+2+

2.1K 223 72
                                    

"Namhyun dan Sung jemputlah minum" Pn.Kwon meletakkan dua cawan kaca di depan mereka berdua lalu Pn.Kwon menuang teh panas ke dalam cawan itu.

"Omma! Young punya mana?" Soonyoung mencebikkan bibirnya terasa sakit hati sebab dirinya pun tak diberi teh.

Eh gedik kau, Soonyoung.

"Young kan dah minum susu tak payah la minum lagi" hampir tersembur air Sunghyun apabila terdengar perkataan 'susu'.

Soonyoung menunduk lalu dia bangun untuk masuk ke bilik, dia berjalan sambil menghentak kaki tanda merajuk.

Ada juga yang kena kerat kaki tu kejap lagi ( ̄∀ ̄)

"Biarkan si Soonyoung tu jangan risau la" pantas sahaja Pn.Kwon menjawab apabila perasan Pn.Yoo mahu bertanya tentang Soonyoung.

"Takpe Sung pergi tengok si Soonyoung tu" tersedak Sunghyun apabila ommanya memberi arahan sebegitu.

"Ehek-ehek! What? Omma dia lelaki la lepa--" kata-kata Sunghyun tidak dapat diteruskan apabila Pn.Yoo memberi jelingan maut.

Dengan tak relanya Sunghyun pergi ke bilik Soonyoung dengan adanya peta pak cik google rumah Kwon ini, Sunghyun akan sampai ke bilik Soonyoung dengan lebih cepat.

"Kesian pula saya tengok si Sung tu" ujar Pn.Kwon.

"Tak payah risaukan si Sung tu baik awak risukan si Soonyoung, ermm awak dah jumpa ke penjaga yang akan jaga anak awak tu nanti?" Pn.Kwon mengeluh.

"Belum susah la nak cari kalau nak call nurse si Soonyoung tu takut pula nak harapkan kakak dia, si Yuri tu pun ada kerja" Pn.Yoo tersenyum mendengar jawapan Pn.Kwon, tiba-tiba Pn.Yoo mendapat satu idea.

Pn.Yoo tersengih jahat. Dah serupa mak tiri Cinderella.

+++

Sunghyun POV

Aku menerjah masuk ke dalam bilik si Soonyoung tanpa salam eii nasib baik tak sesat.

Aku memandang Soonyoung aka Mamat pelik yang agak terkejut bila aku menerjah masuk biliknya.

Hape tak pernah tengok ke orang tendang pintu bilik kau sampai nak roboh?

"Noona nak apa ni?" aku merenung Soonyoung hmmm hensem tapi kesian dia pelik, dah besar tapi still main peluk-peluk teddy bear.

Tak matang.

"Eh kau kenapa panggil aku noona?" aku tanya dia balik

"Omma pesan kat kita kalau jumpa orang yang lagi tua dari kita, kita kena panggil dia hyung atau noona" jawab Soonyoung lancar.

Ok aku makin curious dengan dia ni.

"Berapa umur kau?" tanya aku.

"5 tahun" hampir tersembur air liur aku bila dengar jawapan dia. Bukan ke umur kau 23 tahun?! LAGI TUA DARIPADA AKU PULA TU!

Aku syak dia sakit otak  ̄ˍ ̄

"Yoo Sunghyun dan Kwon Soonyoung turun sekarang!" jerit Pn.Kwon dari bawah.

Alamak! Adakah aunty Kwon ingat aku akan dera anak teruna dia?! Atau dia ingat aku NAK RAPE ANAK DIA YANG PELIK NI?!

Soonyoung memandang aku sekilas lalu dia segera turun ke bawah. Aku hanya berdiri tegak macam tiang elektrik milik Mingyu.

Aku just takut mana tau omma bocorkan rahsia aku dan kata aku ni suka dera anak orang.

HEY AKU TAK BUAT APA-APA LAGI TAU!

Walaupun hakikatnya tadi aku nak sumbat kepala si Soonyoung tu dalam mangkuk jamban.

Disebabkan aku baik masa tu aku buang niat jahil aku.

Aku baik tau ok aku baik ( ̄∀ ̄)

"YOO SUNGHYUN TURUN SEKARANG!!" aku menutup telingaku, dah tahu siapa yang buat highnote tak bertauliah kat bawah semestinya omma -_-

Kat atas ni aku boleh terasa nak pekak apatah lagi si Soonyoung dan aunty Kwon. Mungkin mereka dah pekak.

Dengan langkah yang berat aku turun ke bawah semula. Cuba la bagi aku rehat hish!

+++

Author POV

"Hah kenapa ni omma panggil Sung?" Sunghyun duduk disebelah Soonyoung.

Tetapi sekejap je kerana dua-dua cuba untuk jarakkan diri.

Pn.Kwon yang perasan akan benda tu hanya tersenyum.

Alahai bakal mak mertua Sunghyun senyum la (゚∀゚ )

"Omma nak bagitau next week family Soonyoung pergi US" Sunghyun senyum gembira dalam diam.

Tak berani dia nak senyum gembira depan-depan tak pasal-pasal kena kecam dengan ommanya.

"Tapi... Soonyoung kena tinggal Korea" membuntang biji mata Sunghyun dan Soonyoung.

'Adakah aku akan jadi mangsa omma hari ni dan minggu depan?' bisik hati Sunghyun pasrah.

"Omma!! Kenapa tinggalkan Young?! Siapa nak tidurkan Young?! Siapa nak buat susu untuk Young?!" Soonyoung memeluk kaki Pn.Kwon, air matanya mengalir deras.

Sunghyun yang tengok drama tak berbayar milik Kwon Soonyoung mula rasa menyampah.

Tetapi tak lama selepas sahaja Pn.Yoo mencubit perut Sunghyun, dia terus insaf.

Alhamdulillah.

"Soonyoung, seminggu je omma dengan appa kat US lepastu kitaorang balik la" Pn.Kwon mengusap kepala Soonyoung yang dari tadi tiada tanda mahu berhenti menangis.

"S-siapa yang nak jaga Young?! Young tak nak nurse jaga Young!!" tersedu-sedu tangisan Soonyoung.

Sunghyun sekali lagi mahu menyampah tetapi tidak jadi bila dia dah pandang muka Pn.Yoo yang sungguh manis itu.

"Siapa kata nurse yang jaga Young" terus berhenti tangisan Soonyoung apabila dengar Pn.Kwon kata begitu.

"Habistu siapa yang jaga Soonyoung?" Soonyoung mengelap hingus yang meleleh.

Sunghyun membuat muka geli.

Pn.Kwon yang dari tadi memerhati Sunghyun, riak mukanya dapat dilihat seperti dia ingin menyumpah seranah Sunghyun yang dari tadi tak tahu malu membuat muka.

"Nanti Sunghyun akan jaga Soonyoung" Pn.Kwon dan Pn.Yoo tersenyum.

"WHAT?!!" Soonyoung dan Sunghyun berdiri serentak. Terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Pn.Kwon.

Drastik sangat ke permintaan Pn.Kwon? Salahkan Pn.Yoo kerana dia yang cadangkan benda tu.

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now