sixty'nine.jk

10K 1.7K 1.2K
                                    


.

******

" haiiii babyyy! " panggil jungkook sebaik sahaja aku tiba di tempat biasa kami iaitu di bawah pokok besar yang rendang ni.

aku tersengih janggal, tali beg berisi buku yang hampir terlorot jatuh aku naikkan semula sesambil berjalan menuju ke arah dia.

hm semangatnya dia.

mana pergi semangat aku tadi..

" h-hai, oh um awak dah start belajar? " aku melabuhkan punggung di atas tanah yang sudah dialaskan tikar kecil itu.

" tak adalah, aku selak-selak je. tak mo belajar selagi kau tak sampai, macam tak ada kekuatan gituh. ehe. "

jungkook tertawa, aku hanya membalas dengan senyuman nipis. wajahnya aku tilik, lepas ni mesti aku dah tak boleh nak tengok muka ni dekat-dekat lagi.

dengar suara dia selalu..

tengok senyuman dia selalu..

aha.. jangan selfish han yoonji. tak kan kau nak biarkan hidup dia macam tu? lebih baik kau mengalah. kau sayang dia kan? hurm.

" heylo? kenapa kau pandang aku macam tu? " jungkook menerkup pipinya. " ada apa-apa ke dekat muka aku? "

aku tergelak halus. " tak ada apa-apa. awak handsome sangat. " kataku jujur.

" ei, macam tak percaya je kau puji aku. sebelum ni tak pernah pulak. hmm han yoonji kau demam ke, nampak lain. " jungkook merasa dahi aku.

aku menindas tangannya.

" mana ada, saya sihatlah. eh kan saya selalu komen dekat insta awak dulu, pernah lah tu. "

jungkook mencemis dengan memuncungkan bibirnya. dia mengeluarkan sesuatu dari beg sandang yang dibawa. kemudian terlihat tangannya yang menggumpal.

" nah. "

" apa benda t—ARGHH YAH PABO JUNGKOOK PABO YAH SHYTON ARGH! BUANG! BUANG! "

kau faham tak kaki aku mengeras tak dapat nak gerak sebab si juon hanat ni pergi keluarkan cicak lembik yang aku tak pasti hidup ke tak masalahnya benda tu MENGGELIKAN SIYEL

dia ketawa terbahak-bahak, seronok mengusik aku. aku pandang dia dengan poker face. ada masa macam nak terajang dia masuk terowong.

" okey,okey sorry. dah jom belajar. "

" em jungkook.. "

" nae? "

tak.

tak, aku tak boleh ganggu mood dia. jungkook dah harungi masalah yang banyak timpa dia sewaktu menjangkau usia begini. sedangkan aku hidup dengan selesa sebelum ni.

" yah yoonji? kau okey? "

" a-arr, ne. tak ada pape. dah dah sambung. "

jungkook mengusap rambut aku ala-ala fattah aman. " okey kalau ada pape bagitahu tau. "

aku hanya mengangguk dengan senyuman.

Snap + jjk Where stories live. Discover now