Part 6

709 114 27
                                    


"Minhyun tolong ambilkan penyapu! " Wendy sedang sibuk mengemas kelasnya yang macam kandang lembu.

"Aku sakit perutlah weh mana boleh buat kerja" balas Mark menahan sakit.

"Bukan kau lah! aku panggil Minhyun! "Wendy bengang.

"Lah, cakaplah awal-awal ,dahlah nama kitaorang lebih kurang sama" kata Mark.

"Kenapa dengan perut ko tu? " Wendy tengok Mark asyik pegang perut je.

"Aku dah kata aku sakit perut"

"Kejap aku ambil ubat kat beg" Wendy terus selongkar beg sekolahnya yang penuh macam poket doraemon .

Ketika Wendy tengah sibuk cari ubat , muncul kanak-kanak ribena iaitu Jaemin, Haechan, Jackson dan Anthony .

"Kenapa tu Mak? " Haechan sengaja memanggil namanya macamtu.

"Sia-sia je aku bunuh ko nanti" Mark menahan sakit yang amat.

"Ko senggugut eh? " tanya Anthony berbisik.

"Mestilah aku tak tau pula sakit giler" balas Mark berpeluh-peluh.

"Woi ada mesyuarat tingkap ke? " Wendy menolak mereka bertiga dan bagi Mark ubat sakit perut.

"Apa ni? " tanya Mark.

"Ubat kurangkan sakit senggugut" tiba-tiba Jaemin mencelah.

"Haah betul tu" Haechan ketawa berdekah-dekah dan buat highfive dengan Jaemin.

"Hah? " nampaknya Mark dah siap sedia nak tendang budak dua ekor tu.

"Takde effect ke kalau makan masa period? " Mark berkomunikasi menggunakan gerak bibir.

"Mana aku tahu" balas Jackson menggunakan cara yang sama.

"Baik ko makan sebelum Wendy perasan" balas Anthony.

"Mark , baik ko makan ubat ni cepat supaya ko boleh belasah budak ni" Wendy menghulurkan sebotol air mineral.

"Dengan kuasa in the beningging aku akan menghukum mu" Mark menelan ubat.

"Amacam? " tanya Jackson.

"Takde perubahan"

"Nanti adalah tu" balas Anthony.

"Be..be..betul tu" Haechan tergagap.

"Engko dah kenapa? " tanya Wendy hairan.

"Aku rasa budak ni banyak tengok cite IT" Jaemin menepuk bahu Haechan .

"Jap mana Minhyun? " soal Mark.

Dan muncul seorang manusia yang sepatutnya ada kat kelas 60 minit lalu.

"Aku tanya apa khabar semua? " Minhyun meniru gaya pengetua sekolah mereka yang botak licin.

"Ko pergi mana ha?! " Wendy buat headlock pada Minhyun.

"Ni hah ada makcik dari malaysia jual jering dengan petai ,aku pun beli lah sebab dah lama mengidam sejak dari sperma lagi" Minhyun menunjukkan sebungkus plastik hitam bersaiz besar tanpa segan silu.

"Benda ni kalau makan boleh buat orang pengsan tau tak! " kata Jaemin.

"Nanti aku rasa nak kentut aku pergi kat korang eh? "

"Dasar pengotor" Wendy mencubit tangannya.

"Lek ah aku makan kat rumah nanti lagipun esok cuti" kata Minhyun.

"Esok cuti bolehlah aku pergi hospital" kata Mark dalam hatinya.

"Yang ko termenung jauh tu dah kenapa? Ada makcik Na ke? " Haechan mengacau Mark.

"Yang ko mention nama mak aku dah pahal? " Balas Jaemin.

"Sukahati aku lah" kata Haechan.

"Dah pergi duduk kat tempat masing-masing, Daniel dengan yang lain pun belum sampai lagi" kata Wendy dan kemudian duduk di kerusinya.

"Dan kau Minhyun sambung buat kerja aku tu" Wendy menyerahkan satu fail pada Minhyun

"Apasal aku pula? " Minhyun tak puas hati.

"Ko tengok jadual siapa harini bertugas? " Wendy menunjukkan jadual yang diselotip cantik pada papan kenyataan.

"Hmm yelah" balas Minhyun.

"Pstt..aku rasa esok nak pergi hospital lah" kata Mark kepada Jackson.

"Nenek ko masuk hospital ke? " tanya Jackson.

"Bukan nenek aku tapi aku" balas Mark.

"Kenapa dengan ko? " Jackson jadi sedikit blur.

"Jangan jadi bodoh boleh tak? "

"Ouh..." balas Jackson pendek.

-TO BE CONTINUE

sape yang komen dengan vote author nak cakap terima kasih 😂

tak sangka ada baca orang ff ni. 😂

Bye author nak layan produce 101 season 2

[HIATUS] [S1 & S2] Period + Mark Lee Where stories live. Discover now