▽ 28 ; Road To Omnus

1.1K 183 40
                                    

Ramai orang sedang bekerja di Omnus Centre ketika itu. Pakaian mereka lain daripada pakaian saintis Wanton yang lain. Mereka memakai kot kelabu dengan lambang Wanton yang besar di belakang.

Mereka bertiga agak segan untuk masuk pada mulanya kerana suasana di situ nampak sibuk dengan orang yang ke hulu hilir. Namun, pekerja di situ menyedari kehadiran mereka di situ. Seorang demi seorang menepuk tangan, meraikan kehadiran mereka. Tidak lama selepas itu,  ia menjadi sebuah tepukan gemuruh.

"Ahli Daredevils yang baru? Sila ikut sini.. " seorang lelaki berambut blonde menegur mereka. Mereka segera mengikuti langkah lelaki itu.

Dia membawa tiga lelaki hebat itu ke sebuah bilik. Di situ, Kwon Hyuk sedang menunggu mereka. Hyuk menghadap ke sebuah kaca lutsinar, melihat sebuah lagi bilik di sebelah.

"Tuan, mereka dah sampai. " ujar lelaki berambut blonde tadi. Minso masuk dahulu, kemudian Jungkook dan seterusnya Shen. Kwon Hyuk berpaling.

"Bagaimana rasanya sekarang? Teruja? " Hyuk melakar senyuman. Mereka bertiga mengangguk. "Adalah rasa gementar sikit. " jawab Jungkook seorang.

"Gementar tu tak akan lama. Sekarang kita mulakan penghasilan ID Daredevils. " Hyuk membuka sebuah kiub besi. Dia mencapai sebuah alat di dalamnya.

"Sekejap lagi, alat ni akan dimasukan ke dalam belakang tengkuk kamu. Benda ini akan berguna di Omnus. Manalah tahu jika kamu nak tahu kedudukan kamu atau kamu tersesat di sana, benda ni akan bantu orang lain jejak kamu. Benda ni juga akan periksa tanda vital, peratus oksigen, peratusan gas di sekitar, bacaan nadi dan keadaan organ dalaman. Semua data tu akan disambungkan ke HQ Daredevils dan jam tangan ni. " terang Hyuk dengan lancar.

"Ada sesiapa tak faham? " tiada sesiapa membuka mulut.

"Jangan risau. Ia tak menyakitkan sangat. Sila masuk ke dalam sana. " Hyuk mengalu-alukan tiga lelaki itu untuk masuk ke dalam sebuah lagi bilik.

Di situ pula, terdapat tiga buah katil dan beberapa orang berpakaian seperti doktor bedah. Mereka akan membuat pembedahan kecil untuk memasukkan alat tadi ke dalam tengkuk belakang.

Setiap orang baring di atas sebuah katil. Badan mereka tertiarap. Belakang tengkuk mereka dibius terlebih dahulu sebelum dibelah.

Jungkook bertentang mata dengan Shen yang berada di katil sebelah. Melihat pipinya yang merapat dek tertiarap membuat dia tertawa kecil.

"Aarghh.. " Minso mengeluh kecil. Rasa seperti disengat lebah. Belakang tengkuknya disentuh perlahan. Walaupun tiada kesan apa-apa, ia tetap sakit.

Setelah selesai menempatkan alat tersebut di dalam tubuh mereka, mereka bergerak ke sebuah lagi tempat. Bilik yang  dikawal ketat oleh pengawal keselamatan. Lebih kurang sepuluh orang pengawal bertugas di sekitar tempat itu.

Mereka mengikut Hyuk yang masuk melepasi pengawal keselamatan itu. Cahaya biru terang memancar dan menerangi tempat tersebut. Minso, Jungkook serta Shen lantas meneliti keadaan di situ.

Sebuah meja yang besar dan luas terletak di tengah-tengah. Di sebelah kiri terdapat Omnus Control Room, tempat di mana keadaan di Omnus dikawal. Segala data atau laporan dari Omnus akan di hantar ke situ.

"Pakai sut khas Omnus tu, kemudian berkumpul kat sini semula. Bilik persalinan ada di sana. " Hyuk menunding ke arah kanan bilik. Beberapa buah kapsul yang menempatkan sut khas Omnus berdiri pegun di situ.

Mereka lantas menyalin baju mereka kepada sut khas tersebut. Sut tersebut terdiri daripada sut biasa, kasut but berwarna hitam serta helmet. Ahli Daredevils bertiga itu keluar dari bilik persalinan dengan helmet di tangan.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now