke?! " rungut seorang pemandu Myvi.

                          ****

"Markeu,pergi tidur esok sekolah " Puan Besar Lee menjerit dari bilik sebelah.

"Ya nek!  " balas Mark yang sedang main angry bird di handphone.

Ketinggalan zaman lah dia ni, orang semua main dota dia sorang main angry bird.

Mark lantas bangun menutup lampu bilik.

Baru je hendak lelapkan mata,Mark ambil handphone kat meja sebelah.

"Sakit sangat ke senggugut ni? " Mark menaip satu persatu huruf dengan hati-hati.

Dan muncul di skrin handphone.

Mark dengan tekun membacanya .

"Ouh cenggitu" Mark membaca sebuah artikel tentang haid dan senggugut.

Dan dia pun tertidur.

                           ****

Keesokkan harinya..

"Nenek tak ambil harini!  Nanti Pakcik Seo Youngho ambil! " Ujar Puan Besar Lee ketika menghantar Mark ke sekolah.

"Okay" Mark menutup pintu.

"Nenek pergi dulu tau! " Puan Besar Lee terus pecut mengalahkan orang lumba haram.

"Bye~" Mark melambai pada kereta.

Mark masuk sekolah dan ditahan seseorang.

"Nak apa beruk? " Mark menepis tangan orang itu.

"Aku nak duit ko, kan ko pewaris syarikat belacan jenama SM" Daniel menahan Mark.

"Budu bukan belacan" balas Mark.

"Tak kisahlah budu ke belacan, yang penting sekarang aku nak duit " Daniel pegang tangan Mark.

Mark baru nak buka langkah. Seseorang dah belasah Daniel dengan teruk.

"Aik?  Dah pengsan?  Mark baru nak tumbuk"

"Amacam? " Seseorang memegang kertas pelan kerja RBT .

"Makcik Nayeon! My makcik muda! " Mark terus peluk makciknya.

"Apa ni main peluk-peluk malulah orang tengok" Nayeon memukul bahu Mark.

"Tak kira juga! " Mark masih memeluk Nayeon.

"Makcik ni presiden sekolah tau!  Makcik buat laporan kat pengetua nanti! " Nayeon mengugut Mark.

Buatlah apa Makcik nak, lagipun semua dah tau pasal kita" Mark tak nak lepas peluk Makciknya yang tua setahun.

"Kelas kamu mana? " Nayeon mengeluh.

"7 Takoyaki" balas Mark.

                          ****
"Fuyoo!  Mark ada awek! " Sorak budak kelas 7 takoyaki.

Mark yang baru sampai sebab dihantar oleh Nayeon diam saja.

"Belajar baik-baik ya " Nasihat Nayeon.

"Mark ingat pesanan Makcik" Mark salam tangan Makciknya dan cium sekali.

Semua pelajar melihat dengan teruja.

Makcik,Pakcik cleaner dan pekebun juga tak kecuali.

"Dah masuk cepat nanti kena kutuk lagi" Nayeon meninggalkan Mark.

Lepas bayangan Nayeon hilang dari penglihatan. Mark tunjuk belangnya yang sebenar.

"Blacksh*t ko lah dia awek aku! " Mark cubit Anthony.

"Aku tak cakap pun.. " Anthony jadi mangsa keadaan.

"Salah orang ya? " Mark berhenti cubit tangan Anthony.

Anthony terus lihat tangannya.

"Nenek moyang ko hijau! dah bengkak sewel!"  Anthony mengambil sesuatu dari begnya.

Ternyata ubat sapu surutkan bengkak.

"Lek ah sikit je pun, bukan macam orang tu senggugut sikit dah meraung "perli Mark.

Semua pelajar perempuan dalam kelas pandang Mark.

Yang gosip terus diam, yang pakai gincu terpakai sampai ke pipi dan yang study berhenti.

"Habistu siapa yang cakap tadi? "
Mark cuba menukar topik.

Anthony menunjuk Jaemin, Jackson, Minhyun Dan Haechan.

Mark mengejar mereka berempat .

"Mark!  Apa benda yang warna merah kat seluar ko tu! " tegur Wendy.

-TO BE CONTINUE

AIYOK!  APA BENDA WARNA MERAH NI TU 🌚

[HIATUS] [S1 & S2] Period + Mark Lee Where stories live. Discover now