[M] TRUTH 13 DARE 13

731 45 5
                                    

Dare from @Volacoid_twin

"Blaze!!" jerit Thorn dari tingkat bawah.

Blaze pun turun ke tingkat bawah. "Kenape Thorn?"

"Ade dare untuk kau!!" kata Thorn sambil memegang telefonnya.

"Dare? Ape dare aku?" tanya Blaze.

"Kau kena mandi dalam air sejuk selama sejam.." kata Thorn.

"Air sejuk! Huh, mesti sejuk..." kata Blaze yang sudah menggigil sebab takut mandi air sejuk. Aik, belum mandi dah rasa sejuk.

Blaze kemudian pergi ke bilik mandi yang ditempatkan di biliknya. Setiap bilik ada bilik mandi, jadi, tak payahlah berebut-berebut.

Satu jam kemudian, Blaze sudah keluar dari biliknya. Kelihatan dia sedang menggigil. Ais yang lalu di situ berasa hairan. "Kau dah kenape?"

"Bruhh... Aku.. Aku kena mandi sejuk.. Sebab tu dare aku.." kata Blaze yang masih menggigil.

"Ohh.. Gunelah kuasa kau untuk panaskan badan kau tu.." cadang Ais.

"Oh, ye tak ye.." Blaze kemudian menggunakan kuasanya dengan menyalakan api di tangannya.

Sebaik sahaja memanaskan badan, Blaze turun ke tingkat bawah dan terserempak dengan Thorn.

"Blaze, ade lagi satu dare untuk kau.." kata Thorn.

"Ape dia?" tanya Blaze.

"Kau kena curi dan sorokkan kaca mata Solar selama sehari.." kata Thorn lagi.

Blaze tersenyum sinis.

Di bilik Solar, kelihatan dia sedang mengemas tempat tidurnya, yelah, kalau tak, habis kene bebel oleh Gempa nanti.

"Hm, dah siap.. Sekarang, aku kena mandi.." kata Solar.

Dia kemudian membuka jaket lalu diletakkan atas katil, (dia ada pakai singlet, okey?) manakala topi dan kaca matanya diletakkan di atas meja belajarnya. Selepas itu, dia mencapai tualanya lalu masuk ke dalam bilik mandi yang tersedia dalam biliknya.

Sebaik sahaja Solar masuk ke dalam bilik mandi, Blaze masuk secara senyap-senyap. Dia tersenyum-senyum lalu mendekati meja belajar Solar dan mengambil kaca mata Solar.

Sebaik sahaja mencapai kaca mata Solar, dia cepat-cepat keluar dari bilik itu.

Beberapa minit kemudian, Solar sudah keluar dari bilik mandi dan sudah berpakaian lengkap kecuali jaket, topi dan kaca matanya.

Dia menjemur tualanya berdekatan dengan sejadah. Kemudian, dia menyarungkan jaketnya lalu pergi ke meja belajarnya.

Dia memakai topinya lalu mencapai kaca matanya, namun, dia mendapati tiada kaca mata di situ.

"Aik? Mane kaca mata aku?" tanya Solar sendirian.

Dia kemudian memeriksa setiap sudut dalam biliknya. Di rak buku, meja belajar, almari dan sehingga cek dalam katil, wuih, sayang gile dia ni kat kaca mata dia.

Di ruang tamu, kelihatan Taufan dan Thorn tengah menonton televisyen.

"Taufan!! Thorn!! Korang ade nampak kaca mata aku?!" soal Solar di tangga.

"Takde!" jawab Taufan dan Thorn serentak.

"Ish, mane pulak ni.." kata Solar lalu masuk semula ke biliknya.

Pada waktu tengah hari~
Semua sudah berkumpul di meja makan.

"Solar, mane kaca mata kau?" tanya Gempa sebaik sahaja meneguk segelas air kosong.

"Oh, hmm... Entahlah.. Dah puas aku cari.. Aku letak kat meja belajar aku je.. Lepas mandi, tiba-tiba hilang.." kata Solar dengan nada yang sedih.

Thorn menggosok belakang Solar untuk menenangkannya. "Sabar Solar.. Mungkin ade je kat bilik kau.."

Solar hanya mengangguk perlahan.

Minum petang~
Solar masih tidak menjumpai kaca matanya.

Makan malam~
Sama seperti tadi, Solar masih tidak menjumpai kaca matanya. Dia terpaksa tidur tanpa kaca matanya. Hek eleh...

Keesokan harinya~
Sebaik sahaja Solar bangun, kaca matanya sudah berada di atas meja belajarnya.

Mata Solar terus membulat lalu memegang kaca matanya. "Huhu!! Rindunya aku!! Kalau kau takde, aku rasa tak kuat..."

Haha, Solar Solar... Kelihatan Blaze sedang mengintip Solar dari pintu biliknya.

"Maaf Solar.. Aku terpaksa sembunyikan kaca mata kau sebab dare.." gumam Blaze sendirian sambil tersenyum melihat karenah Solar.

Harap korang suka! ^^ Ingat ye, Request DITUTUP!! Kalau nak request, sila PM Author! ^^

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now