Page 27

437 59 40
                                    

Note: Imagine this story before clap era

*

*****************

Dan tinggal lah S.coups yang masih tertidur di kerusi hadapan bersebelahan tempat duduk pemandu. Dibuai mimpi indah di bawah sinaran bulan bertemankan angin malam yang sejuk membeku.

Tidur S.coups kelihatan tidak sedikit pun terganggu. Dia tertidur nyenyak walaupun postur tubuhnya kelihatan amat menyakitkan kerana kedudukan tidurnya tidak selesa.

"Sedapnya ayam goreng" mulut S.coups terkumat-kamit melontarkan bicara tanpa sedar. Dia bergerak ke kiri dan ke kanan mencari keselesaan. Tangan kanan S.coups tahu-tahu sahaja terangkat ke atas seperti berjaya memenangi sesuatu.

Angin malam memang dingin. Berhembus laju seperti mengejar sesuatu. Tidak satu tempat pun dikecualikan olehnya seolah-olah mahu menyebar kedinginan keseluruhan dunia.

"Coups ya~" suara garau seseorang kedengaran memanggil nama S.coups pelan. Terngiang-ngiang diseluruh tempat membuatkan pemiliknya sedikit terganggu.

Kereta yang tadi senget ke kanan kini memberat kearah kiri. Pintu tempat duduk pemandu terbuka dan dihempas dengan kuat sehingga menimbulkan bunyi pelanggaran yang kuat.

"Ya~ Choi Seungcheol" tangan kasar seseorang membelai dahi S.coups pelan. Dia mengelap peluh dingin yang membasahi hujung rambut S.coups. Tangan tersebut kemudiannya menyusuri wajah suci S.coups dan sesekali tertentu di beberapa tempat.

Dia terkehel pelan sebelum memberhentikan kegiatannya. Pemilik tangan tersebut bersandar di kerusi sambil menatap rauk wajah kepenatan S.coups. Dia sebenarnya berasa serba-salah dan sedikit rasa kesal. Tetapi percaya lah, dalam lubuk hati yang paling hitam dan dalam sebenarnya tersimpan rasa bangga dan gembira.

Tanpa disedari, bening suci mengalir pelan membasahi pipinya. Tersedu-sedu menahan rasa yang semakin lama semakin kuat. Antara kesal dan gembira sehingga dia berasa semua yang dilakukan ini melebihi batasnya.

Tapi akan daya, nasi sudah menjadi bubur. Mahu tak mahu dia perlu menerima hakikat.

Dia menekup muka ke lipatan tangan dan membiarkan cairan jernih itu tumpah ketanah. Menjadi saksi dan bukti kekesalannya.

"Ya.. Uljima" bagaikan terkena renjatan elektrik, tubuhnya tiba-tiba menggeletar hebat. Rasanya saraf-saraf dalam badan sudahpun gagal berfungsi. Sistem pernafasannya mungkin juga telah berhenti. Mana tak nya. Orang disebelahnya sudah pun sedar.

S.coups berkelip-kelip sambil menggosok matanya. Tangan sebelah lagi pula mengosok namja yang terisak-isak. Mungkin menangis sangkanya.

Tanpa peduli siapakah gerangan yang menangis mengatasi tangisan pontianak, tangan S.coups masih terhulur memujuknya berhenti.

Dalam proses mengumpulkan kesedaran, bentuk tubuh namja ini sepertinya pernah dan sangat familiar di minda S.coups. Badannya tidak lah begitu sasa jugak tidak terlalu keping. Hanya sedang-sedang sahaja.

S.coups boleh sahaja meneka siapa tapi yang membuatnya ragu adalah pakaian namja tersebut. Bajunya sungguh lusuh dan terkoyak disana sini. Dengan kesan kotor dan Bau yang menyengatkan hidung. Ditambah lagi rambutnya yang kusut masai tidak terurus.

"Ya! Nugayo? " S.coups bertanya dengan nada sederhana kuat. Namja disebelahnya berhenti menangis. Dia perlahan-lahan berpaling kepada S.coups dengan muka yang ketakutan.

"CEO-nim.."

*********************

"Hyung ada orang cakar tangan aku.. Dia kata nak ajak main"

Jun yang mendengarkan itu ngeri. Percakapan tanpa nada dan muka pucat The8 berjaya membuatkan nafasnya memberat. Dia yang sekatil dengan The8 menelan ludahnya kasar.

"M-mana hao?" dalam samar-samar malam, Jun mengikut arah yang ditunjukkan The8 sehingga sampai ditepi katil. Posisinya yang masih mengiring menghadap The8 membatasi penglihatannya.

"Hao.. Dia cantik macam bidadari syurga ke hodoh cam si Seungkwan?"

"Hodoh macam kau"

Entah mahu menampar mulut The8 atau lari secepat mungkin. Jun facepalm sahaja. Rasanya dia harus membungkus The8 dan dipost ke bilik mayat secepat yang mungkin. "Aku serious ni -,-"

"TAKPE JOM KITA MAIN WUSHU NGAN DIA WACHAAAA"

"ANDWAE!!" Jun cepat-cepat menarik The8 keluar dari bilik tersebut sebelum dia pitam. Cepat-cepat dia  bilik disebelah untuk memohon perlindungan jiwa dan raga.

Sebenarnya dia sudah melihat Dk tersenyum di bawah katil melalui pantulan cermin yang panjang. Tapi yang di takutnya bukanlah Dk melainkan senyuman seseorang dibalik tubuh Dk yang tampak seribu kali lebih mengerikan.

Disisi lain bilik, Hoshi dan Woozi yang memang sebilik (kerana Hoshi diheret masuk) dikejutkan oleh sang maknae. Dino tiba-tiba sahaja sudah berdiri di ambang pintu dengan sebuah patung dinosaur hijau ditangannya.

"Dino wae?  Kacau je orang nak honeymoon" Hoshi mencebik kepada Dino. Dia merangkul tubuh kecil Woozi kedalam dakapannya.

Mujurlah guitar Woozi sudah terlebih dahulu dilempar kedalam kereta. Kalau tidak, tubuh Hoshi lah yang akan terlempar ke liang lahad.

"Ada kepala tergolek macam bola dalam bilik aku"

"LAHANOT JANGAN DIMENTION BENDA CAMTU!!  NANTI DIA MAII SINI LAK HOHOHO NOTHING HAPPEN"

Woozi sepantas kilat menarik tubuh Dino keatas katil. Dia menepatkan Sang maknae ditengah-tengah dan menyelimuti mereka bertiga. Menutup mata dan cuba memasuki alam mimpi secepat mungkin.

"Hyung ada bunyi orang ketuk pintu tak?"

***************

4pm? Vlive

GotNoFeel_

[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]Where stories live. Discover now