[M] TRUTH 14 DARE 14

794 46 16
                                    

Dare from @aliasyadia

"Gempa! Halilintar! Ade dare untuk korang!" jerit Blaze yang muncul di ruang tamu.

"Ish, jangan menjerit boleh tak?!" marah Halilintar. Dah elok-elok tengah baca buku cerita, dikacau pulak oleh si Api ni.

Gempa pula hanya mampu mengeluh. "Ape dare kitorang?"

Blaze tersenyum. "Gempa, kau tak perlu kemas rumah sebab dare Halilintar adalah ambil tugas kau.."

Halilintar terus tersedak, jap, dia ada minum air ke?

"Kau tahu tak, ni dah kali kedua aku dapat dare ni!" kata Halilintar.

"Tak tahu.." jawab Blaze yang membuatkan Halilintar bertambah marah.

"Buat jelah... Kan kau dah pernah buat dare ni, mesti takde masalah.." kata Gempa, cuba menenangkan Halilintar.

Halilintar mengeluh berat lalu pergi ke dapur.

"Kau nak buat ape Halilintar?" tanya Blaze sambil menjongketkan keningnya.

"Nak masak sarapanlah.. Habis tu, hang nak berlapar? Kalau aku tak masak kang.." kata Halilintar yang tiba-tiba berloghat Kedah.

Beberapa minit kemudian, mereka bertujuh berkumpul di dapur untuk makan sarapan. Menu sarapan mereka ialah Mi Goreng.

Nampaknya, mereka semua sedang menjamu selera dengan tenang kecuali Blaze yang selalu kacau orang makan.

Selepas makan, Halilintar terpaksa membasuh pinggan mangkuk yang dibantu oleh Thorn. Hm, tiba-tiba pulak Thorn baik, jap, dia memang baik, comel pulak tu.

Lepas itu, Halilintar pergi menjemur baju memandangkan Gempa sudah membasuh baju sebelum dare ini bermula yang Author tidak beritahu.

'Lecehnye..' omel Halilintar dalam hati.

Selesai sahaja menjemur baju, dia pergi membersihkan ruang tamu yang sudah bersepah disebabkan Blaze dan Ais bergaduh hanya disebabkan Ais meminum air Blaze. Apelah nasib Halilintar. Dah jadi maid pulak.

"Woi! Aku bukan maid lah!" jerit Halilintar tiba-tiba. Hm, dia perasanlah pulak.

Lepas sahaja selesai membersihkan ruang tamu, Halilintar pergi memasak untuk makan tengah hari. Kejapnye masa berlalu.

Menu tengah hari mereka ialah Nasi Goreng Ayam. Mereka semua menjamu selera dengan tenang termasuk Blaze yang suka mengacau memandangkan masakan Halilintar sedap, tetapi, masih tidak dapat tandingi masakan Gempa.

Seperti biasa, selepas makan, Halilintar perlu membasuh pinggan mangkuk dan kali ini dia perlu lakukan tugas itu sendiri sebab Thorn nak main game dengan Taufan. Gempa nak tolong tapi, dia pun ada dare jugak iaitu jangan buat kerja kat rumah.

Selepas membasuh pinggan mangkuk, dia berehat sebentar di biliknya dengan tidur sementara waktu. Penat dikatakan.

Pada waktu petang, Halilintar hanya membancuh teh'o panas berserta biskut Cap Ping Pong.

Pada waktu malam pulak, Halilintar hanya memasak bubur ayam sahaja kerana mengikut Gempa, waktu malam tak perlu makan yang berat-berat.

Sebaik sahaja selesai makan, Halilintar perlu membasuh pinggan mangkuk lalu pergi ke biliknya.

"Akhirnya... Dapatlah aku berehat.." gumam Halilintar lalu tertidur pada katilnya. Nampaknya Dare Halilintar berjaya.

√√√√√√√

"Eh, Author? Author buat ape kat sini?" tanya Yaya sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.

Kelihatan Ying juga turut berada di rumah Yaya.

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now