Part 7

698 99 55
                                    

Selepas habis waktu persekolahan, Mark lepak di setabak dengan geng tak gunanya dan main bola tak disepak sehingga malam.

Tak lupakan juga senggugut dia dah takde sebab tu dia boleh lepak lama-lama.

Bau baju uniform sekolahnya juga macam belacan yang baru digoreng.

Habis main bola tak disepak Mark balik ke rumahnya.

Mark menekan loceng terlebih dulu sebelum buka pintu.

"Makcik Nayeon ~" mood menggedik Mark dah datang.

"Balik juga ko , aku ingatkan tak jumpa jalan balik tadi" perli Nayeon .

"Esok Markeu nak pergi hospital boleh tak? " Mark menggedik .

"Buat apa?  ko beranak ke?  setahu aku orang period tak mengandung" mata Nayeon masih tengok tv menyiarkan rancangan produce 1001 .

"Makcik ni buat taktahu pulak" Mark merajuk.

"Jumpa doktor sakit tuan ke? " tanya Nayeon.

Mark mengangguk.

"Ko ada masalah mandul ke apa ni? "

"Mana ada,Makcik dah tahu kenapa tanya lagi! " Mark menghentakkan kakinya .

"Makcik ingat anak saudara Makcik ni bangang rupanya tetap bangang juga" Nayeon bercakap dalam nada sinis.

"Makcik ni kan!" Mark merajuk dan masuk biliknya.

"Ha! hempas pintu lagi!! " marah Nayeon.

"Budak tu merajuk tak lama ,makan belacan dengan budu nanti okaylah tu" Nayeon sambung menonton produce 1001 yang merupakan rancangan kegemarannya.

"Oh my Daehwi!  My dewi!  bakal imam aku tu! " Nayeon menjadi sedikit sewel melihat biasnya di tv.

                        ****
(7 pagi)

"Chew chew chew chewing gum"

Alarm di phone Mark berbunyi
menandakan pagi sudah menjelma.

Walaupun alarm dipasang kuat sehingga menganggu jiran tetangga tapi Mark tak reti bangkit-bangkit.

"Woi tak reti matikan alarm ke?! " Nayeon sedikit terganggu mahu sarapan.

"Kenapa Cik muda? " tanya drebar mereka bernama Johnny atau nama mesranya yang tak berapa mesra Pakcik Johnny.

"Ni hah Mark tak bangun-bangun ,alarm dia menyakitkan hati saya" Nayeon sedikit bengang.

"Nak saya kejutkan ke? " Johnny menawarkan diri.

"Takpelah nanti bangunlah budak tu" balas Nayeon.

"Kalau macamtu saya sambung buat kerja ya" Johnny meminta diri .

"Panggil saya Nayeon je dah lama Pakcik kerja dengan keluarga saya" kata Nayeon lembut.

"Nanti Puan Besar tak marah ke? " soal Johnny.

"Takpe panggil je saya Nayeon" balas Nayeon sambil senyum .

"Baiklah Cik eh Nayeon" Johnny tak biasa .

"Barulah saya suka , Pakcik dah boleh sambung kerja" kata Nayeon.

"Saya minta diri dulu ya" Johnny mengundurkan diri.

Nayeon bersarapan sehingga kenyang dan mengemas meja makan.

"Eh dah pukul 9 tak bangun lagi? " Nayeon melihat jam di dinding dapur.

Takut akan perkara buruk terjadi pada satu-satunya anak saudaranya .
Nayeon pergi ke bilik Mark dan mengetuk pintu berkali-kali namun takde sebarang respon diterima.

Nayeon mahu membuka pintu sayangnya ia terkunci dari dalam.

Nayeon mengikat rambutnya gaya ekor kuda (?) dan membuka langkah seribu .

"Wacha! " Nayeon menendang pintu sehingga terbuka.

Mark yang sedang pakai baju terkejut dengan tindakan Nayeon.

"Wow abs ko berketul-ketul macam roti bun" puji Nayeon tersengih.

"Apa Makcik buat ni!! " Mark segera menurunkan bajunya.

"Makcik ketuk pintu takde balasan so jawapannya macam ko tengok sekarang ni" balas Nayeon selamba.

"Memang lah Markeu tak balas tapi janganlah macamtu " Mark menyikat rambutnya.

"Mulut ko tak bisu kan? Kacak-kacak ni nak pergi mana? " tanya Nayeon.

"Kan semalam dah cakap" balas Mark memakai gel rambut .

"Hospital?  Makcik boleh temankan" kata Nayeon.

"Takpe Markeu boleh pergi sendiri" Mark menolak .

"Ko tu budak hingusan lagi ,hingus ko pun Makcik yang lapkan" marah Nayeon .

"Markeu boleh pergi sendirilah"

"Nanti ko kena culik dengan Pennywise .Makcik nak cakap apa dengan Nenek? " kata Nayeon.

"Hmm yelah cepat siap"

-To Be Continue

bagi korang cite ni hambar atau lawak? 






[HIATUS] [S1 & S2] Period + Mark Lee Where stories live. Discover now